Thursday, April 28

Mencari Dutch Lady Sampai Ke Belanda

Part 2-Road Trip to Amsterdam Day 1
Dari Bremen, Jerman, kami menuju ke Amsterdam, ibu negara Belanda ataupun the Netherlands. Sama la tu. Pelik jugak sebab langsung tiada pintu gerbang khas,  tak pun papan tanda gah apabila memasuki kawasan negara Belanda (begitu juga semasa memasuki Jerman melalui Denmark). Langsung tiada kastam atau immigration check semua tu. Sedang asyik drive, sedar2 dah sampai Belanda. Memang pelik. Yang ada hanya papan tanda kecil nama negara ditengah bintang2 kecil (lambang EU). Hmm..nak masuk Kelate dari Teganung pun ada pintu gerbang gah!

Kami tiba di bandar Amsterdam menjelang tengahari. Trafik dibandar Amsterdam memang teruk. Laluan kereta, basikal dan tram berkongsi laluan (walaupun terdapat tanda laluan). Terusan air bersimpang siur. Sememang negara Netherlands terkenal dengan gelaran 'country below sea level'. Ini adalah kerana 25% kawasan di Belanda dibawah paras laut, dan 50% berada kurang 1m dari aras laut.
Flower market dengan ribuan jenis biji benih dan bunga segar
Cannabis dijual secara Legal
Tempat pertama yang dituju adalah flower market. Deretan kedai bunga memang menarik perhatian. Pelbagai biji benih bunga-bungaan turut dijual. Seterusnya berjalan kaki ke Square dihadapan Royal Palace. Disebelahnya, kelihatan orang ramai beratur panjang memasuki Madame Tassaud (muzium patung lilin) kerana patung terbaru berwajah Obama, Lady Gaga serta Robert Pattingson (Twillight) baru dipamerkan. Namun, sedikit terkilan berikutan major construction sedang giat dijalankan di kawasan tersebut dan dataran square menjadi fun fair sebagai tarikan.
Gadis Amsterdam berbasikal dihapadan Royal Palace
Persepsi 1: Germany (Deutchland) menggunakan bahasa Dutch-TIDAK TEPAT
Ramai orang yang konpius pasal bahasa Dutch. Negara Germany yang turut dikenali sebagai Deutchland (seakan sama dgn Dutch) sebenarnya menggunakan bahasa German (memang tiada nama khas), manakala bahasa Dutch digunakan oleh orang the Netherlands (dan juga di Belgium). Orang Netherlands turut dikenali sebagai Dutch (atau Nederlanders). Ada juga yang sangka orang Denmark yang menggunakan bahasa Dutch. Tapi sebenarnya orang Denmark guna bahasa Danish dan rakyatnya dikenali sebagai Danes.

Persepsi 2: The Netherlands juga dikenali sebagai Holland-KURANG TEPAT
*Holland hanyalah 2 region (Holland utara & Holland selatan) dari keseluruhan negara Belanda. Tetapi 'Holland' kebiasaannya digunakan untuk merujuk keseluruhan Belanda. Nama tersebut kebiasaannya diterima pakai tetapi tidak rasmi dan juga kurang disenangi oleh rakyat Dutch di region2 lain selain Holland. Terdapat 3 bandar utama di Belanda iaitu Amsterdam (Ibunegara), The Hague (Pusat Pentadbiran dan juga ibupejabat Mahkamah Keadilan Antarabangsa) dan Rotterdam (Pelabuhan terbesar di eropah)
Ok la kan, pusing2 europe sambil belajar geografi..LOL

Persepsi 3: Di Holland Semuanya Oren-TIDAK TEPAT
Tengok saja warna Orange (or Oranje in Dutch), mesti teringat negara Belanda, tentu orang ingat di Belanda semuanya colour orange ada di mana-mana. Perpepsi ini tidak tepat sama sekali. Lagipun, bendera Holland sekarang adalah berwarna Merah, Putih dan Biru (warna oren ditukarkan ke warna merah sebab dulu-dulu ‘dye’ warna oren luntur menjadi merah). Tetapi, warna Oren memang merupakan warna kebangsaan mereka. *The Royal House of the Netherlands dikenali sebagai House of Orange dan the royal family diberi nama ‘Of Orange-Naussau’.

Bikes+Orange = Amsterdam
Persepsi 4: Amsterdam Bandar Penunggang Basikal Teramai di Dunia-TEPAT
Kalau bandar Copenhagen dikenali sebagai The city of bikes, namun bila tiba di rasanya pemenang sebenar bikes city adalah Amsterdam dan memang layak digelar Bike Capital of the world kerana 40% of Amsterdam's traffic is by bicycle. Di sana basikal sangat kelam kelibut. Orang menungang basikal di merata-rata tak ikut lorong basikal. Dan yang tak bestnya, penunggang basikal di Amsterdam lagi kalut, tak macam di Copenhagen yang lebih bersopan dan teratur (ceh.. tetiba puji Denmark plak).

