Monday, January 31

Travelog to Helsingborg, Sweden

Kalau hari tu, kami cruise ke Oslo, Norway, kali ni kami naik feri je ke Helsingborg, Sweden. Jarak di antara Helsingør (Denmark) dan Helsingborg (Sweden) hanyalah 6.4km, iaitu hanya 20min menaiki Scandlines ferry dengan return ticket berharga 48kr (RM27)/per person.
Berikut rentetan travelog selama 4½ jam  ‘Jalan-jalan Cari Pasal ke Helsingborg’.

Bertolak dari rumah ke stesen keretapi berdekatan-Virum Station
Menaiki Regional Train dari Hellerup ke Helsingør (40 min)
Membeli tiket dan menaiki ferry ke Helsingborg, Sweden. (Terlepas ferry jam 9.40am dan terpaksa menunggu next departure jam 10.10am)
Tiba di Jetty (Nåsta avgång=Next departure in Swedish)
Mula meronda-ronda di sekitar bandar Helsingborg
Window shopping di Kullagatan Road (Street Mall)
Kembali ke Jetty Helsingbor untuk kembali ke Denmark
Selamat tiba di Jetty Helsingør, Denmark
Menaiki train kembali ke Virum setelah melawat Kronborg Castle
Antara ‘best catch’ sepanjang berjalan-jalan di bandar Helsingborg adalah terjumpa ‘Restaurang Malaysia’ (ejaannya memang ada ‘g’-bahasa Swedish bukan bahasa Teganu ya!). Semasa tengah mengambil gambar restaurang tersebut, keluarlah tauke kedai itu yang sedang sibuk baru nak start business (meletakkan tanda harga ‘special menu today’ & bendera jalur gemilang) sambil pelik melihat kami.
“Is it open now?” Tanya saya dalam bahasa orang putih.
“Sekarang, buka..” Jawab tauke restaurant itu dalam bahasa Malaysia.
Menurut tauke yang berasal dari Negeri Sembilan itu, kedainya mula beroperasi sejak tahun 2010 dan menawarkan menu masakan dari Malaysia. Senarai menu dilabelkan dengan 3 bahasa iaitu BM, English & Swedish. Antaranya Satay Ayam (Kycklingsatay), Sambal sotong (Bläckfisk I Röd Sambal), Itik Black peper (Grillat Ankbröst med ‘vitlök & sweet chili’) dan Rendang Daging (Biff Rendang).
Namun, kami tidak menjamu selera di situ kerana
1)   Nasi goreng (Stekt Ris) & Mee goreng (Wokade Nudlar) pun dah 99 SEK (Sweden Kroner)=RM46.40 satu pinggan
2)   Walaupun namanya restauran Malaysia, namun tauke dan tukang masak adalah berbangsa cina, dan kami khuatir dengan jaminan kehalalnya. Label Sup Ayam (Kyckling Soppa) disalah label dengan Froglegs Sup menambahkan curiga kami. (Restaurant tersebut juga tidak ada dalam list Zabihah.com)
Sebelum pulang, kami sempat menziarah salah satu tapak warisan UNESCO iaitu Kronborg (borg=castle/palace) berdekatan dengan Helsingør Station. Kronborg adalah unik kerana merupakan tempat yang menjadi inspirasi kepada Wiliam Shakespeare bagi kisah popular ‘The Tragedy of Prince Hamlet’. Sekaligus melengkapkan senarai castle di Denmark yang kami ‘perlu’ lawati. Semua castle yang lain (Frederikborg, Rosenborg, Amalienborg & Christianborg) telah pun dijajahi. Next target adalah mungkin Fredensborg.

Friday, January 28

Du er Godt!

Du er godt! Siger Karin til mig (“You are good,” said Karin (Our Teacher) to me). The words that make me smile for the whole day. Finally, my ‘little battle’ in learning Danish language for Module 1 comes to the end. Now, I   successfully can move to the next stage-Module 2.

I had to study hard smart at last two days for this test, which is taken only 10 minutes! It’s just oral/interview test which we need to speak in Danish with the assessor. A few minutes for presentation and other few minutes for dialogue base on a picture given.

In general, I must say that my Danish language was improved. Therefore, I can understand a simple sentence in the newspaper or news on TV. Even now I can communicate fluently in Danish with my wife  (because she also doesn’t know Danish..haha). However, I'm still struggling to pronounce Danish word with 'ø', 'å', 'ӕ' with correct pronunciation.

