Friday, March 11

Gambar dan Video Gempa Bumi, Tsunami di Jepun



Jepun dilanda Tsunami (sumber pic BBC news)


Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami teruk ekoran gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di bahagian timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 pada pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Tsunami setinggi 10m melanda pesisir pantai di Sendai (sumber pic BBC news) 
·         Tsunami setinggi setinggi 10 m dilaporkan melanda pelabuhan Sendai
Loji penapisan minyak terbakar (sumber pic BBC news) 

·         Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo dilaporkan turut mengalami kebakaran
·         Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diputuskan.
·         Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Lapangan terbang di Sendai (sumber pic BBC news)
·         Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.
·         Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.



Keadaan Rakyat Malaysia di Jepun

Kenyataan oleh Datuk Shaharuddin Md Som (Duta Besar Malaysia di Jepun) 

Buat masa sekarang pihak kedutaan sedang memantau keadaan dan telah pun berjaya menghubungi rakyat malaysia di kawasan yang telah dikenalpasti mengalami kerosakan. Kawasan yg dikenalpasti adalah di Miyagi, Iwate, dan Aomori. Di Miyagi terdapat seramai 60 org rakyat Malaysia dimana sbhgian besarnya adalah penuntut. Di Iwate seramai 29 rakyat Malaysia di sana 16 rakyat Malaysia adalah terdiri daripada penuntut. Dan di Aomori terdapat 12 org rakyat Malaysia 6 penuntut. Setakat ini para pelajar yg kita hubungi dilaporkan selamat tiada yg mengalami kecederaan.



(dipetik dari TV3)


Rekod gempa bumi dan tsunami 
27 July 1976, Tangshan, China: est 655,000 killed, 7.5
26 Dec 2004, Sumatra, Indonesia: 9.1 quake and tsunami kills 227,898 across Pacific region
12 Jan 2010, Haiti: 222,570 killed, 7.0
12 May 2008, Sichuan, China: 87,587 killed, 7.9
8 Oct 2005, Pakistan: 80,361 killed, 7.6
31 May 1970 Chimbote, Peru: 70,000 killed, 7.9
20 June 1990, Manjil, Iran: 40,000 killed, 7.4
26 Dec 2003, Bam, Iran: 31,000 killed, 6.6
26 Jan 2001, Gujarat, India: 20,023 killed, 7.7
17 Aug 1999, Izmit, Turkey: 17,118 killed, 7.6
30 Sep 1993 Latur, India: 9,748 killed, 6.2
16 Jan 1995, Kobe, Japan: 5,530 dead, 6.9
Source: USGS

Japan Person Finder


Goggle telah mewujudkan satu website khas bagi memudahkan mereka yang terlibat dengan gempa bumi tersebut bagi mengetahui status ahli keluarga dan kenalan melalui 'I'm looking for someone'. Selain itu info mengenai seseorang juga boleh dikemaskini ' I have info about someone’.

2 comments:

  1. Hana Sakura tinggal di Sendai..
    semoga dia sekeluarga selamat..

    ReplyDelete
  2. btol tu..hana sakura atau kak Hanis ada kat sendai..Alhamdulillah dia dan suami selmat.

    p/s : dah dpt postcard contest DKKC tu...heheh...tq!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...