Friday, December 31

Escape to Oslo, Norway Part 2

Setiba di Jetty DSDS Seaways di Vippetangen, kami terus ke Oslo Central Station (ejaannya Oslo Sentralstasjon) untuk mendapatkan tiket public transport di Trafikanten (macam kanten sekolah pulak bunyinya). Kami memilih untuk mendapatkan 24hr pass yang berharga Norwegian Kroner, 70 NOK (RM 37). Tiket tersebut membolehkan kami menaiki Bus, Train dan Tram secara bebas. Tapi kami hanya memilih untuk  menaiki Tram kerana ianya lebih unik dan tiada di Copenhagen mahupun di Malaysia.
Di hadapan Sentralstasjon dan Trafikanten
Tempat pertama yang dituju adalah Vigeland Sculpture Park (Vigelandsparken). Entahlah kenapa taman ini begitu popular di kalangan pelancong. Yang ada hanyalah ukiran statue dan arca yang pelbagai rupa dan gaya diperbuat dari batu granit, gangsa dan juga besi.
Tetapi apa yang menarik ukiran statue dan arca hasil pereka Gustav Vigeland ini begitu teliti dan seolah-olah betul hinggakan kedut-kedut di dahi, tulang belakang, dagu dan bahagian ‘tut’ di ukir dengan jelas. Terdapat lebih 200 patung di situ. Semua tanpa baju, ada statue berbentuk bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan juga nenek serta atuk tua.
Vigeland Sculpture Park
Seterusnya kami menuju ke Nobel Peace Centre. Maklumlan tak dapat belum dapat Nobel Peace Awards, dapat ke tempat centre dia pun jadi la. Berikutan, penerima terbaru Noble Peace Awards iaitu Liu Xiabo (China) baru saja menerima anugerah tersebut pada 10 December yang lepas, kebanyakan pameran bertumpu pada beliau yang bertajuk ‘ I Have No Enemies’. Akibat kesuntukan masa, kami hanya berlegar di ruang lobby dan tidak berkesempatan melihat keseluruhan pameran.
Slaughter menjadi Laughter di Nobel Peace Centre
Menjelang tengahari, kami ke Narvisen Skating Rink iaitu tempat bermain Ice Skating terbuka di tengah-tengah kota Oslo. Memang ramai orang di sana. Tanpa berlengah kami menyewa kasut skating dengan harga 45NOK (RM 23) untuk sejam. Rupa-rupanya bermain ice skating tidak lah semudah yang digambarkan. Rasa kagum melihat kanak-kanak kecil bermain skating tanpa terjatuh. Namun, saya juga ‘hebat’ kerana langsung tidak terjatuh…akibat hanya berpegang mengelilingi pagar selama sejam..haha
Bermain Ice Skating di Narvisen Skating Rink
Penat berskating, kami menuju ke Akershus Castle and Fortress. Asalnya untuk melihat upacara rasmi harian iaitu ‘changing guard’ pada jam 1.30pm. Namun, akibat tersesat kami setelah terlepas upacara tersebut dan hanya melihat-lihat sekitar istana lama tersebut dan terus berjalan meneroka kota Oslo.
Berposing depan Oslo Hard Rock Cafe, The Mini Bottle Gallery, Olso National  Theater dan Akerhus Castle
Seterusnya, kami sempat berjalan-jalan di Karl Johans Gate, laluan pejalan kaki yang menempatkan pelbagai kedai yang popular bagi kaki shopping. Seperti biasa, tidak sah kalau tak tidak mendapatkan souvenirs sebagai tanda dah pernah  sampai Oslo.
Shopping 'tingkap' di Karl Johans Gate
Sebelum pulang, kami sempat mendekati Oslo Opera House yang popular dengan rekabentuknya yang unik. Kami ‘perlu’ bergambar bagi melengkap koleksi melawat Opera House yang popular di dunia. Copenhagen dan Oslo dah. Nanti kena pergi tengok Opera House yang lain pulak seperti di Sydney, Milan dan juga Frankurt.
The Norwegian National Opera House
Kami kembali ke Jetty jam 4.20pm iaitu sebelum hanya 10 minit sebelum kaunter onboard checking ditutup. Lawatan sambil menghabiskan duit selama 6 jam 30 min ke Oslo berbaloi-baloi walaupun sekejap dan mungkin akan kembali bagi untuk bermain luncur salji di Oslo Winter Park Tryvann (Tryvann Vinterpark) 2011 kot…?