The good thing is I also can enhance my broken English as I need to communicate with other classmates during the break (illegally-not allowed by teacher!) as everybody in the class also new in Danish. I love to meet a new friend for other countries. It’s look like I'm study in a international school... (tapi jenuh jugak kene terangkan kat diorang ni bila asyik tanya kenapa saya tak boleh sentuh anjing & tak leh minum arak..)
My classmates during last day of Module 1
From Left: Imran (Kelate), Mengning (China), Dina (Egypt), Sonja Struwig Lorje (South Africa), Neetu (India), June (Korea), Pat Puttimettipanan (Thai), Elena (Rusia), Yasmeen Taj (India), Alice (England), Puspita (India), Laxmi (Nepal) & Carlos Ramos Fernandez (Costa Rica).
Not in picture: Pippa (England), Emily (New Zealand), Flores (France), Corrado (Italy), Annete (Hungary) & Mila (Serbia)


…Tiba-tiba je buat entry speaking London plak..hehe

Monday, January 24

From Malaysia to Bollywood

Setelah melayan tayangan tanpa amal filem hindustan ‘I hate Luv Story’ menerusi SominalTvTheather yang berHD serta bersubtitle English. Tiba-tiba ‘ting!’ muncul mentol yang menyala entah dari mana di hujung rambut lantas menjelmakan idea untuk berlakon dalam ceritera bollywood versi sendiri.
Kebetulan pelakon hero baru tersebut adalah anak saudara Aamir Khan iaitu Imran Khan (yang menggunakan nama saya) bersama Sonam Kapoor berlakon di sekitar jeti dan tasik di New Zealand, lalu mendetik jiwa untuk berromantik lagi matematik ke tasik yang berdekatan. Namun, terlupa yang tasik masih lagi beku!

Layanz trailer 2min, terbaru dari bollywood lakonan Imran Khan dan Alafiza Kapoor bertajuk ‘We Like Luv Story’. Ianya mengisahkan sang hero yang sanggup menunggang basikal ke tengah tasik demi menyelamatkan heroin, and then they fell in love and live happily ever after..(penaja pakaian menarik balik tajaan, maka hanya satu set pakaian sahaja digunakan..)

video
 Coming Soon in cinema

Sadka Kiya
Kuch khwab dekhe hain, kuch rang soche hain
ab maine kal apne tere sang soche hain
Is raah mein jab bhi, tu saath hoti hai
Kisson ke panno si har baat hoti hai
Rooh jo hui meri fida, toh pal mein uthi koi sada
Ke dil se hua judaa judaa, toota main iss tarah
Sadka kiya yoon ishq ka, ke sar jhuka jahan, deedar hua
Sadka kiya yoon ishq ka, ke sar jhuka jahan, deedar hua


I've seen some dreams, I've thought of some colors,
Now I've thought of my tomorrow with you,
In this way, whenever you are with me,
Everything is like pages of a story,
As my soul was sacrificed, a voice called out in a moment,
I got separated from the heart, I was broken something like that.
I gave my love away such that wherever I bowed my head, I saw you.
I gave my love away such that wherever I bowed my head, I saw you..


..bila dah ada Canon EOS 7D boleh la buat cinematography dengan full HD plak

Saturday, January 22

Saya Blogger Perantau

Membuat snowman Melayu di belakang rumah
Saya Blogger Perantau. Merantau dari Kg Jeram, Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim, Malaysia ke Copenhagen, Denmark. Kalau dilihat pada peta, memang agak dekat. Mungkin sejengkal sahaja. Tapi sebenarnya jarak antara Denmark dan Malaysia adalah 9505.1km ataupun sejauh 5906.2miles (air travel). Agak jauh juga, namun seolah dekat apabila berhubung dengan skype!
Ukuran jarak dari Distancefromto
Saya dan isteri berhijrah ke sini sejak 2010 dan kini menetap di Virum iaitu di pinggir bandar Lyngby, salah satu bandar kecil tidak jauh dari kota Copenhagen. Copenhagen adalah ibu negara Denmark, dan salah sebuah negara Scandanavia selain Sweden dan Norway. Negara Denmark bersempadan dengan German (bahagian selatan) dan bersebelahan dengan Sweden (bahagian timur).

