Thursday, November 4

Am I Filipino?

Are you Filipino? Itukah ayat yang ditanya oleh orang Filipina terhadapku. Aduh, muka ni macam Filipinokah? Mungkin kerana muka Pan Asian kot. Tak pun ade rupa macam pelakon Filipina Jericho Rosales tu..ye ke?

Apepun memang tak sedap hati apabila orang menegur dengan begitu. Dan dengan nada yang tenang, aku akan menjawab “No, I am Malaysian!,” Jawabku bangga bila ditegur.

Sejak berada dibumi Denmark ini, dah 3 kali aku ditegur sebegitu rupa.
1)    Kejadian pertama : Hari ke-2 tiba di Denmark
Identiti : Seorang wanita awal 30an dari  Luzon, Philipine. Datang kerja di syarikat telekomunikasi di Denmark. Pernah kerja di Singapore dan Larkin, Johor.
Lokasi           : Perhentian bas bandar Lyngby
Aktiviti          : Menunggu bas

2)    Kejadian Kedua  : Bulan ke-2 tiba di Denmark
Identiti          : Seorang brother lewat 20-an dari  Copenhagen. From mixed family(Ayah Denmark-Mak Filipina) dan semua convert Islam..
Lokasi           : Kedai daging Turkey di Central Market, Copenhagen
Aktiviti          : Membeli daging halal

3)    Kejadian Ketiga  : Hari ni. 4 Nov 2010
Identiti          : Seorang Nenek bergaya orang muda bersama suami orang puteh
Lokasi           : Kedai Fotex, Lyngby StoreCenter
Aktiviti          : Window shopping waterproof jaket untuk winter

Dan beberapa siri jelingan daripada warga Filipina terhadapku di dalam bas dan keretapi laju. Di sini memang ramai rakyat Filipina. Kebanyakan bekerja secara Au Pair iaitu pekerjaan seperti Bibik di Malaysia. Tapi kalau bab bergaya, mereka memang mengalahkan mat & minah salleh di sini.
Nampaknya  kempen Malaysian Tourism, ‘Malaysia truly Asian’ memang berjaya. Sampai muka aku pun di cop sebagai Filipino..hmm hampeh!


> Next post: Kenderaan Rasmi saya di Denmark

1 comment:

  1. Salam,
    Orang Filipino bukan semua macam pelakon filemnya yang kebanyakan mestizoz (Pan Asian) Mereka juga masih keluarga Malayan Race (Rumpun Melayu) Jadi tak heran jika melihat muka orang Melayu Malaysia, mereka sangka kita sebangsa dengan mereka.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...