Wednesday, December 29

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Suzuki 2010 Pusingan Kedua

Keputusan perlawanan Akhir Piala Suzuki 2010 pusingan kedua akhirnya dapat diketahui jua. Malaysia telah tewas pada siri kedua dengan jaringan 1-2 kepada Indonesia. Walaubagaimanapun Malaysia tetap menang dengan aggregate 4-2. Keputusan Perlawanan Akhir Piala Suzuki 2010 ini nyata menceriakan seluruh rakyat Malaysia. PM umum cuti ke tak?
 
Keputusan perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010 ini sangat manis untuk rakyat Malaysia walaupun terdapat isu-isu hangat seperti penggunaan laser hiijau ala Star Wars oleh penonton yang mengganggu perlawanan. Namun, Malaysia masih mampu menunjukkan belang sebagai legasi pasukan bola sepak ulung di Asia Tenggara. 

Keadaan yang ‘bergelora’ di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta bersemarak dengan lautan penyokong 'kipas susah mati' Indonesia tidak mematah semangat pasukan Harimau Malaya.

Tahniah Malaysia. Malaysia Boleh!

>> Sekian berita ringkas daripada M.Imran melaporkan dari Jakarta.. ehh bukan Copenhagen, Denmark.

3 comments:

  1. sayangnya, kat Denmark takleh nak menikmati cuti umum menang piala AFF... kekekeek
    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    ReplyDelete
  2. @sW33tdARLiNG: PM bagi cuti ke??? haha ruginye..cuti tahun baru je la

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...