Tuesday, February 22

Keputusan Penuh Contest & GA Special Dari Denmark

Seperti yang dijanjikan keputusan juri bagi Contest & GA Special Dari Denmark tampil dengan keputusan penuh. Memang sukar untuk memilih pemenang kerna semuanya hebat-hebat belaka.

Pada awalnya, terdapat 15 peserta terpilih ke pusingan kedua. Peserta-peserta tersebut adalah seperti berikut (tidak mengikut turutan/markah): 


Fakta Contest & GA;
  • Ada 3 orang ‘Mama’ menyertai contest ni..tapi bukan ‘Bik Mama’ ya!..iaitu  MamaRayyan, MamaZharfan, MamaZakwan
  • Perkataan ‘Volkswagen’ telah digunakan sebanyak 11 kali. Susah betul nak cari pembayang Copenhagen rupanya.
  • Malaysia Giveaways sudi meletakkan banner contest & GA ini secara percuma untuk 3 minggu
  • Ada dua peserta luar negara yang menyertai contest ini iaitu Hanasakura (Jepun) dan MamaZharfan (UK). Namun tiada peserta dari Timbuktu  tampil dengan pantunnnya..
  • Dalam 43 orang peserta, hanya 6 peserta adalah lelaki…
  • Pantun yang agak unik iaitu lebih dari 2 bahasa diterima dari Hanasakura dengan pantunnnya

konnichiwa, watashi wa hanis desu i said in japan,
its here i learn Danish whish is Goddag, jeg heder Hanis
Blogging grows a friendship and exchanging our lifespan
DKKC is more than what you think just looking at this 
  • Pantun yang teringkas diterima oleh Lulu dengan pantunnya
Dari Kelantan ke Copenhagen
coretan pengalaman dari perantauan
  • Pantun yang paling panjang diterima Mama Zharfan dengan pantunnya berbunyi (ada bunyi?) 

  Jauhnya En mibi999 merantau dari Kelate ke Copenhagen,
baru me tau Pn Alafiza manis iras2 lisa surihani jelita gorjes orgnya macam ratu,
Kalau tak de reseki menang misteri nombor satu,
Dapat hadiah Fridge magnet pun ok ajer me terus tunggu depan pintu.

Dan keputusannya..Jeng..Jeng..Jeng

Tempat Pertama dimemenangi oleh Huda 
Walaupun penyertaannya hampir dibatalkan kerana pantun terlebih sudah..syarat paling kurang  2 je, tapi disedekah olehnya sampai 5 rangkap.. Pantunnya simple dan macam-macam ramuan, dari mandi di Tjg Balau, membuat kek dan ada juga emas 25 karat.  Pantunnya juga adalah yang paling ‘sopan-santun’  kerana merupakan satu-satu memberi salam dalam pantun.

Assalamualaikum pembuka bicara,
kepada tuan tanah yg baik hatinya,
niat di hati nak cuba-cuba,
kerana rezeki ditentukan oleh NYA

mandi manda di Tanjung Balau,
sambil mencari batu berkilau,
tagline blog 'Ceritera Kembara Perantau'
sangat menarik dan sangat memukau

buat kek guna tepung secawan,
adun bersama telur dan gula aising,
imran dan alafiza di perantauan,
penghijrahan sementara di bumi asing,

sedap sungguh masakan emak,
makan bersama kanda dan dinda,
tak perlu susah-susah nak pergi Denmark,
insyaAllah ada rezeki dapat juga cenderahati dari sana

mak siti pergi beraya,
pakai gelang emas 25 karat,
moga kalian terus berjaya dan bahagia,
diberkati Allah dunia dan akhirat

Pantun       : 52.5/60
Kreativiti    : 6.3/10
Nilai estitik : 5.8/10
Entry & Markah bonus/kesian : 13.5/20
Markah penuh: 78.1%

Tempat kedua jatuh bergolek kepada Nanakimie. Penganjur sedikit terbodek dengan gambar atas ais..Pantun yang digubah begitu menyentuh jiwa dan raga basikal.
Pantun       : 54.9/60
Kreativiti    : 7.4/10
Nilai estitik : 6.1/10
Entry & Markah bonus/kesian : 10.8/20
Markah penuh: 77.2%

Dan tiga peserta yang berjaya meraih tempat ketiga adalah seperti berikut;

Tempat Ke-3 #i aNnie
Kegigihannya dalam cubaan membuat pantun versi bahaso kelate telah menambat hati juri. Ditambah pula dangan senarai maksud perkataan kelate dalam pantunnya. Walaupun terdapat sedikit kesilapan dalam list maksud yang dilampirkan, namun usahanya harus diberikan pujian.

Pok We ado keto volkswagen,
Naik volkswagen gi poh mail;
Maghi baco 'darikelatekecopanhagen',
Blog hok milik Imran Ismail.

Pok We isak rokok sebate,
Abih rokok capok dale semok;
Blog ditulih anok kelate,
Pengalame dio di bumi denmork.

Pantun       : 50.2/60
Kreativiti    : 7.4/10
Nilai estitik : 3.6/10
Entry & Markah bonus/kesian : 9.0/20
Markah penuh: 74.7%

Tempat Ke-3 #ii Uncle Usop’ Son
Pantun yang simple lagi ringkas namun tetap menjadi pilihan juri. Terdapat dua backlink dalam pantunnya. Peserta tunggal lelaki yang berjaya meraih hadiah.

