Friday, January 14

10 Tip Supaya Dicintai Alam Sekitar

Sebagai salah seorang insan yang pernah..
+ menang tempat-3 contest ‘Save Energy Tips’ peringkat negara Denmark
+ pernah menjadi finalist in the search of Bayer Young Environmental Envoy 2006 (Malaysia rep. to German)
+ pernah mendapat ‘A’ bagi subjek Pollution Control dan juga Lab Pollution semasa zaman undergrad
+ sebagai ahli Malaysian Nature Society (MNS) yang berwibawa lagi berdedikasi (walaupun tidak membayar yuran keahlian tahunan sejak Februari 2010)

Saya secara sukarela memanggilkan diri untuk menyokong contest ‘cintai alam sekitar’ sekali gus menyertainya tanpa was-was.
Nak join? Jom Klik Blog
Alam mencintai manusia, tapi kenapa manusia tidak mahu mencintai alam?
Rasanya tak perlu sebab cerita pasal carbon footprint, co-generation atau environmental Impact Assessment (EIA) ataupun pasal Kyoto Protocol nanti budak darjah empat ternganga tidak mengerti.

Berikut beberapa idea praktikal & menarik untuk mengelakkan planet bumi dari terus di ancam pemanasan global.

1)  Kitar Semula
Tahukah anda bahawa 1 botol kaca yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga yang cukup untuk menyalakan mentol 100 watt selama 4 jam.? Susah sangat ke nak ingat warna tong kitar semula tu? Ya adik-adik, kalau nak ingat,  hafal je. Biru untuk kertas, coklat untuk kaca dan jingga untuk tin aluminium & plastik. Bagus2. Tepuk tangan semua.”Cikgu, jingga tu warna ape?”..Alahai..

2)  Air Hujan
Sediakan tong besar ataupun baldi bagi menadah air semasa hujan bagi menyiram pokok bunga ataupun membersihkan lantai porch kereta anda yang dicemari oleh tahi kucing. Tapi awas, jangan simpan lama-lama. Nanti aedes membiak, tak ke kesian kene demam denggi pulak.

3)  Skrin TV
Tahukah anda bahawa lagi besar saiz skrin tv anda, makin banyak power consumptionnya? Secara purata LCD TV menggunakan kira-kira 0.30 watts per square inch (2 kali ganda banyak dari TV biasa-rear projector) dan plasma TV menggunakan kira-kira 0.35-0.40 watts per square inch. Maka berbanggakah anda sekiranya mempunyai TV besar tahap gaban? Nak lawan pawagam ke ape?

4)  Kereta
Petrol berplumbum berupaya menghasilkan karbon monoksida yang membahayakan kualiti udara kerana mengandungi kadar plumbum yang tinggi. Petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan plumbum di dalam petrol daripada 0.4 gram per liter kepada 0.15 gram per liter. Anda tahu kenapa depa taruk plumbum dalam petrol??

5)  Mentol
Tukar mentol kepada energy saving bulb. Tak pun pakai je lilin malam-malam. Contohnya masa makan malam. Kan romantic setiap hari candle light dinner. Jangan tertukar botol kicap kipas udang dengan budu cap ketereh sudah..

6)  Carpool 
Pic source from here
Bukan setakat di swimming pool je kita boleh bersama-sama rakan. Carpool pun dapat menjimatkan wang sekaligus dapat conserve environment. Kalau susah sangat buspool je la..

7)  Fuel car Efficiency
Membawa kereta secara perlahan dan maintain dapat menjimatkan minyak berbanding kaedah 'pecut dan brake'. Penjimatan minyak sekaligus mengurang kadar kebergantungan kepada tenaga yang tidak dapat diperbaharui ini. Namun, pemandu ambulan dan pemandu yang ‘toilet emergency’ boleh dimaafkan.


8)  Pili Air
Ni, cikgu tadika dah pesan sejak dulu-dulu lagi. Tutup pili air semasa gosok gigi!!

9) Kertas
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok perlu diterbang. Maka gunakan kertas pada kedua-dua belah muka untuk print atau photocopy. Mak Cik kantin pun tahu nak jimatkan kertas. Sebab tu dia guna surat khabar untuk balut nasi lemak. So, anda bila lagi?


10)   Stop smoking!

Ayuh ibu-ibu..bapak-bapak.. sama-sama mengembeling usaha membantu menyelamatkan mergastua daripada bobrok sejajar dengan aspirasi negara dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.
Cintailah Alam Sekitar sepertimana anda mencintai isteri anda!

“We are not inherit the earth from our ancestor, but we borrow it from our children”

12 comments:

  1. :) :) :)
    car pool camtu pakai keter mainan aje la
    terbaeekkk!!!!

    singgah pagi dari mknace unlimited

    ReplyDelete
  2. wah, tips-tips yang sangat bagus. cuba tengok pertandingan saya pula ya.

    http://gedungrasa.blogspot.com/2011/01/pertandingan-apa-itu-kitar-semula.html

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sebab sudi masuk contest ni. Good luck

    ReplyDelete
  4. @Nana: Harap2nye gitu.TQ
    @AMMAR YASIR: TQ..boleh menang tak ni..haha

    ReplyDelete
  5. nice one..klula boleh vote pemenang...=)

    ReplyDelete
  6. hahaha.. carpool 2 besh !! ila pown join gak pew.. nk usha x??

    http://vanillasynus.blogspot.com/2011/01/contest-cintai-alam-sekitar.html

    ReplyDelete
  7. salam singgah ziarah dari PCL..
    Kampung Boy 1

    ReplyDelete
  8. Ala, kalau begitu nak tak dapat la tengok tv skrin besar. huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...