Persepsi 5: Buah Durian Belanda & Ayam Belanda berasal dari Belanda-KURANG TEPAT
*Sebenarnya buah durian belanda berasal dari negara tropika. Di Malaysia, buah soursop memang dikenali sebagai buah durian belanda. Di Indonesia soursop dikenali sebagai sirsak, iaitu dari ‘zuur zak’ (bahasa Dutch di Belanda), lagipun Indonesia kan lama dijajah Belanda. Mungkin sebab tu, buah seakan durian ni, dikenali sebagai buah durian belanda di Malaysia. Namun, tak jumpa pulak pokok atau buah tersebut dijual di Belanda. Begitu juga dengan Ayam Belanda. Biri-biri dan lembu tenusu banyak la, ayam belanda tadaa'.
Biri-biri yang obes berkeliaran dikawasan rumah di perkampungan Volendam
Tetapi sebenarnya negara Belanda turut terkenal dengan terusan canal, cheese, terompah kayu (clogs) dan juga bunga tulip. Selain tu, Belanda jugak terkenal ngan  kilang diamond dan juga canabis yang dijual secara legal serta ‘red light district’
Terompah kayu (Clogs). Dah tak dipakai dah skrang, berat sangat!
Deretan Wind mills di Zaanchan
Dari Amsterdam, kami menuju ke Volendam, bandar pelabuhan kecil di utara Amsterdam dan singgah di Zaanchan Staand (staand=muzium in Dutch). Kawasan tersebut popular kerana terdapat deretan wind mill di pesisir terusan.
Bertemu kumpulan Malaysian dari Brunel University, West London di Pekan Volendam
Di Volendam, kami berkesempatan singgah di pusat pembuatan cheese dan juga terompah kayu (clogs). Dan kalau ke Volendam, memang tak sah kalau tak bergambar dengan pakaian tradisi orang Dutch. Tapi tak agak2 mahalnya, 14.50 Euro (RM 64) diketuk, jadi la buat kenangan…agak2 la kalau diorang dtg Malaysia, depa nak pakai baju Melayu tak?? Hmm..tak kot
Dutch Man?
Memang benar asal susu cap junjung dari the Netherlands. Tapi, tak jumpa pulak Dutch Lady yang menjunjung susu kat tepi jalan kat sana. Mungkin sebab sekarang semua dan pakai mesin kot. Haha.. Kecil2 dulu mak bagi Nespray je, tak minum Dutch Lady. Korang suka minum Dutch Lady ke? Tapi Yoghurt Dutch Lady sedap jugak kan??

*Rujukan : Pak Cik Wikipedia

Next Post : Keukenhof- Pameran Bunga Tulip Terbesar di Dunia

Road Trip to Hamburg & Amsterdam

Part 1-Hamburg, Germany
Easter holiday memang haram disambut bagi muslim kerana bersifat keagamaan (Christian). Di Denmark, cuti easter yang terdiri dari beberapa hari penting bagi mereka seperti Palmesøndag,  Skӕrtordag, Langfredag dan Påskedag (2 hari) dan menjadikan cuti easter adalah seminggu lebih. Lalu timbul idea untuk menyewa kereta oleh jiran seMalaysia (keluarga Mr Shams) dan keluarlah ayat “Jom ke Hamburg & Amsterdam”.
From Copenhagen to Hamburg-Bremen-Amsterdam-Volendam
Kebetulan Cik Puan Isteri masih di Malaysia kerana menyertai conference di KL, tawaran menemani jelajah berkereta ke Jerman&the Netherlands di sambut dengan hati yang terbuka. So, macam spontaneous trip la ni. Kami menyewa kereta untuk beberapa hari. Ingatkan dapat kereta Audi tapi dapat Ford Galaxy C-Max (kat sini harga untuk sewa kereta Audi, BMW, Volvo, Mazda atau Ford lebih kurang sama je harganya). Memandu sebelah kiri agak kekok pada awalnya kerana dah terbiasa dengan pemandu di sebelah kanan di Malaysia. Namun, alah bisa tegal biasa jadi pro.