....Terima kasih kpd Orang Oslo yang memberi sedikit info sblm kami tiba ke sana.

Wednesday, December 29

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Suzuki 2010 Pusingan Kedua

Keputusan perlawanan Akhir Piala Suzuki 2010 pusingan kedua akhirnya dapat diketahui jua. Malaysia telah tewas pada siri kedua dengan jaringan 1-2 kepada Indonesia. Walaubagaimanapun Malaysia tetap menang dengan aggregate 4-2. Keputusan Perlawanan Akhir Piala Suzuki 2010 ini nyata menceriakan seluruh rakyat Malaysia. PM umum cuti ke tak?
 
Keputusan perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010 ini sangat manis untuk rakyat Malaysia walaupun terdapat isu-isu hangat seperti penggunaan laser hiijau ala Star Wars oleh penonton yang mengganggu perlawanan. Namun, Malaysia masih mampu menunjukkan belang sebagai legasi pasukan bola sepak ulung di Asia Tenggara. 

Keadaan yang ‘bergelora’ di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta bersemarak dengan lautan penyokong 'kipas susah mati' Indonesia tidak mematah semangat pasukan Harimau Malaya.

Tahniah Malaysia. Malaysia Boleh!

>> Sekian berita ringkas daripada M.Imran melaporkan dari Jakarta.. ehh bukan Copenhagen, Denmark.

Escape to Oslo, Norway Part 1

 
Escape to Oslo, Norway. Ya, penulis DKKC telah berjaya ‘melarikan’ diri dari Copenhagen ke Oslo tanpa menggunakan passport! Disebabkan passport  masih lagi dipegang US Embassy bagi proses Visa Applicationpenulis DKKC dengan slumber je menyelinap masuk ke negara orang dan ‘escape’ ke Norway dengan belayar menaiki Cruise Crown of Scandanavia.
Dengan rela memberi kebenaran untuk Asst. Captain , Mr Carl Jansen bergambar dengan penulis DKKC 
Planning untuk ke London sempena ‘hari bertinju’ terpaksa digantikan dengan pelayaran ke Norway nyata tidak sia-sia. Dengan bayaran ₤138 (RM 656), kami telah menempah pelayaran 3 hari 2 malam dengan perkhidmatan DFDS Seaways. Keterujaan kali pertama belayar cruise sukar dibendung lagi dan terasa seolah berada dalam filem Hindustan Mann dan juga Titanic.
Cabin kami bernombor 6600 terletak di Deck (Tingkat) 6. Dengan keluasan se 6 kangkang kera dengan dua katil secara bertingkat (salah satu adalah sofabed) dan ianya adalah lebih kecil dari bilik Tune Hotels! Namun, agak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan dan terdapat indoor bathroom dan meja solek kecil dan sudah memadai untuk didiami untuk 2 orang.
Cabin 6600 dan bekalan makanan yang dibawa
Kapal sepanjang 170.6 meter itu terdiri dari 12 tingkat (deck) dengan kapasiti 1940 penumpang. Terdapat mini shopping mall, 4 buah restaurant, 2 cafés, 5 bar, 2 kelab malam/disco, bilik conference dan audiotorium serta panggung wayang (cinema at sea). Bagi kanak-kanak terdapat Youth@Club (Computer Games), Kiddz’ Club (bahagian permainan kanak-kanak). Pendek kata, ianya seakan bandar kecil bergerak ditengah lautan.
Selain itu terdapat juga Adventure Club yang menempatkan 3 kolam renang kecil dengan bilik sauna dan jakuzi Kami sempat menonton wayang ‘Knight & Day’ dengan sarikata bahasa Swedish di dalam salah satu panggung wayang dengan kapasiti hanya untuk 25 orang. Setelah 16 ½ jam belayar meredah lautan Kattegat Bay dengan kelajuan 20 knots, akhirnya Kapal Crown of Scandinavia selamat tiba di Jetty Vippetangen, Oslo jam 9.30 pagi. 
Lautan yang hampir membeku
Next Post: A Day Trip @ Oslo, Norway