Pengalaman yang manis di sini memang banyak hingga boleh menyebabkan diabetis. Selain dapat menikmati cuaca yang sejuk dan menyamankan tanpa perlu memasang air-cond, pemandangannya cukup indah dengan peralihan musim yang mempersonakan serta mempelajari budaya orang yang asing terutama bagi orang kampung seperti saya yang ‘bagai rusa masuk kota’.

Namun, hidup tidak selalunya indah dan langit tidak selalu cerah. Sebab itu, mestilah ada juga pengalaman pahit. Ya, orang Danes memang suka minum kopi tanpa gula dan kopi yang dijual di sini tidaklah sesedap kopi cap kapal api dari Malaysia. Pengalaman minum kopi tanpa gula memang sangat pahit. Itulah pengalaman pahit saya setakat ini selain sangat ‘pahit’ dan 'kelat' untuk membayar sewa rumah yang mahal lagi ‘gila’, harga barang yang mahal 'menggila' dan juga kesukaran mendapatkan daging fresh lagi halal. (PS: kami dah 17 hari kehabisan bekalan daging).
Bila rakyat Malaysia beraktiviti
Kendatipun begitu, hidup di sini tidaklah sentiada dibelenggu rasa kebosanan dan kesedihan kerna terdapat jiran tetangga dan beberapa keluarga dari tanahair yang turut merantau ke sini sebagai pengubat hati yang lara. Lagipun, dapat la mempraktis Bahasa Melayu agar tidak pudar dari ingatan...ceh..
Suatu pagi di hari raya


Blog Pilihan Malaysia (BPM) sedang mengadakan segmen 'sahabat blogger-blogger perantau' bagi segmen ‘Saya Blogger Perantau’. Segmen ini telah dicadangkan oleh Blog Dari KELate ke cOPENhagen dan bermula dari 22 Januari - 29 Januari 2011 (jam 1 petang). Kepada perantau di luar sana, jom join!
Kepada anda yang berada di Malaysia, jom join segmen-segmen lain di BPM 2011.


Wednesday, January 19

Masjid Unik Di Denmark

Membina masjid adalah sesuatu yang normal. Namun, apabila ia dibina di Denmark, iaitu sebuah negara yang dulunya dikecam hebat akibat penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW, ia menjadi sesuatu yang  unik dan ‘tidak normal’.
Berita di muka depan akhbar Urban
Pada 18 Januari 2011, saya terlihat berita terpampang di muka depan akhbar Urban yang tertulis ‘København får to nye Moskeer’ (bermaksud Copenhagen mendapat 2 masjid baru). Rupa-rupanya pembinaan 2 masjid di Denmark telah diluluskan. Alhamdulillah
Ulasan lanjut mengenai masjid tersebut
Terdapat lebih 160,000 muslim di Denmark iaitu kira-kiranya 3.5% daripada jumlah penduduknya 5.5 juta orang. Masjid yang sedia ada adalah sedikit dan boleh dihitung dengan hanya menggunakan sebelah jari tangan. Namun, ‘keterbukaan’ kerajaan Denmark wajar dihargai walaupun didebat secara hangat di parlimen dan juga mendapat tentangan masyarakat sekitar.

Masjid yang pertama adalah di Amager
  • Menggunakan senireka moden dan projeck ini diberi nama ‘Det Fastet Batteri’ (The Permanent Battery) mungkin kerana mengunakan pencahayaan sinaran matahari secara unik
    Gambaran kaedah pencahayaan di dalam masjid tersebut
  • Direka oleh firma Architecture terkenal di Denmark iaitu firma Bjarke Ingels Group (BIG) yang popular dengan senireka yang unik dan pelik dengan kerjasama Muslim Council of Denmark
  • Dibiayai sepenuhnya oleh Islamic Federation
  • Mempunyai keluasan 48,437sq ft termasuk ruang solat untuk 3,000 orang, kedai, tempat conference, gallery, auditorium dan perpustakaan
  • Bakal ditadbir oleh golongan Muslim-Sunni yang kebanyakkannya dari Turki
  • Pembinaannya mendapat tentangan dari 93 orang masyarakat sekitar
Masjid yang kedua adalah di bahagian barat laut Copenhagen

