Monday, April 11

Man Over Flowers

Man Over Flowers.. (sila abaikan rambut gaya dR Romzey tu..)

Nak ce..citer ni..

Pada suatu hari…, burung pun berkicauan hari tu…ada yang bekerja, ada yang bergembira…Cahaya sinar mentari musim bunga mula membahang setinggi 16oC.
Taman sebelah Lyngby Mill yang mula menghijau
Lantas saya & cik puan isteri mengayuh basikal sejauh 3.4km, kami ke Sorgenfri Park, dan berjalan kaki melalui rimba ke Lygnby Mill. Kebetulan Lynby Mill ada membuat åbent hus (open house) dan Loppe Marked (Flea Market) barangan kraftangan tempatan bersempena Cuti Easter yang nak tiba minggu depan. Tapi, kerna tak tahan dengan bauan b*bi salai yang meloyakan (dihidang percuma untuk dirasa di kaunter jualan daging tempatan), kami terus blah ke kedai bunga berdekatan.
cube teka pokok gapo nih?
Cik Puan Isteri memang gemor tengok pokok bunga yang pelik2 tapi benar. Ditilik-tilik lalu terkenan dengan sebakul bunga Bellis perennis (spesies Daisy) kaler merah berharga 30kr (RM17). Ok la. Kira murah la dan kami ke kaunter untuk bayaran.
Cik puan isteri dah confius memilih daisy..kaler putih ke merah? 
Asslamualaikum” Tegur owner kedai.
Waalaikumussalam” Jawab saya dengan sedikit terkejut tetiba disapa dengan salam (dah lama tak dengar orang tegur beri salam)
Kaayfa haluka? Malaysia?" Tanya si owner sambil tersengih
 “Alhamdulillah, bikhair. Na’am..Malizzia" Jawab saya (slang Arabic sket..ngeh). Pelik gak cam ne dia boleh teka kami dari Malaysia. Hmm.. may be dia gaya style tudung cik puan isteri kot..
Daun little red daisy yang dah macam pokok sawi
Rupa-rupanya owner tu orang Palestine. Dan kerna saudara seagama, diberi diskaun harga bunga daisy dengan hanya 20kr (RM11). Setelah mengucapkan ‘Ma al-salamah’ kami keluar dari kedai dengan hati yang girang. Untung jugak rasanya masih boleh berbahasa Arab. Berguna juga belajar bahasa Arab masa sekolah menengah dulu…haha
Planteland. Awas kereta sorong tu bukan untuk dijual tapi untuk kegunaan shopping pokok2..ada label 'lån en indkøbsvogn'
Seterusnya kami singgah di Planteland (Plant nursery) yang meriah membuat jualan sempena musim bunga. Cakap je nak pokok bunga apa yang nak, semua ada. Dari pokok herba hinggalah pokok lemon, anak pokok epal, pokok blueberries, cranberry pun ada dijual.. (hanset blackberry je yg tak de).
Sape nak beli pokok lemon. Murah..2,998kr (RM 1,757)
Dan sekali lagi cik puan isteri terkenan dengan sepasu pokok Lily putih yang segar lagi bugar. Dari membeli biji benih pokok Lily yang mahal, baik beli pokok yang confirm dah berbunga. Harga 40kr (RM23) untuk 4 pohon (sepasu)..hmm ok la kot..harap2 tahan la sebulan dua. 
Baru tahu biji benih pokok Lily dari bebawang rupenye..
Kami turut membeli biji benih strawberry untuk di tanam di beranda..Sepeket ada 100 biji benih strawberries..Tak payah makan jem kaya la lepas ni, boleh buat jem strawberry haha..
Tengok..macam2 biji benih ada.


"Korang minat bunga tak?"
"Sape kate orang laki yg suka bunga tu mat bunga??"

11 comments:

  1. tadi baca belog budak yg stdy kat germany..skang baca org yg live kat denmark plak. heh.. best lor!

    ReplyDelete
  2. @Enrique: memang cantek aklo yg segar
    @The Lady&Mr Vampire: hmmm jauh berjalan ye..

    ReplyDelete
  3. knapa pokok lemon tu mahal sangat? bestnya dah masuk musim bunga....x de tulip ke?

    ReplyDelete
  4. tulip ade gak kat sini. Tp tak la sebyk kat Netherland.

    ReplyDelete
  5. sihatnya bro Imran, mengayuh basikal 3 km...fit habis..

    gaya rambut Dr Romzey, tak tahan..(abaikan-abaikan)

    ReplyDelete
  6. murah2nya pokok kat sana!
    kat UK murah la juga tp bila convert terasa juga mahalnya

    ReplyDelete
  7. @Salahuddin: mengayuh basikal utk menghilang lamak2 yg terkumpul..haha
    @fa10: bila ade promosi je murah2..kalo x mahal gak

    ReplyDelete
  8. salam kenal..just read your blog..duduk kat CPH ek...ambik pHd ek???i went there last febuary..saja jalan2...and met with a malaysian family yg study sana jugak..wife dia nama kak Khadijah...and her husband, dah lupa dah nama ape......with 3 kids..ada kenal??send my regards to them okay if kenal..salam kenal from France...

    ReplyDelete
  9. @AngOsh: Salam kenal..
    Wife yg buat PhD...oohh..pernah smpi CPH. I think u r talking about Kak Khadijah&Nizam..Hmm memang kenal..ok.nanti I'll smpaikan salam bila jumpa diaorang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...