Sunday, December 26

Cooking With Love

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?
Kehidupan diperantauan ‘memaksa’ kami (isteri saya) memasak. Tiada lagi masakan air tangan ibunda, tiada lagi kedai mamak, tiada lagi restauran seafood dan tiada lagi KFC, PizzaHut, Mc Donald (Mc Donald ade, tapi tak berani makan sebab tak de label halal) dan juga pasar malam.

Yang ada hanyalah perut yang perlu dijamu, bahan ramuan masakan dan juga resepi yang dicedup dari internet. Kaedah cuba dan rasa menjadi slogan. Dari masakan ala kampung, oriental hinggalah western dicuba. Tidak terkecuali kuih-muih, kek dan juga roti serta keropok lekor.
Bolognese Spageti, Supreme Square Pizza, Beef Steak ala Manhattan, Onion Lord of the Ring
Karipap Kasih Sayang, Tat bertelur & Kuih Ketayap menjadi kupiah
Cheese Cake Rindu Merindu & Caramel Cake Sinar Kasih
Roti sosej, Mamaroti & Banana Muffin
Kerabu daging manja, Nasi kurang lemak, keropok lekor melekor
Inilah faktor utama yang menjadikan otot perut saya yang dulunya mempunyai 6 bahagian yang berketul2, sekarang telah menjadi seketul dan ditambah dengan gegelungan tayar bersaiz tayar basikal mengelilingi pinggang. Faktor cuaca yang kedinginan turut menggandakan kemalasan saya untuk keluar berjogging.

Saya telah dilantik secara rasmi sebagai QC controller. Kalau sedap baru boleh la hantar ke jiran tetangga…tapi kalau tak sedap, sayalah yang terpaksa rela menghabiskan kesemuanya…
QC Controller memeriksa tahap temperature cramble pie apple

Orang kata, kalau dimasak dengan penuh kasih sayang, maka bertambah enak dan sedaplah makanan tersebut? Betul ke?
Tat bergulung, Tat bunga matahari & Butter cookies cinta sayang

...tengah cari tarikh yang sesuai nak buat ‘kelas masakan’ membuat tart telur bersama jiran tetangga


Next post : Escape to Oslo

Saturday, December 25

Mana Lebih Best...Banjir ke Ribut Salji?