  • Menggunakan gabungan senireka budaya Denmark-Iran. Direka oleh Arkitek berasal dari Iran bernama Bijan Eskandani
  • Mempunyai kubah besar berwarna biru setinggi 24m dan 2 menara setinggi 32 m
  • Dibiayai oleh Organisasi Ahlul Bait dari Iran. (Terdapat berita yang mengatakan ia ditaja oleh hartawan dari Iran)
  • Mempunyai ruang solat untuk 2000-3000 jemaah, bilik conference dan perpustakaan serta bilik imam pelawat.
  • Bakal ditadbir oleh golongan Muslim-Syiah yang kebanyakkannya dari Iran
  • Pembinaannya mendapat tentangan dari 1156 orang masyarakat sekitar
Tapi, kedua-dua masjid tidak dibenarkan untuk menggunakan alat pembesar suara/spekar bagi laungan azan (sebahagian daripada perjanjian-syarat pembinaan masjid)

...Harap-harap masjid tersebut dapat dibina dengan cepat, nanti tak perlulah solat di bawah tangga apabila meronda bandar Copenhagen..

Tuesday, January 18

Købe ind på IKEA Gentofte

Hmm..tajuknya macam best (dalam bahasa Danish). Maksudnya 'Shopping at IKEA Gentofte' la. Gentofte tu adalah nama tempat, bukan nama ubi ya. Semalam, sejarah telah tercipta apabila buat kali pertama kami ‘melawat’ IKEA pada waktu malam (sebenarnya baru pukul 5pm, tapi dah malam dah kat sini).
Bekas tempat susu & gula..Hmm nak beli ke tak? Tak ke beli?
Survey dapur untuk rumah kat Malaysia?
Kalau nak fikirkan, memang tak aci kerana IKEA kat Malaysia ada sebiji je (untuk populasi rakyat 28 juta) berbanding di Denmark, ada lima buah untuk 5.5 juta rakyatnya. Tapi ok la berbanding tempat asal IKEA iaitu di Sweden yang mempunyai 17 buah rangkaian store IKEA. Yang lebih tak aci adalah German yang mempunyai 45 buah rangkaian IKEA!. Tapi kat Malaysia pun nanti akan dibina lagi di JB, Penang dan satu lagi di KL.
Pokok Getah, Pokok Kelapa dan Pokok Pisang pun ada jual kat IKEA. Episod drama rindu Malaysia pun berlaku
Tahukah anda nama IKEA di ambil sempena nama apa? Adakah nama singkatan? Adakah nama orang? Atau adakah nama tempat? Betul. Betul & Betul. Sebenarnya adalah nama singkatan iaitu Ingvar Kamprad-nama pengasas dan Elmtaryd & Agunnaryd (nama tempat pengasas tersebut di besarkan di selatan Sweden)..Ohh ingatkan Ikatan Kedai Ekonomi Antarabangsa.
Misi mencari Rak Kasut tercapai
Shopping di IKEA merupakan sesuatu yang wajib di sini terutama bagi orang yang baru pindah. Sebab utama adalah kerana hanya di IKEA saja barangan yang mampu  dan berbaloi dibeli di Denmark. 86.4% barangan di rumah kami di beli dari IKEA. Sebut saja barang apa, semua IKEA. Namun, yang pasti walau makan pakai pinggan cap IKEA, sudu cap IKEA tapi makan nasi tetap dengan kicap cap kipas udang dari Malaysia.
Jam yang wajib ada dalam setiap rumah rakyat Malaysia di Denmark (15kr=RM8)
Dan barangan ‘Best Buy’ yang dibeli semalam adalah Tokig Salad Spinner. Dah lama mencari benda nih. Asyik tengok Jamie Olier je guna kat tv. Maklumlah susah nak jumpa ulam pegaga sekarang, hari-hari makan salad je la. Berdasarkan analisis dan kajian didapati harganya lebih murah 38.5% berbanding IKEA Damansara. Harga salad spinner di IKEA Denmark adalah 19kr (RM 10.40) dan di IKEA Malaysia adalah RM 16.90. 
Tokig Salad Spinner

Sunday, January 16

Contest & Giveaway Special From Denmark

Situasi 1:

“Lisa, Ohh Lisa..” Panggil ibu Lisa dari beranda
“Ya, Bonda. Ada ape?,” Jawab Lisa dengan bernada lembut dan ayu.
“Ni ha, tadi ada Abg posman hantar postcard dari Denmark. Ko ada boyfriend baru kat sane ke?,” Soal Ibu Lisa tanpa usul periksa.
Lisa tersengih-sengih seluas 3 inci hampir mencecah ke telinganya..

