Saturday, October 8

Rempit Basikal Peringkat Dunia

Al-kisahnya, baru-baru ini, kawasan kediaman penulis yang sentiasa aman dan permai tetiba menjadi luar biasa sibuk.
Rempit Basikal Peringkat Dunia
Rupanya ada acara rempit basikal. Bukan sebarang rempit, tapi rempit basikal peringkat dunia tue. Ada perlumbaan UCI Road World Championships, iaitu acara tahunan lumba basikal peringkat dunia yang dianjurkan oleh Union Cycliste Internationale (UCI). 

Sebenarnya, pertandingan ini lain sket dari Le Tour de France, sebab yang ni adalah untuk time trial dan juga kategori road race untuk individu je. Lantaran itu, tiada jersi kaler kuning, hijau ataupun polka-dots disarungkan kepada pemenang.

Acara lumba basikal ni merupakan acara sukan yang terbesar di Denmark. Memang tak dinafikan, Denmark dan basikal memang cocok. Lantas layak menganjurkan pertandingan berprestij sebegini. Persediaaan besar-besaran yang dibuat memang terserlah. Bagi ketegori time trial, diadakan di tengah bandar Copenhagen. Manakala bagi kategori Road Race pulak diadakan di Rudersdal.


Kebetulan, litar lokasi Road Race memang tidak jauh dari kediaman penulis. 10 minit je berlenggang ke situ. Hampir suku juta rakyat Denmark turun padang memberi sokongan. Ditambah cuaca elok dan serta sepanas 21oC. Kiranya macam santai dihujung minggu di penghujung musim summer. Macam-macam ragam manusia boleh dilihat.
Penyokong 'Orange' dari Holland membingitkan telinga dengan alunan musik
Ada yang ambil kesempatan bukak kedai 'loppemarked' (car boot sale) depan rumah
Ada yang datang berpoya-poya sambil membaca
Ada yang berniaga 'karipap'...
Dalam 62 negara yang bertanding, rupanya ada juga terselit 2 orang pelumba Malaysia. Pelumba tersebut ialah Muhammad Adiq Husaini Othman dan Zamanhuri. Keduanya bertanding dalam kategori bawah 23 tahun. Namun, hanya  sekadar  berjaya menempatkan diri di tangga 111 daripada 138 pelumba, manakala sorang lagi DNF (Did Not Finish). Mungkin tak  cukup sokongan dan kibaran jalur gemilang pembakar semangat kot?
Malaysia Boleh, ditangga ke 111...
Setelah hampir 5 jam 40 minit mengayuh sejauh 266km, pemenang bagi ketegori utama, Men's Elite adalah Mark Cavendish, Pelumba ulung dari Britain yang kini dijulang sebagai ‘the best sprinter on the planet’. Memang terror mamat ni. Awal2 simpan tenaga, last2 baru pecut habis.

Lebih kurang 2km daripada keseluruhan 14km laluan kategori Road Race merupakan litar harian penulis berbasikal ke university dan juga ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Memang dah biasa dah trek tu. Rasanya kalau penulis DKKC masuk, ada can boleh pintas Mark Cavendish kot….huhu


**Entry ni, dah lama draftnya siap, baru berkesempatan post. Tak boleh simpan2 lama, nanti jadi pekasam. Kalau jadi budu tak pe..

6 comments:

  1. Salam,

    Kalau Malaysia sejuk mesti best buat race cam ni , selain Le Tour Langkawi tu.

    ReplyDelete
  2. best nya kalo dapat tengok sendiri tournament camni...

    ReplyDelete
  3. Saya dulu pon berbasikal ke Uni tapi di Gong ni town bus adlah free. Jadi naik bas aje setiap hari.. Oh ya dolphin watch tu memang nampak mahal tapi oklah sebab kalo tiket cruise aje dah 70+ belum masuk tambang minyak... Tapi 55 ni kira all in lah...cuma kalau darab 3 memang pengsan! haha

    ReplyDelete
  4. Salam kenal....Dari perak ke Penang je...hehehehe...tapi kawen ngan org kota bharu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...