Patutnya tajuk ditukar mana lebih tak best kot..
Masa dulu2, semasa kat Malaysia bila kampung ditimpa banjir, teringin kalau-kalau musim tengkujuh boleh bertukar menjadi musim winter. Tak ke best main salji yang memutih daripada bermain air bah yang kekuningan?
Tapi, bila dah alami sendiri ditimpa salji, lain pulak jadinya. Macam ada juga tak bestnya.
'Banjir' salji di depan rumah kami
Perbezaan
-Bila dilanda banjir, sampan boleh digunakan untuk bergerak. Tapi bila salji dah memenuhi jalan, sangat susah untuk membawa sebarang jenis kenderaan kerana tayar akan tersangkut dan jalan licin.
*Pic from goggle images
-Air boleh surut dalam beberapa jam apabila hujan berhenti (contonya semasa banjir kilat), tapi bila musim salji, ais tak cair2 sebab suhu masih negatif dan salji akan terus menimbun
-Kereta rosak apabila ‘masuk air’. Tapi salji tidak mungkin masuk ke dalam kereta.
Kereta sepupu Mr Bean yang ditimpa salji
-Salji setebal 2 inci sudah mampu menutupkan lapangan terbang, menyebabkan ramai yang stranded di airport akibat flight canceled or delay. Tapi jarang kita dengar lapangan terbang ditutup kerana banjir (sebab biasanya airport dibina di kawasan tinggi)
-Selepas banjir kerja-kerja pembersihan wajib dilakukan. Peralatan dan perkakas hancur musnah. Tapi bila habis musim winter, keadaan pulih seperti sediakala.
Persamaan
Tetapi, apabila difikirnya semula, limpahan air banjir dan salji (apabila dilanda ribut salji) keadaannya boleh dikatakan macam sama sahaja…
-Kereta tersangkut dan tidak boleh bergerak.
*Pic from goggle images
-Pengangkutan awam terganggu. Laluan bas dan keretapi tenggelam.
-Keadaan sejuk dan lembap. Cuaca mendung memanjang. Nak keluar rumah kena bawa payung atau baju hujan dan bila musim salji kena pakai baju tebal2 serta gloves.
-Keadaan menjadi kotor semasa dan selepas banjir. Sampah sarap merata-rata. Bila snow hampir cair, jalan menjadi becak dan tidak cantik dah.
-Seringkali kedengaran kanak-kanak mati lemas di bawa arus air ketika bermain air bah. Jarang dengar orang mati tertimbus salji. Namun di Denmark, tahun lepas direkodkan ada 4 orang mati (homeless) akibat kesejukan.
-Semasa musim banjir di Malaysia, makan ubi rebus dengan teh-o-nipis di rumah sungguh menyelerakan dan semasa ribut salji minum kopi panas pun sudah melegakan.
-Semasa banjir boleh 'main air' dan masa selepas snow turun boleh main snowball, buat snowman, sleding dan bermain skating.
Bermain skating di atas padang rumput di taman belakang rumah

Thursday, December 23

Membeli Mercun Secara Halal

Membeli mercun secara halal (legal)? Di mana? Rupa-rupanya di negara scandanivian serta Denmark, mercun serta bunga api adalah halal dan bebas untuk dijual dan dibeli.

Apa yang menarik, iklan-iklan pelbagai jenama bunga api (atau kembang api dalam bahasa Indonesia) mula ditayangkan di kaca tv (kaca? bukan ke skrang dah pakai plasma/LCD, tak pun LED?), secara meluas. Malah iklan juga bebas dipaparkan akhbar. Iklan-iklan jualan ‘murah’ bunga api turut di hantar dari rumah ke rumah…oleh posmen!
Wah..bestnya kalau Malaysia buat macam ni. Pertama, pak cik atau brother yang menyeludup di Sungai Golok tidak perlu cuak dan takut2 apabila ‘beroperasi’ secara illegal. Kanak2 dan remaja tidak perlu takut2 bermain mercun di malam raya terutamanya apabila kereta polis peronda lalu. Ketiga boleh buat pilihan dan boleh beli dengan tanpa rasa bersalah dan boleh buat perbandingan harga antara kedai. Dan last kali, pekerja kastam tak perlu susah-suah membanteras penyeludupan mercun malahan mungkin kerajaan boleh dapat hasil daripada cukai.

Namun sebenarnya ada juga keburukannya. Selainnya tidak digalakkan oleh agama Islam kerana membazir adalah sifat syaitan, ia juga boleh mengundang kecelakaan dan bencana. Dan juga menganggu jemaah sedang solat terawih apabila bermain di bulan puasa. Tapi ada juga kebaikannya. Pertama, boleh digunakan untuk menghalau binatang buas dan tupai bagi pekebun (tanpa perlu guna senjata api) dan kedua adalah dapat…hmmn rasenya satu je faedahnya kot.

