Thursday, February 3

Apo Kobar Oghe Kapong


Tatkala ini, nun jauh di kampung halaman di tanah air, rumah saya setentu sedang kalut ribut berikutan majlis ‘big-wah’ ataupun kenduri sempena majlis pertunangan adik bongsu.

Riuh rendah suara anak-anak buah dan juga sanak saudara yang balik kampung sempena cuti tahun baru cina tentu menggamatkan suasana. Yang tiada, hanyalah ‘Pak Alang’ yang jauh di perantauan yang teringin makan roti cicah gulai kawah.

Tetiba, episod rindu-merindu kampung berlaku tanpa diundang. Maka berkumandanglah lagu dikir barat Halim Yazid bertajuk ‘Apo kobar Oghe Kapong’ (Apa Khabar Orang Kampung)..

Disebabkab CikShidaDariParit belum lagi miming lagu dikir barat ini terpaksa la saya menyelongkar gambar kampung dan juga koleksi gambar lama yang terperap dalam folder (tp gambar cover+gambar kerbau dipinjam dari google) untuk membuat video yang tak seberapa ni..layanz.
video

Lagu: Apa Khabar Orang Kampung
Oleh: Halim Yazid

Apo khobar oghe kampung, 
Ambo harap segar belako,
Kak Cik, Kak Wan, Kak Nik nga Kak Long,
Dok bual gapo tu atah tanggo,
Nampok ralik sangat duk likung,
Royak la retek bui ko Ambo.

Tengok tari masuk doh asar,
tok soh lagi ralik duk bual,
sementar lagi Pok Nik nak sapa,
baru la balik cerut doh,
panah-panah capur ngan lapar,
bimbe la takut Pak Nik tok sobar.

Caro oghe kampung ai nampak senang hati,
petang-petang berhimpun,
ble-ble ambik angin,
hidup ore kampung ia comel buleh puji,
sikap tolong menolong kita amal lagi.

Apo khobar oghe kampung..


….Selamat bertunang, wahai adik bongsuku Syaema Husna & Farhan..

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...