Saturday, January 22

Saya Blogger Perantau

Membuat snowman Melayu di belakang rumah
Saya Blogger Perantau. Merantau dari Kg Jeram, Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim, Malaysia ke Copenhagen, Denmark. Kalau dilihat pada peta, memang agak dekat. Mungkin sejengkal sahaja. Tapi sebenarnya jarak antara Denmark dan Malaysia adalah 9505.1km ataupun sejauh 5906.2miles (air travel). Agak jauh juga, namun seolah dekat apabila berhubung dengan skype!
Ukuran jarak dari Distancefromto
Saya dan isteri berhijrah ke sini sejak 2010 dan kini menetap di Virum iaitu di pinggir bandar Lyngby, salah satu bandar kecil tidak jauh dari kota Copenhagen. Copenhagen adalah ibu negara Denmark, dan salah sebuah negara Scandanavia selain Sweden dan Norway. Negara Denmark bersempadan dengan German (bahagian selatan) dan bersebelahan dengan Sweden (bahagian timur).

Pengalaman yang manis di sini memang banyak hingga boleh menyebabkan diabetis. Selain dapat menikmati cuaca yang sejuk dan menyamankan tanpa perlu memasang air-cond, pemandangannya cukup indah dengan peralihan musim yang mempersonakan serta mempelajari budaya orang yang asing terutama bagi orang kampung seperti saya yang ‘bagai rusa masuk kota’.

Namun, hidup tidak selalunya indah dan langit tidak selalu cerah. Sebab itu, mestilah ada juga pengalaman pahit. Ya, orang Danes memang suka minum kopi tanpa gula dan kopi yang dijual di sini tidaklah sesedap kopi cap kapal api dari Malaysia. Pengalaman minum kopi tanpa gula memang sangat pahit. Itulah pengalaman pahit saya setakat ini selain sangat ‘pahit’ dan 'kelat' untuk membayar sewa rumah yang mahal lagi ‘gila’, harga barang yang mahal 'menggila' dan juga kesukaran mendapatkan daging fresh lagi halal. (PS: kami dah 17 hari kehabisan bekalan daging).
Bila rakyat Malaysia beraktiviti
Kendatipun begitu, hidup di sini tidaklah sentiada dibelenggu rasa kebosanan dan kesedihan kerna terdapat jiran tetangga dan beberapa keluarga dari tanahair yang turut merantau ke sini sebagai pengubat hati yang lara. Lagipun, dapat la mempraktis Bahasa Melayu agar tidak pudar dari ingatan...ceh..
Suatu pagi di hari raya


Blog Pilihan Malaysia (BPM) sedang mengadakan segmen 'sahabat blogger-blogger perantau' bagi segmen ‘Saya Blogger Perantau’. Segmen ini telah dicadangkan oleh Blog Dari KELate ke cOPENhagen dan bermula dari 22 Januari - 29 Januari 2011 (jam 1 petang). Kepada perantau di luar sana, jom join!
Kepada anda yang berada di Malaysia, jom join segmen-segmen lain di BPM 2011.


18 comments:

  1. selamat merantau di tempat orang...
    kirim slam kat semua rakyat malaysia di sana...

    ReplyDelete
  2. alamakkkk snowman tu kacak laaaa...

    ReplyDelete
  3. bestnye kalau saye dpt holiday kat c2.. Holiday je..xnak duduk c2..ekekekek
    brape lame ye perjalanan dr malaysia ke denmark??

    ReplyDelete
  4. wahh bagusnyaaa...nanti sy join, nak join jugak giveaway tu tapi belum siap pantun :P. cadangan yg sgt bernas dan terima kasih sebab inform..

    ReplyDelete
  5. owh BPM ada kategori baru ke? sama la pulak dengan kategori blog DJ :D

    ReplyDelete
  6. @Mohd Ridhuan:OK. Nanti kem salamz kat oghe Kelate deh
    @MisS NadraH:Salam Kenal..
    @d_La: Snowman tu pakai songkok..haha
    @s.y.a.r.q: Flight from KL-Copenhagen 11jam 50min

    ReplyDelete
  7. @elianesuriane: Hidup Kelate!
    @Hanis MY: Join jgn x join
    @DaHLIa/DJ: sama pun tak pe, tak salah..

    ReplyDelete
  8. singgah sini tgk blogger di perantau. slmt maju jaya di negara org :)

    ReplyDelete
  9. wahH! bestnya snowman pakai songkok!
    hehe...

    ReplyDelete
  10. @Faa Niza:Best tp sejuk!
    @aurelia alviana fedora: Hi, Neighbour
    @ɐɥsɐɟ:TQ sudi singgah
    @Imzainieyzulkipli: best ke?
    @selipar biru: hmm snowman melayu..songkok dr Malaysia

    ReplyDelete
  11. salam ziarah dr akak...klu ikut akak...best do'oh pengalaman tempat ore terutama negara 4 musim nih...walau dalam byk ada manis namun ada rasa pahitnya...jepun masih dlm ingatan walau dah 4 thn balik ke Malaysia...huhu

    ReplyDelete
  12. salam kenal jugak dr brunei buat perantau dr kelate nih. ambo dr besut, blh la kecek bahaso demo. btw follow doh blog demo yg begithu menarik ni. blh kot angan2 sebetar g denmark.ahaks!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...