Di sini, kebanyakan mercun dan bunga api boleh didapati di kedai hardware, kedai peralatan automobil & basikal serta kedai bunga. Tapi ada syaratnya. Bunga api hanya boleh dibeli oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bermain hanya pada malam Krismas dan juga semasa sambutan tahun baru je. Jualan untuk tahun baru adalah pada 19-23 Disember tapi hanya di kedai-kedai tertentu dan untuk tahun baru mulai 27 Disember. Yang bagusnya orang kat sini, begitu patuh dan bermain hanya pada waktu yang dibenarkan sahaja.
Macam-macam ade. Ada jenis roket, bateri, fountain, luntefri (bunga api kecil dipegang ditangan) dan juga untuk junior (mercun bawang etc). Namun harganya boleh tahan. Bunga api jenis bateri yang popular di sini berharga 99kr (selepas diskaun) iaitu RM 54 sekotak kecil.

Oleh kerana telah menerima undangan ‘Majlis Makan-makan mengeratkan silaturahim sempena tahun baru’ (nama secara baik..). Ataupun Glitzz & Glamerous New Year Party’ (nama secara moden) yang memerlukan kami membawa bunga api masing2, maka saya dan jiran Mr S telah ke kedai bunga Bo Grønt Høsterkøb di Hørshoms untuk membeli belah bunga api..
Kedai bunga di Hørshoms yang menjual bunga api
Namun, apabila sampai di sana dan sedang sibuk memilih bunga api yang di display, seorang jurujual datang dan berkata “I’m sorry. It’s not allowed to sell this today. We only can sell this starting on next Monday.” Dibeleknya iklan yang dibawa semula, rupanya memang ada dinyatakan “Fryværkerisalget starter mandag den 27. Dec kl. 9.00”. 
Itulah akibatnya tidak belajar bahasa Danish (tengah belajar, tapi baru modul 1..huhu).
Maka pulanglah kami dengan hampa..

…tengok mercun roket, teringat pula bermain game ‘Rocket Mania’ dikala tension belajar, zaman muda-muda semasa di U.

...Next post: Mane lebih best..banjir ke ribut salji?

Wednesday, December 22

Senyuman Dari Penunggu Putih

Senja berlabuh. Malam pun bertandang. Keadaan menjadi sunyi dan sepi. Perut yang berkeroncong memaksa saya ke dapur untuk mencari sesuatu untuk dimakan. Sambil mengunyah biskut saya menjenguk ke luar tingkap.

"Alamak, ape bende tu?" Kataku terkejut. Kelihatan sosok-sosok tubuh berwarna putih, bermata merah memandang tepat ke arahku. Penunggu putih itu, langsung tidak bergerak dan seolah ketawa dan tersenyum. Kesejukan malam mengundang perasaan cuak dan seram yang tidak terhingga.
Snowman rambut terjurai, bermata merah. Tak ke seram tu
Rupanya-rupanya ianya adalah snowman yang berdiri teguh dibelakang rumah kami yang dibuat tempoh hari…aisey lupa pulak.

Pernahkah anda membuat snowman?
Sebagai seorang yang telah berjaya dalam cubaan pertama membuat snowman, saya berasa bertanggungjawab dan penuh dedikasi ingin menunjukkan cara-cara membuat snowman bagi panduan semua.