Situasi 2:

“Ehh..Surihani, tadi aku nampak ada envelop dari Denmark untuk ko,” Tegur teman sepejabat Surihani.
“Yabedabedu, hadiah aku dah sampai la tu,” Teriak Surihani sampil meloncat kegembiraan setinggi 1 kaki dari lantai.

Itulah sedikit gambaran situasi yang telah digambarkan oleh Lisa & Surihani apabila anda memenangi contest & giveaway ni. So, apa tunggu lagi.. Jom scroll ke bawah!!


“Contest & Giveaway Special From Denmark”

Syarat Penyertaan:
Contest & GA ni simple je :

-Terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari serata dunia termasuk dari Timbuktu dan tiada had umur (pelajar sekolah harus menyiapkan homework dulu, sebelum menyertai contest ini)
-Tak perlu jadi follower (Tapi kalau ada yang terfollow tu, akan dapat markah bonus)
-Tak perlu buat entry panjang2. Tak perlu esei dan karangan.
-Tak perlu sibuk2 nak tag orang lain.
-Tajuk entry tidak semestinya “Contest & Giveaway Special From Denmark”

Khidmat Random.Org tidak digunakan (saya tidak menyokong gambling & lottery) kerana kaedah lucky draw tidak digunakan sama sekali. Semua penyertaan akan dinilai secara adil dan saksama oleh barisan juri professional.

Kaedah:
Pusingan Pertama: Sebanyak 15 peserta/blog akan disenaraikan. Juri khas akan menilai penyertaan terpilih. Tiada undi sms. Keputusan muktamad. Tangisan ehsan dan Shoutmix tidak akan dilayan.

Pusingan Kedua/Akhir: 5 pemenang utama akan diumumkan

Hadiah:
Hadiah pertama : Hadiah Misteri (Kerana terlampau misteri maka ia tidak boleh diumumkan di sini. Tapi confirm made in Denmark bukan dari China)
Adakah hadiah seumpama ini bakal menjadi milik anda?
Hadiah kedua : Fridge magnet comel lagi cute original dari Denmark
Atau adakah postcard comel ini bakal menjadi milik anda?
Hadiah ketiga : 3 pemenang x 3 keping postcard yang cantik lagi menawan macam Lisa Surihani diposkan ke mana-mana alamat pemenang (samaada ke rumah, sekolah, kolej mahupun pejabat). Percuma setem Denmark berharga 9kr (RM4.95).

Cara-cara:
Apa yang anda perlu buat hanyalah 3 step mudah
Step 1: Letakkan link blog ‘Dari Kelate Ke Copenhagen’ dalam entry penyertaan. (Siapa yang letak dalam bloglist anda, akan dapat markah bonus)
Step 2: Copy & paste banner contest ni dalam entry anda.
Step 3: Buat pantun mengenai blog ‘Dari Kelate Ke Copenhagen’. Minimum pantun 2 kerat. Maksimum 2 rangkap pantun 4 kerat. Bebas menggunakan apa-apa bahasa samada BM, English, Bahaso Kelate, Siam, Urdu mahupun German.

Last sekali tinggalkan mesej & link entry anda di bahagian komen di bawah.
Senang kan? Tak payah susah2 naik flight pergi Denmark pun boleh dapat hadiah dari oversea..


‘Contest & Giveaway From Denmark’ berlangsung selama satu purnama.
Bermula pada 17.01.2011 Jam 12:01am waktu Malaysia ataupun 7:01pm waktu Denmark.
Tutup kedai pada 16.02.2011 Jam 11:59 pm waktu Malaysia (Jam 6:59pm waktu Denmark)

Apa lagi? Jom berpantun..

Friday, January 14

10 Tip Supaya Dicintai Alam Sekitar

Sebagai salah seorang insan yang pernah..
+ menang tempat-3 contest ‘Save Energy Tips’ peringkat negara Denmark
+ pernah menjadi finalist in the search of Bayer Young Environmental Envoy 2006 (Malaysia rep. to German)
+ pernah mendapat ‘A’ bagi subjek Pollution Control dan juga Lab Pollution semasa zaman undergrad
+ sebagai ahli Malaysian Nature Society (MNS) yang berwibawa lagi berdedikasi (walaupun tidak membayar yuran keahlian tahunan sejak Februari 2010)

Saya secara sukarela memanggilkan diri untuk menyokong contest ‘cintai alam sekitar’ sekali gus menyertainya tanpa was-was.
Nak join? Jom Klik Blog
Alam mencintai manusia, tapi kenapa manusia tidak mahu mencintai alam?
Rasanya tak perlu sebab cerita pasal carbon footprint, co-generation atau environmental Impact Assessment (EIA) ataupun pasal Kyoto Protocol nanti budak darjah empat ternganga tidak mengerti.

