Tuesday, April 19

The World Best Restaurant 2011

Bila ditanya makanan yang paling best sekali dimakan kat mana? Tentulah korang akan jawab masakan Mak korang kat rumah kan. Tak pun, masakan Ibu atau Mummy korang..Hmmm sama la tu. Namun, tahukah anda restaurant mana yang diiktiraf secara rasmi sebagai ‘World Best Restaurant 2011’?.
Belum pun sampai hujung tahun 2011, The S. Pellegrino World's 50 Best Restaurants dah diumumkan. Sapa yang pilih? Sebenarnya ranking restaurant terbaik dunia tersebut dikeluarkan oleh Restaurant magazine (UK) sejak dari 2002 dan ditaja oleh S.Pellegrino (syarikat minuman air dari Itali).
Rene Redzepi, Head Chef di Restaurant Noma 
Dan pemenangnya bukan restaurant di Paris, bukan juga di Rome atau Spain tapi adalah restaurant di Copenhagen, Denmark! Restaurant terbaik dunia untuk 2011 adalah Restaurant Noma yang menang untuk kali kedua berturut-turut.

Bangunan Restaurant Noma di Copenhagen
Restaurant Noma adalah singkatan dari Nordic Mad (Mad=Food), merupakan antara restaurant yang popular di sini. Ianya terletak di Christianshavn, berdekatan dengan pusat bandar Copenhagen.  Bangunan restaurant Noma dari luar nampak macam biasa-biasa je. Macam blok kedai lama. Tapi customernya, bukan calang2, selain golongan diraja yang makan di situ adalah chef-chef dari serata dunia. Dan menunya hanya simple2 dan juga pelik tapi berkualiti.  
Telur itik dengan butter, spinach, wild garlic and herbs serta curls fried potato
Sheeps milk mousse, sorrel and fennel seeds 
Untuk, makan anda buat reservation berbulan2 awal. Contohnya, sejak awal 2011, tempahan untuk makan di restaurant itu telah ditutup. Kalau nak makan jugak, nak kene tunggu bulan Julai, baru boleh buat reservation. Tu pun, tak tahu bulan berapa baru dapat makan di sistu. Tengok, nak makan pun susah, baik tak yah kan? (padahal x mampu nak bayar-minum juice pun dah harga beratus)

Nak dijadikan cerita, pada majlis penyampaian hadiah restaurant terbaik dunia tahun lepas (2010), semua krew Noma dibawa ke majlis tersebut. Namun, akibat tidak dapat UK visa, seorang daripada krew restaurant, 'Ali' dari Gambia (dishwasher) tidak dapat pergi. Maka, Chefnya ‘membawa’ dishwasher tu pergi jugak dengan semua krew memakai baju yang ada gambar Ali. Akibatnya, tiba2 baju yang ada gambar Ali tu popular. Siap boleh order online kalau sapa nak. Dan harganya 350euro (RM1500). Mahal gila!
Baju 'Ali the dishwasher in Noma'
Dalam rangking 100 top restaurant in the world tak de plak dari Malaysia (Singapore ada 3). Malaysia tak de restaurant best ke? Agak-agak korang restaurant mane yang paling best yang korang pernah makan?

10 comments:

  1. tak suka makan kat restaurant sgt. haha..ok sekian..

    i think mamak stall more best.. takde protokol and bebas :)

    ReplyDelete
  2. Pak Man suka 'nasi air' Mak Su Nab Berek 12 KB.

    ReplyDelete
  3. @The Lady&Mr Vampire: Memang Restaurant Mamat semua golong suka,24hr, ad wifi tapi...
    @Pam Man: Alahai teringin nak makan nasik air kedai Mok Su Nab..dah lama x pekena..tetiba mengidam..

    ReplyDelete
  4. td baru dengar berita pasal restoren ni. ingat senang je nak mkan kat restoren ni, rupanya susohnya nak make kat situ.

    sedapnya ABC kat kedai mok su nab

    ReplyDelete
  5. wow, siap 2 tahun berturut2 lg tu. tp mknn diorang pelik2. xrespek sgt pon kalau org lain kata sdp. lain tmpt lain citarasa.

    ReplyDelete
  6. @sharinginfoz:betul, yg pelik2 tu x semestinya sedap
    @Raja Nurul Fatin:memang susah dan x halal.
    ABC..ABC dah lama x mkn ABC
    @Dawa:betul, mungkin tekak melayu sedap makan nasi ngan belacan & budu je..haha

    ReplyDelete
  7. kat malaysia..entahlah..kdg makan kat situ sedap..sekali lagi gi tak sedap pulak..susah nak cakap.

    bertuahnya kamu suami isteri dapat tinggal di negara orang..bekerja ataupun belajar.

    ishhh rasanya harga kat restoren tu tentu mahal kan

    ReplyDelete
  8. nasik ayam chee meng bukit bintang!!! nasik kandar kudu TAR...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...