Cara-caranya adalah seperti berikut;
1   Cari kawasan yang sesuai. Misalnya jauh dari gangguan budak2 nakal dan terlindung agar snowman tidak di’pukul’ ribut. (Kami memilih belakang rumah agar dapat dilihat dari tingkap dapur)
2)    Cari pembantu ataupun seorang model yang cantik lagi menawan agar kerja-kerja membuat snowman dapat dibuat dengan pantas dan bersemangat
3)    Pastikan jumlah salji yang mencukupi. Salji separas kaki sudah memadai (Pesanan: Semangkuk ais tidak cukup untuk membuat snowman dan hanya layak dimakan sebagai Ais Kacang)
4)    Sediakan peralatan selengkapnya seperti sebatang carrot (untuk hidung), sarung tangan (bagi mengelakkan jari kesejukan), gunting (bagi memotong ranting pokok & memotong carrot) serta cebuk/scope bagi memudahkan mengorek salji.
5)    Gaulkan bahan di atas hingga sebati..Ehh bukan.
Tompokkan atau kumpulkan salji sebanyak mungkin dan padatkan agar tidak mudah runtuh. Gunakakan cebuk/scope bila jika perlu
6)  Bagi memudahkan proses membuat kepala snowman, kami menekapkan sejumlah salji ke dalam besen kecil dan satukan kedua-dua belah agar berbentuk bulat. Seterusnya, cucuk sebatang ranting sebagai tulang leher
7)    Hiaskan snowman anda dengan daya kreativiti tersendiri
8)    Jika anda ingin memasukkan gambar snowman anda dalam blog, kemaskan snowman anda dengan meratakan kawasan sekeliling agar lebih cantik di dalam gambar..

Snowman Melayu...bersongkok (Nak pakaikan sampin tapi tak muat)
9)    Dan bagi menampakkan semangat patriotik dan Malaysia boleh, anda boleh letakkan Jalur Gemilang agar snowman anda lebih terbilang

10) Langkah terakhir iaitu yang paling penting, ambil gambar secara bergaya untuk diposkan ke kampung halaman di Tanahair…

Ini pulak snowwoman
 

Monday, December 20

Sempatkah Nenek Emma Nielsen Menyambut Krismas?


Petang ini, saya dikejutkan dengan bunyi siren Ambulan yang menderu. Makin lama makin kuat. “Apa ke hal plak ni.” Jawabku sendirian. Dan akal fikiranku semakin pelik apabila ambulan tersebut berhenti dan parking betul-betul dihadapan rumah saya.
Ambulan sedang menunggu di luar
Kemudian, 3 orang pembantu perubatan bergegas turun. Seorang membawa turun katil dari belakang ambulan, seorang lagi membawa sekotak alat bantuan pernafasan ventilator manakala seorang lagi membawa beg penuh dengan alat kecemasan. Mereka menuju ke apartment kami dan seterusnya menekan loceng diluar apartment berkali-kali.

Saya terus membantu menekan butang pintu utama masuk apartment dan ketiga-tiga mereka meluru masukdan terus ke tingkat tiga. Hasil dari ‘menjaga tepi kain orang’ barulah saya mengetahui yang jiran kami Emma Nielsen telah ‘tidak menyedarkan dirinya’. Nenek dianggarkan berumur lebih kurang 82 ½ tahun itu terpaksa di bawa ke hospital.
Portable bed diletakkan dibawah kerana susah nak bawa naik melalui tangga
Diagnosis awal saya mungkin dia telah mengalami ganguan pernafasan hiposemik, edema paru-paru takpun pneumonia akut..Ceh macam doktor plak.
Gambar kabur...macam paparazi pulak ambik gambar curi dari tingkap
Apapun, semoga nenek Emma selamat dan ‘sempat’ menyambut perayaannya (Krismas) tidak lama lagi.

…Apabila nampak Ambulan, teringat Ayah kat kampung la plak..