Berikut beberapa idea praktikal & menarik untuk mengelakkan planet bumi dari terus di ancam pemanasan global.

1)  Kitar Semula
Tahukah anda bahawa 1 botol kaca yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga yang cukup untuk menyalakan mentol 100 watt selama 4 jam.? Susah sangat ke nak ingat warna tong kitar semula tu? Ya adik-adik, kalau nak ingat,  hafal je. Biru untuk kertas, coklat untuk kaca dan jingga untuk tin aluminium & plastik. Bagus2. Tepuk tangan semua.”Cikgu, jingga tu warna ape?”..Alahai..

2)  Air Hujan
Sediakan tong besar ataupun baldi bagi menadah air semasa hujan bagi menyiram pokok bunga ataupun membersihkan lantai porch kereta anda yang dicemari oleh tahi kucing. Tapi awas, jangan simpan lama-lama. Nanti aedes membiak, tak ke kesian kene demam denggi pulak.

3)  Skrin TV
Tahukah anda bahawa lagi besar saiz skrin tv anda, makin banyak power consumptionnya? Secara purata LCD TV menggunakan kira-kira 0.30 watts per square inch (2 kali ganda banyak dari TV biasa-rear projector) dan plasma TV menggunakan kira-kira 0.35-0.40 watts per square inch. Maka berbanggakah anda sekiranya mempunyai TV besar tahap gaban? Nak lawan pawagam ke ape?

4)  Kereta
Petrol berplumbum berupaya menghasilkan karbon monoksida yang membahayakan kualiti udara kerana mengandungi kadar plumbum yang tinggi. Petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan plumbum di dalam petrol daripada 0.4 gram per liter kepada 0.15 gram per liter. Anda tahu kenapa depa taruk plumbum dalam petrol??

5)  Mentol
Tukar mentol kepada energy saving bulb. Tak pun pakai je lilin malam-malam. Contohnya masa makan malam. Kan romantic setiap hari candle light dinner. Jangan tertukar botol kicap kipas udang dengan budu cap ketereh sudah..

6)  Carpool 
Pic source from here
Bukan setakat di swimming pool je kita boleh bersama-sama rakan. Carpool pun dapat menjimatkan wang sekaligus dapat conserve environment. Kalau susah sangat buspool je la..

7)  Fuel car Efficiency
Membawa kereta secara perlahan dan maintain dapat menjimatkan minyak berbanding kaedah 'pecut dan brake'. Penjimatan minyak sekaligus mengurang kadar kebergantungan kepada tenaga yang tidak dapat diperbaharui ini. Namun, pemandu ambulan dan pemandu yang ‘toilet emergency’ boleh dimaafkan.


8)  Pili Air
Ni, cikgu tadika dah pesan sejak dulu-dulu lagi. Tutup pili air semasa gosok gigi!!

9) Kertas
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok perlu diterbang. Maka gunakan kertas pada kedua-dua belah muka untuk print atau photocopy. Mak Cik kantin pun tahu nak jimatkan kertas. Sebab tu dia guna surat khabar untuk balut nasi lemak. So, anda bila lagi?


10)   Stop smoking!

Ayuh ibu-ibu..bapak-bapak.. sama-sama mengembeling usaha membantu menyelamatkan mergastua daripada bobrok sejajar dengan aspirasi negara dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.
Cintailah Alam Sekitar sepertimana anda mencintai isteri anda!

“We are not inherit the earth from our ancestor, but we borrow it from our children”

Gambar 2 Alam

Kalau tempoh hari, gambar panorama alam area apartment kiteorang, kali ni giliran gambar-gambar sekitar kawasan kediaman kami pulak. Gambar-gambar perubahan 2 alam. Alam sebelum winter dan juga selepas winter.

Harap-harap anda dapat turut merasai berbedaan sebelum dan semasa winter di sini. Memang cantik apabila dapat melihat perubahan dari masa ke semasa. Macam National Geographic la plak. Terkasima sekejap memerhati keindahan buana.

Ok. Layanz..

Pemandangan di sekitar Tasik Furesø dan Taman Frederiksdalvej
...next time boleh cukupkan gambar 4 musim plak kot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...