Monday, November 22

Belajar ABC hingga terbelit lidah


Hari ini dengan rasminya saya mengikuti kelas bahasa Danish. ‘Pengajian’ yang mungkin mengambil masa lebih dari setahun itu diadakan 3 kali kelas dalam seminggu. Saya belajar di Sprogcenter (Pusat Bahasa) di Hellerup iaitu 35 min perjalanan dengan menaiki keretapi laju dan berjalan kaki.

Pusat bahasa tersebut agak moden. Lengkap dengan bilik komputer, library dan kaunselor. Boleh juga belajar secara E-leaning dan sistem SMS akan digunakan kelak apabila terdapat pertukaran tempat belajr ke kelas yang berlainan. Sebelum diterima masuk, pelajar harus melepasi satu sesi temuduga dengan kaunselor. 
Blok bangunan tempat belajar
Yang paling menarik adalah semuanya adalah secara percuma. Mulai Julai 2010 tiada lagi yuran 500kr (RM 285) dikenakan. Semua ditanggung oleh Kommune (Majlis Daerah) masing. Kami dibekalkan dengan buku teks dan juga CD. Blok bangunan tempat belajar berkongsi dengan pusat fisioterapi, klinik uralogi dan Foreigner Centre. Dan saya telah sesat mencari kelas ke tingkat 3 yang merupakan wad pesakit..huhu.

Kelas kami terdiri 19 orang pelajar. 5 lelaki & 14 perempuan dan dari 15 buah negara yang berbeza. Ada dari Egypt, India (3 orang), England (3 orang), Itali, Korea Selatan, Thailand, Nepal, Afrika Selatan, Hungary, Costa Rica, China, Perancis, Rusia, New Zealand dan juga seorang dari Malaysia (saya!!) Guru kelas kami adalah seorang perempuan awal 40-an bernama Karin Peterson. 
Sprogcenter mempunyai pelajar antarabangsa dari 100 buah negara
Kebanyakan mereka adalah well educated. Ada isteri diplomat, kahwin dengan orang tempatan, isteri kepada doktor yang berpindah di Denmark dan juga student.

Hari pertama di pusat bahasa saya dah pun dapat kawan baru. Yang pertama bernama Kanetnat. Berasal dari Chaing Mai, Thailand dan dibesarkan di Australia. Mempunyai diploma dalam Architecture. Ingin sambung pengajian di Denmark, tetapi kursus yang ditawarkan hanya mengajar dalam bahasa Danish. 

Kawan baru yang kedua adalah Corrado, dari Itali. Datang ke Denmark menemani girlfriend yang belajar di Denmark Technical University. Sekarang bekerja sambilan di restoran masakan Itali. Kedua-dua mereka sekarang menetap di Lyngby, berhampiran dengan rumah saya.

Aktiviti kelas pertama meliputi sesi berkenalan, basic dialog seperti nama, asal dan nationality. 45 minit yang pertama kami belajar sebutan ABC. Terbelit lidah juga dibuatnya. Tambahan pula terdapat 3 hurut yang tidak pernah digunakan sebelum ini iaitu ‘ø’, ‘æ’ dan ‘å’. Teknik sebutan dengan mulut terbuka luas, terbuka separa dan anak tekak pun ada. Bingit satu kelas apabila semua orang praktis ABC.

Berikut hasil karangan saya setelah tamat kelas yang pertama…
Goddag. Jeg hedder Imran. Jeg kommer fra Malaysia. Jeg nationalitet Malaysiske . Jeg modersmål Malaysik. Men, jeg sprog taler Englesk.Tak.

(Hello. Nama saya Imran. Saya berasal dari Malaysia. Saya berbangsa Malaysia. Bahasa ibunda saya adalah Bahasa Melayu. Tapi saya juga boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih.)


....lepas ni boleh la post entry dalam bahasa Danish..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...