Thursday, October 27

Kabus Nano

Jam 9 am, Virum
Kelam dinihari beransur terang. Hening pagi ini menyaksikan panorama alam melewati sisir masa dengan hidangan kabus nano yang menebal yang dijangkaan hingga lewat tengah hari.. Tapi, lebih baik berkabus dari jerebu bukan?? Nyaman sekali, bak berada di puncak Genting Highland. Namun, lebih nyaman lagi di sini..

Begitu ajaib penangan alam. Namun, pagi tetap ceria walau sukar menderap langkah dalam suhu mencengkam tulang sekitar 7oC. Kendati dalam renai serta laluan yang tampak berbalam, dengan prakarsa yang tegar, kelas kuliah harus di tujui jua kerna misi murni terjunjung di atas jemala...
Wanita besi, Cik Puan Isteri mengayuh basikal diperbuat daripada besi dan aloi menuju ke Uni..
Hmm..asyik..hujan tertalu, mana mungkin bisa mengorak langkah ke luar, mengambil gambar versi Autumn Collection 2011 di kala pepohon meleraikan daun menandakan kemuncak musim luruh..

Next post : Di
sebalik Sisa Runtuhan Tembok Berlin!

6 comments:

  1. autumn memang cantik kan.. best berbasikal kalau cuaca dingin...

    ReplyDelete
  2. Kat Denmark biasanya bila habis autumn dan start winter?? InsyaAllah, sy akan bertolak ke norway jumaat ni, masuk via Copenhagen...ada masa terluang nak jugak jln2 kat bdr Copenhagen..

    ReplyDelete
  3. menariknya apabila autumn. :) cantik!
    salam ziarah....
    first time datang sini.

    ReplyDelete
  4. @MULAN: memang cantik, petang2 naik basikal tengok pemandangan
    @naihusna: Jgn lupa PM bila singgah copenhagen nanti!
    @kak zmah: Bila dah terlampau sejuk, dah jadi tak best. Sejuk2 suku mcm cameron highland best la

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...