Nak pergi Copenhagen jauh sanggat,
Nak naik flight mahal tiketnya,
Tak yah pening nak perah keringat,
Jom join contest marvelous hadiahnya

Walau berbeza bahasa dan budaya,
Tapi colour bendera tetap sama,
klik SINI kalau nak join sama.

Pantun       : 53.5/60
Kreativiti    : 4.3/10
Nilai estitik : 6.1/10
Entry &Markah bonus/kesian : 7.4/20
Markah penuh: 71.3%

Tempat Ke-3 #iii Bambam
Walaupun terdapat kesalahan ‘grammatikken’ error dalam pantun versi bahasa orang Denmark namun usahanya wajar dihargai. Kesian goggle translate keranan tak dapat nak mencari perkataan ‘penunun’ dalam bahasa Danish.

Pantunnya yang cuba dialihbahasa ke Bahasa Danish:
Stop af Kelantan ikke keder sig,
Smuk broderet på den hårde penunun,
Fordring videnskab handler ikke om hårdt arbejde,
Selv om langt til København nonne

Maksud apabila ditranslate melalui goggle translate
Hentikan Kelantan tidak bosan,
Bersulam indah pada penunun keras,
Tuntutan ilmu bukan tentang kerja keras,
Walaupun banyak biarawati Copenhagen

Pantun yang sebenar..
Singgah ke Kelantan janganlah jemu,
Cantik songket pada tekun penunun
Tuntut ilmu tidak kira jemu,
Walau jauh ke Copenhagen nun..

Pantun       : 50.5/60
Kreativiti    : 6.4/10
Nilai estitik : 3.4/10
Entry &Markah bonus/kesian : 10.2/20
Markah penuh: 70.5%

Hadiah pertama yang begitu misteri yang dirahsiakan sebelum ini adalah bernilai 7D (bukan nombor toto..ok!) iaitu seekor burung & sangkar ukiran kertas 4D (boleh digantung atau diletakkan atas meja) dan seekor udang karang-sekeping poskad edisi khas Perkhidmatan Pos Diraja Denmark (3D Underwater Poskad)
+


*Diharap kelima-lima pemenang dapat meng-email-kan nama dan alamat penuh kepada penganjur dengan segera (mibi999@yahoo.com) bagi proses penghantaran / pengeposan hadiah..

Pihak jawatankuasa penganjur ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya diharap dapat menabahkan diri menghadapi suratan takdir  dan mungkin rezeki di lain waktu. Jutaan2 TERIMA KASIH diucapkan kepada semua peserta. Akhir sekali, Majulah Pantun untuk negara!

Snow turun di waktu pagi
Sejuk menggigil tulang dan sendi
Terima kasih daun palas serta daun keladi
Lain kali singgah lagi ke blog ni

18 comments:

  1. heheheh.. tahniah pada para pemenang!.. =)

    ReplyDelete
  2. ish, tak de rezeki me nampaknya
    congrats to all winners!

    ReplyDelete
  3. @Along Usop
    @Wafiy Suzly
    @Mama Zharfan
    @cikpuanhady
    TIMA KASIH kerna join! Mungkin ada rezeki dilain kali ok! :)

    ReplyDelete
  4. terima kasehhhh~!! :P

    and congrats to all winners! :)
    saya dah emel details yer..

    ReplyDelete
  5. tahniah semua...wahh pantun broken english sy pun ada eh hik2...
    adehh jiwa raga basikal..haha lawak la...

    ReplyDelete
  6. haha rasanya lulu salah faham ttg pantun tu..sangka nak yg 2 kerat...tapi, tahniah buat yg menang...Rumusan Contest yang lengkap..1st time tgk keputusan diumumkan selengkap ini..ngee...

    ReplyDelete
  7. wah...trima kasih penganjur!!hehehe

    ReplyDelete
  8. wahh..annie menang la..hihihi..tq en penganjur..nanti annie emel details..congratz jugak kepada pemenang2 lain..^_^

    ReplyDelete
  9. as salam,

    kelaka pulak bile baca semula pantun2 sy tu..sbb spontan :)
    thanks to penganjur sbb pilih sy sbg pemenang pertama. alhamdulillah :) nnti sy emel yer..

    ReplyDelete
  10. tahniah semua:)hehe....suka nya dapat FM:)tq penganjur!t nana email yer..

    ReplyDelete
  11. nana da email,kalo xdapat inform yer..

    ReplyDelete
  12. baru perasan nama saya tak tersenarai...
    x dok rezeki.. hukhukhuk,
    tahniah pado pemantun2!!

    ReplyDelete
  13. Hik2! Hebat2 pantun pemenang semua. Huhu..xpela..dapat gak masuk 2nd round =D

    ReplyDelete
  14. wahh details tu kira markah.. mcm exam plak.. hmm xde rezeki xpela.. suka meriahkan contest/GA ni.. congratz to all winners..

    ReplyDelete
  15. @bambam: dah dpt email. TQ
    @HanisMY: broken2 pun x pe
    @Lulu Caldina: TQ..ngee..
    @man yusoef: sama2
    @aNnie: dah dpt email.TQ
    @Huda: dat dpt email. TQ
    @nanakimie: dah dpt email nana..TQ
    @fa10: mungkin rezeki di GA yg lain..TQ for join
    @Dang Tuah: 2nd round pun dah hebat dah tu
    @Fatin a.k.a Aten: hmmm..rezeki ada kat GA lain kot..TQ for join

    ReplyDelete
  16. tahniah pada pemenang..mcm marking paper penulisan pula bila tengok kat atas tu..hehehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...