Monday, February 7

Ada Apa Pada Kuali Tefal?


Pepatah Melayu berbunyi ‘sayangkan isteri tinggal-tinggakan’ mungkin boleh ditukar kepada ‘sayangkan isteri teman-temankan’. Demi kuali tefal saya dengan rela hati menemankan isteri saya pergi memburu. Pemburuan kulai tefal membawa saya dan isteri mengembara sejauh 72km dengan menaiki 3 kali public transport yang mengambil masa 1hr 45 min untuk tiba di Rinsted Premier Outlets Center.


Kami menaiki S-Tog (Train dalam bandar), kemudian menaiki Intercity Train (Train antara bandar) dan bas sebelum tiba ke Rinsted Premier Outlets Center. Kebetulan hari Ahad minggu pertama syarikat DSB (Kalau di Malaysia macam KTM) masih lagi  baik hati untuk melanjutkan tempoh kempen ‘Gratis Sondag’ (percuma Ahad) lalu menjimatkan kos pejalanan pergi-balik kami untuk 2 orang sebanyak 92kr (RM51) ke  Høje Tåstrup Station.
Tiba di S-Tog Høje Tåstrup 
Di Rinsted Premier Outlets Center terdapat 55 buah outlet. Kebanyakannya menjual dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Dan apabila terdapat sale 30-70% bagi harga outlet, setentunya harganya lebih berbaloi-baloi.
Di outlet Rosendahl Copenhagen (barangan kaca)
Telur yang dimasak dengan apa jenis kuali tetap menjadi telur goreng. Namun, apabila dimasak menggunakan kuali Tefal, ianya menjadikan isteri saya semakin semangat memasak. Walaupun Tefal berasal dari France, namun hasil penjanjian bersama EU, barangan Tefal di sini boleh di angap murah dan berbaloi berbanding di Malaysia.


Kuali Tefal 20cm mungkin hampir mencecah seratus di Malaysia, tapi di sini hanya berharga 49kr (RM 27). Sama dengan harga kuali cikai kalau dibeli di tesco Malaysia. Menurut isteri saya kuali tefal ni bagus. Katanya menggunakan durable technology (heat distribution yang lebih bagus), thermo-Spot (menghasilkan perfect cooking temperature), resist plus (long lasting non-stick) dan lebih-lebih lagi tertera made in france di belakang kuali. Jamie Oliver pun pakai Tefal, sebab tu dia pandai masak. Begitulah penjelasannya. Namun, bagi saya kuali adalah kuali…

Di Home & Cook outlet 
Lantaran itu, peluang membeli belah bayar di outlet Home & Cook telah membeliakkan mata isteri saya dan terus menyambar tanpa berfikir 3 kali untuk mendapatkan kuali-kuali tefal idamannya. Bukan satu barangan tefal yang diangkut, tapi Sembilan je. Namun ada diantaranya akan dibawa pulang ke Malaysia untuk Mak dan Mertua…bagus betul menantu ni..

Hasil tangkapan 
tag: barangan tefal, harga kuali, harga kuali tefal, Kembara Jelajah Denmark, kuali, kuali tefal, tefal, tefal brand

11 comments:

  1. ha.ha..ha betul tu kuali tetap kuali, yg penting air tangan isteri yg memasak tu. Make sure lepas ni lebih semangat lg bersaing dgn Jamie Oliver yer...;-P

    ReplyDelete
  2. bestnya kuali tefal murah2 kt sana. klu kt german, famous dgn pisau zwilling. yg tu mmg best la klu nk motong :)

    ReplyDelete
  3. wah wah wah.. macam ni la menantu kesayangan kan.. hihihihi~

    ReplyDelete
  4. wah! gila bestttt! banyak tu kuali tefal. kami pun kat sini kumpul tefal berdikit-dikit sebab tahu kat mesia mahal dan akan jadi malas membeli.

    ReplyDelete
  5. besnyeeee..dapat shopping brg tefal dgn harga yg runtuh tu! memang semua outlet kat sana jual dgn rega tu ke? nampaknya kena pi sana pulak selepas ni..

    ReplyDelete
  6. me tak suka tefal nak nak kuali,
    cam tak sesuai dengan cara memasak melayu terutama guna minyak ni, lelama cam tengah tengah hitam dia lekas sebab tefal ni non-stickkan... sekarang kami pakai lagostina pulak.

    ReplyDelete
  7. sape2 nk order tefal bole la like http://www.facebook.com/ShoppingMurahUk
    cuba tgk dulu..order byk dpt kurang..

    ReplyDelete
  8. sape2 nk order tefal bole la like http://www.facebook.com/ShoppingMurahUk
    cuba tgk dulu..order byk dpt kurang..

    ReplyDelete
  9. tefal ini bukan sahaja menjadi idaman setiap wanita, malah menjadi idaman suami saya juga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...