Thursday, November 18

Air Carlsberg yang ‘Halal’ Diminum

Ya, di Denmark terdapat air dari jenama Carlsberg yang selamat dan ‘halal’ di minum kerana ianya hanyalah Air Mineral yang dikeluarkan oleh Carslberg.
Air mineral jenama Kildevæld (Spring Water) keluaran Carlsberg

Air Mineral ini sangat mudah diperolehi di kedai-kedai kecil, kiosk, seven eleven dan juga pasaraya. Harganya adalah 8.50kr (RM 4.80) bagi 0.6 liter. Sumber air ini diperolehi dari bawah tanah di Jutland iaitu di utara Denmark. Video cara-cara air ini diprosess boleh dilihat di link ini (tapi dalam bahasa Danish).

Terdapat juga air mineral berperisa lemon dan peach
Walaupun ianya selamat dan ‘halal’ diminum, namun saya tidak pernah membelinya kerana harga yang agak mahal. Lagipun, kalau terdesak air paip di sini adalah selamat diminum tanpa perlu di masak. Dan walaupun ianya hanyalah air mineral, saya tidak mahu mendapat ‘share’ kerana menyokong produk dari Carlsberg..huhu.
 
Oleh itu, jika anda terlihat ada orang muslim yang meminum air dari botol jenama Carlberg di Denmark, anda perlu ingat ianya mungkin hanyalah air mineral...


Tahukah anda bahawa penilaian pH (0-14) bagi asid dan alkali pertama kali dihasilkan dan digunakan di Makmal Carlsberg pada tahun 1909?  Dan air yang biasa (air suling) mempunyai pH 7, jus lemon pH 2.4 dan beer pH 4.5.

5 comments:

  1. saya pun x sanggup bersubahat, baik minum air paip....

    ReplyDelete
  2. kalau kite beli,,tak ke macam menyokong produk carlsberg??

    ReplyDelete
  3. jgn. tak baik. smo ni syubahah ni :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...