Friday, November 12

Pelakon Filem Harry Potter datang ke bandar kami

Secara jujurnya, saya bukanlah ‘kipas susah mati’ bagi filem Harry Potter. Namun hampir kesemua filem yang lepas telah ditonton di pawagam (biasanya seminggu dua selepas tayangan perdana bagi mengelakkan kesesakan). Dan juga hanya membaca 1 siri buku Harry Potter yang pertama (itupun dalam BM) dan juga beberapa chapter melalui e-book bagi  Harry Potter 2.

Namun, filem terbaru Harry Potter and the Deathly Hallow: Part 1 ini akan menjadi filem pertama yang saya akan tonton di bumi Denmark ini. Antara sebab utama adalah kerana seorang pelakon dalam filem Hary Potter 7 akan datang ke pawagam di bandar kami di Lyngby sempena tayangan perdana.

Ya, pelakon Nataloe Tena yang memegang watak sebagai Nymphadora Tonk akan muncul sebagai tetamu dan akan membuat penampilan istimewa disamping menceritakan pengalamannya berlakon dalam filem tersebut di pawagam Kinopalaet di Lyngby. Kahadiran Nat Tena mendapat liputan akhbar tempatan di sini.
Natalie Tena (Tonks) akan datang ke bandar kami sempena premiere HP7

Namum, harapan untuk berjumpa Nat Tena hancur apabila tiket telah 'optaget' (full in Danish). Tetapi saya dan isteri tetap membooking tiket untuk waktu yang lain. Harga yang dikenakan adalah 85kr (RM48).Fuh..mahal giler harga tiket wayang kat sini. Teringin pula tengok kat TGV kat Tebrau City, RM 12 je..huhu

Walaubagaimanapun, peminat Harry Potter di Malaysia mungkin akan 'pening' untuk memilih kerana filem 2Alam yang dikatakan bakal mencapai kutipan 40juta oleh jutawan Dato Dr Romzey yang berambut 'segak' itu bakal ditayangkan pada tarikh yang sama dengan Harry Potter. Kira-kira macam 2Alam vs Harry Potter. So, agak-agak sapa yang menang?  (tapi dah tahu dah jawapannya kan...hihi)


...Rambut saya dah jadi macam rambut Dato Dr Romzey sebab dah 2 bulan tak gunting rambut..kui2

...tak sabar nak tunggu Harry Potter and the Deathly Hallow: Part II yang dalam 3D pada July 2011..Tentu magisnya lebih syok

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...