Friday, March 4

Memasak ‘Simple Green Side Salad’

Memasak? Apa kes…mana ada orang memasak salad. Hari ini, tetiba tekak ingin mencuba makanan gaya orang putih plak untuk lunch..maklumkan dok obersi ni, kekadang lupa daratan sket.

Akibat terpengaruh dengan iklan tv yang mengujakan,  operasi menyediakan lunch dijalankan tanpa dipaksa. Setelah check dalam peti sejuk semua barang ada, maka operasi pun bermula.

'Simple Green Side Salad'

Bahan-bahannya;
Pelbagai jenis salad-ikut kegemaran
4 sudu Olive Oil
6 camca besar yogurt
¼ biji lemon

Cara membuatnya

1)   Potong salad mengikut kesuaian
2)   Untuk membersih salad, rendam dalam air dan toskan
Boleh toskan air pakai salad spinner
3)   Masukkan salad yang sudah dibersihkan ke dalam ‘salad bowl’
4)   Perahkan jus lemon sesedap rasa
5)   Masukkan Olive Oil dan Yoghurt
6)   Gaul hingga sebati
7)   Boleh dihidang dan dimakan setelah membaca doa makan..


Tapi tak tau la macam mana orang putih boleh tahan makan salad je untuk lunch..tapi kalau dah perut orang melayu, mungkin petang sket dah kena bukak periuk cari nasik…hmm memang tak boleh hidup tanpa nasi.

Dan sememangnya tak layak nak melawan Mat Gebu pun.. jadi Mat Gedempol pun jadi la..
Next time nak try bubuh bauh delima dalam salad plak..Winter Salad Resepi Jamie Oliver

4 comments:

  1. erk?? sumpah sekali baham, pinggan sekali kena telan dalam mulut..haha..tak kenyang...

    ReplyDelete
  2. yummy yummy yummy.....delicious....

    ReplyDelete
  3. @nazrul: haha memang x kenyang pun
    @radziah: memang sodap..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...