Friday, May 20

Logo Tourism Negara Mana Yang Paling Cantik?

Kita biasa melihat pelbagai reka bentuk logo negara bagi tujuan pengiklanan dan promosi pelancongan sebuah negara. Sebenarnya adalah sangat sukar untuk memilih sekeping logo yang boleh melambangkan sesebuah negara dan seterusnya memikat hati orang ramai agar pergi melancong ke sesebuah negara tersebut.

Ada negara yang memilih logo dengan menggambarkan budaya dan ciri unik negara mereka seperti Australia-Kanggaru&Matahari, Canada-Daun Maple, Holland-Tulip. Ada yang menggunakan ciri geografi negara mereka seperti Cyprus-Pantai, Namibia-Padang Pasir, Madagascar-Pulau/Peta dan ada juga yang memilih logo yang mempunyai aksara unik seperti Negara Sepanyol (espana), Egypt dan Qatar. 

Ada juga yang menggunakan corak menyamai bendera seperti negara Sweden, South Africa dan France. Namun, apa yang pasti hampir semua negara menggunakan warna yang berwarna-warni dan ceria.
Logo Tourism Malaysia vs Denmark
Tourism Malaysia menggunakan lambang bunga kebangsaan iaitu bunga raya yang berwarna-warni dengan tagline ‘Malaysia Truly Asia’. Manakala negara Denmark lebih selesa menggunakan lambang yang ringkas berbentuk ‘love’ dengan berlatar belakang warna dan corak bendera Denmark iaitu merah dan putih. Kedua-duanya nampak unik dan mempunyai corak yang menarik.


Sebuah laman web komuniti dunia korporat BNET (The CBS Interactive Business Network) telah menyenarai 10 negara yang mempunyai logo yang lebih cantik dari USA iaitu Peru, India, Australia, Mexico, Bermuda, Britain, France, Sepanyol, Egypt dan  Bahamas kerana didapati mempunyai nilai-nilai yang tersendiri.

Namun bagi DKKC, rekabentuk logo terbaik adalah dari Negara Brazil, Moldova dan Bahamas kerana mempunyai warna yang lebih ‘eye catchy’ dan juga design yang unik dan menarik.

Jom kita tengok logo tourism bagi kebanyakan negara di dunia ini yang mana yang paling cun!








Sumber : Nation Branding Info
[ Pada pendapat korang logo tourism negara mana yang paling cantik??]



Next post: Through Our Window

5 comments:

  1. 1)Malaysia..warna warni=masyarakat majmuk.
    2)New Zealand.
    3)Australia.

    singapore pon cantik..

    ReplyDelete
  2. ahaha fening tgk banyak nau ha ;)

    ReplyDelete
  3. @senyumSOYA: UK OK, memang klasik dan simple
    @Eyrique Ettiqazz: NZ and Autralia memang canteik jugak. Sebab dari jauh pun dah boleh teka tu berdasarkan Tree Fern Leaf dan juga kanggaru
    @mzhany: fening heh??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...