Friday, October 22

SDK in Memory



Oh tidak..adakah saya merindui zaman waktu bekerja kira-kira dua bulan yang lepas? Entah la..bercuti panjang ni rasenye best jugak. Tak perlu tergesa-gesa di awal pagi. Rilex & cool all the time. Tapi kekadang ade juga teringat zaman best sewaktu sibuk dulu2. Sibuk yang melampau, sibuk2 ringan dan juga buat2 sibuk..hehe.

Apepun rase semenjak dua-menjak ini otak fikiran dah hampir membeku. Sel-sel otak kurang digunakan. Betul2 satu pembaziran. Dah lama betul kepala ini tidak mengenakan safety helmet berwarna putih itu..rindu rasenye. Kerja sebagai seorang engineer tak de la best sangat. Tapi kenkadang best la jugak. Banyak benda yang kene tahu. Kalu tak tahu pun, buat2 je la tahu..sebab tu dalam BM disebut Juru Tera.

Cuti tanpa gaji tidak bermaksud saya mengangur. Kalau pengangur pun mungkin pengangur secara terhormat. Malahan setelah tamat belajar degree dulu, sayalah antara orang beruntung yang tidak merasai pengalaman menanam anggur. Ye la, masa final year dulu, dah dapat offer kerja walau belumpun habis belajar…dan sekarang bercuti panjang..tapi tanpa gaji..huhu. Apabila wang di maybank2u semakin susut, skop kehidupan duniawi semakin sempit..tiada lagi pembaziran. Satu kebaikan rasenye.

Pengalaman kerja sebagai Engineer dalam industry minyak (sawit) & lelemak selama 3 tahun 2 bulan benar-benar satu rahmat. Dapat pula bos2 yang baik, rakan sekerja yang ok, persekitaran kerja yang ok. Sungguh syukur. Kalu ade yang tidak best pun mungkin, bau yang kurang menyenangkan dari minyak sawit. Tapi bukan tempat kerja je, satu Pasir Gudang pun udara tak elok. Mungkin kalau lama-lama saya menetap di sana, boleh kene kanser paru-paru kot. Tapi, alah biasa tegal biasa. Dan, sekarang kerinduan pula.. bau-bauan itu..
‘Pemergiaan’ saya dari tempat kerja boleh dikira secara mengejut. Ye la, confirm saja tiket berlepas ke Denmark terus je blah (Walaupun sebenarnya sudah ada perancangan yg rapi sedari awal..hehe). Suatu ketika terkejut juga, apabila ada seorang Asst. Manager mengumumkan kebarangkatan saya (sebab masa tu, tiket belum confirm. Kalu x jadi malu den) iaitu semasa majlis berbuka puasa pada minggu terakhir bekerja. Dan pada mingggu terakhir itu juga telah diadakan satu majlis berbuka puasa secara tertutup di salah sebuah restoran di Pusat Bandar PG. Terharu den, sebab ada rakan sekerja yang menganjurkan majlis farewell. Dapat hadiah songkok (sorry guys, songkok tu tak muat beg nak bawa ke Denmark) dan juga sekeping kad. Terima kasih diucapkan. 
p/s: Kepada rakan-rakan sekerja lama yang sedang mengular dengan membaca coretan ini, diharap anda semua maju jaya dan semoga ketemu lagi..

[Next post: Autumn Collection]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...