Saturday, December 18

Annie Wear Sari

Adakah ini Misss Annie yang memakai Sari? (*pic from goggle)
Hari ini adalah hari Sabtu bertarikh 18 Disember. Maka, hari ini adalah hari untuk ‘Anni memakai sari’ kerana kalau hari tu ulang tahun pernikahan saya dan isteri (1 muharram), kali ni adalah our Wedding Anniversary (Annie Wear Sari) versi kalendar masihi. Seperti mana yang ditunjukkan oleh Daisypath disebelah, we have been married for 1 year!
Setahun yang lepas, semasa majlis perkahwinan kami, sekeping kalendar kecil telah diedarkan disamping goodies bag. Namum, kalendar tersebut telah menjadi sedikit ‘kontrovesi’ kerana tarikh 18 Disember dibulatkan sempena our wedding anniversary dan menimbulkan ke’jeles’an dikalangan kengkawan. Rasenye berbaloi juga dulu memujuk amoi yang jurujual kedai printing tu untuk mengubah draft artwork kalendar tersebut untuk sekelian kalinya.
Nampak tak 18 Dec dibulatkan?..Maka cuti umum kepada seluruh rakyat Malaysia!
Pesanan penaja untuk orang kampung yang menerima kalendar 2010 ini pada majlis tempoh hari, janganlah buang kalendar tu walau dah tamat tempoh, simpan dan buat kenangan. Lagipun berharga 0.23 sen sekeping tu..huhu pokai dulu ambo.
Doa pada page 2..amin
Kebetulan, semalam kami menjemput ‘orang-orang kampung’ untuk majlis makan-makan di rumah kami. Dan sebiji coklat kek telah berjaya disiapkan setelah 4½ jam mengerjakannya bersempena hari Annie memakai sari. Timakaseh kat orang kampong yg sudi bertandang
Lilin tahap mega telah digunakan. Idea Mr MFZ!
Tulisan atas kek di decorate oleh Miss Ninie (10 yrs)

Friday, December 17

Hikayat Sang Labah-labah

Pagi kelmarin, aku menyelak langsir dedauan tingkap, lalu terpandang daku seekor makhluk bergerak pantas dikeheningan pagi. Lalu, ku kudekati dan amati seketika. Didapati seekor labah-labah kecil menumpang kasih, hidup tak berbumbung di beranda kami tanpa diundang.

“Biarkan. Takkan ku charge sewa bulanan walau se-sen kepada sang labah-labah itu.” Sekelumit fikirku sendirian. Termangu-mangu kumelengung perihalnya. Siang berlalu menunaikan janji putaran alam.

Malam itu, angin bayu mendesir laju, salju masih mencurah tanpa henti. Suhu -5oC mencengkam tulang. Musim Winter makin menunjukan taringnya (ada taring ke?). Termenung daku seketika, apakah nasib gerangan sang labah-labah yang kunamakan Peter Gade tersebut.

Kendatipun bisa kumerentang tangan dan mudik ke beranda, menolong sang makhluk kerdil tak terdaya itu, namun, jiwa yang diselubungi duniawi berkata. “Esok masih ada.” Bibitku sayu berdesing berderap dihati yang meresik.

Kubibit rona malamku dialas selimut nipis sambil bersandar di sofa merah, lalu meneruskan menonton program tv kegemaranku Grey’s Anatomy season 7 episod 6. Hanya mampu kumenadah kedua tapak tangan, memohon kehadrat Ilahi agar nasib Peter Gade selamat dan mampu bertahan dalam misi bertarung nyawa dalam kesejukan malam.

Pagi ini, berkersik alunan kasih bait-bait lagu ‘Baik-baik Sayang’ kudendangkan diiringi oleh video klip kumpulan Wali Band menerusi youtube. Riang serimpi menghiasi sukma dan terus kujenguk disebalik langsir.
Ohh tidak!..Si Peter Gade telah terkorban. Kaku sayu di atas ais putih dipenjuru beranda. Arakian, tamatlah riwayat sang labah-labah tak berdosa.

Terpaku daku seketika nestapa menatap makhluk kecil tak bernyawa. Terobek hatiku diruntun perasaan bersalah. Berdosakah aku? 


.....Tak sempat nak mintak tips dari 'Peter Gade' untuk menjadi Spiderman..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...