Kami bergerak pada hari Rabu. Kalau mengikut google maps, jarak Copenhagen ke Amsterdam adalah 829 km. Tapi ada 2 laluan, samada menaiki ferry ke German atau melalui jalan darat (German bersempadan dengan semenanjung Jutland, Denmark di bahagian utara). So, kami pergi memilih laluan ferry dari Rødby (Denmark) ke Puttgarden (German) dengan kadar 559kr/RM328 untuk perjalanan sehala dan menggunakan jambatan bertol di Denmark semasa pulang (220kr/RM129 sehala).
Membawa kereta menaiki Ferry di Jetty Rødby (Denmark) ke Puttgarden (German)
Kami tiba di Hamburg, bandar kedua terbesar di Jerman jam 3.45pm ptg. Suhu di Hamburg ‘sangat’ panas dengan 29oC walaupun baru di awal musim spring. Ramai pelancong berkeliaran dan banyak juga tempat shopping di sana. Sememangnya ramai warga Denmark datang shopping di Hamburg kerana harga barangan jauh lebih murah berbanding Copenhagen (even minuman alkohol yang diproduce di Denmark jauh lebih murah di German berbanding di Denmark kerana dikenakan tax yang melampau).
Bandar Hamburg, bandar kedua terbesar di Jerman
Persepsi 1: ‘Unlimited  Speed Limit’  di Highway German-TIDAK TEPAT
Perpepsi yang mengatakan di Jerman, kereta boleh bawa laju2 sampai 250km/hr atau lebih dan menjadi litar mainan kereta power2 adalah disangkal sama sekali. Sebenarnya, tak semua jalan yang unlimited speed limit. Mostly untuk jalan yang straight je. Jalan highway yang lain dikenakan had laju 130km/hr je. Tapi, kereta kat sana boleh tahan lajunya, bawa 155km/hr dalam gear 6 pun ada kereta himpit dan cilok dari belakang.
Banyak betul 'susur ke Ausfahrt' di German. Rupa2nya Ausfahrt tu maksudnya exit dalam bahasa German!
Persepsi 2: Denmark merupakan negara paling banyak menggunakan  Wind Energy-TIDAK TEPAT
Turbin angin di Hamburg
Sepanjang berada di Denmark, memang terasa kagum dengan deretan Wind Turbin yang ada di mana-mana apabila melalui highway terutama di kawasan lapang dan ladang dan juga di offshore. Namun, apabila memasuki kawasan highway German, bilangan wind turbinnya adalah jauh lebih banyak dan bersepah. Rupa-rupanya, Jerman memang merupakan negara ke-4 paling banyak menggunakan wind energy di dunia selepas China, USA & Spain, manakala Denmark hanya berada di tangga yang ke-10 (in term of capacity, MW bukan bilangan). Tetapi company dari Denmark, Vestas Wind Systems merupakan the largest wind turbines manufacturer in the world. 

Persepsi 3: Hamburger berasal dari Hamburg, Germany-TEPAT
Hamburger sememangnya berasal dari Hamburg. Ini adalah kerana ramai warga Germany dari Hamburg berhijrah ke Amerika dan membawa tradisi juadah makanan roti berinti daging dan salad. Lantas makanan tersebut dikenali sebagai ‘hamburger’ dengan merujuk kepada orang-orang dari Hamburg (Hamburger) seperti mana London adalah Londoner. Begitu juga dengan Frankfurter dari Frankfurt, Jerman..
Logo tulisan 'Hamburger' di round about sebelum memasuki bandar Hamburg
Persepsi 4: Polis rasuah hanya ada di Malaysia-Tidak Tepat
Kesukaran mendapat parking kereta di bandar Hamburg memang ketara. Lalu, setelah menemui ‘pot’ yang baik punya setelah penat tawaf berkereta 3 pusingan mengelilingi bandar Hamburg, kami berhenti dan parking dihadapan deretan kedai. Kelihatan ada tempat parking OKU dan satu ‘parking’ baik punya yang kosong. Terdapat papan tanda di antara kedua-dua parking dalam bahasa German yang langsung tidak difahami. Dan terdapat juga angka 9-16 hr (Montag-Frietag). Lantas kami menggangap tempat itu, selamat dan boleh digunakan setelah jam 4ptg pada hari Monday- Friday.

Bersama anak2 angkat Hazlam & Hulaif di Rathaus Hamburg (Townhall)
Setelah hampir sejam, meneroka bandar Hamburg, kami menuju ke kedai souvenirs melalui kawasan tempat parking. Kelihatan dari jauh ‘lampu berputar-putar' dari pick up truck berada di kawasan parking. Kami mula rasa tidak sedap hati dan pergi check. Rupa-rupa pekerja pick-up kereta dan Polizei tengah sibuk ‘menguruskan’ kereta kami (polis tengah tulis saman, seorang pekerja pickup ambil gambar dan seorang lagi mengeluarkan rantai) dan bersedia untuk mengangkut.

Dengan membuat  muka kesian, kami memujuk rayu & belas ihsan pegawai Polizei yang bernama G. Münzel itu, namun langsung tak berkesan. Malahan, diminta wang untuk ‘setelkan kes’ berjumlah 300euro in cash.  Mana nak cekau duit, bukannya sikit.

'Mangsa2' yang ditahan Polizei di Hamburg
Kami bertekad enggan mahu bayar ‘rasuah’ dan Polizei itu mengarahkan kami ke Polizei Kommissariat (Police Station). Kami mengekori kereta Polizei sejauh 2.5km ke balai. Di Hamburg Polizei Kommissariat, kelihatan G. Münzel dan 3 orang lagi polizei duduk berbincang. Setelah 20 minit menunggu penuh kerisauan&debaran, seorang pegawai polizei datang dan menerangkan dalam bahasa German yang kami hanya dikenakan ‘verwarnung’ (warning), tetapi masih kena bayar denda iaitu 25euro untuk salah parking dan 125 euro charge mengupah pick up truck. Kami redha je, kerana nasi sudah menjadi bubur ayam, lalu bayar je takut2 nanti kena masuk lokap plak. Tapi ok la dari dikenakan 300euro, banyak tu. Tak sanggup nak convert nilainya dalam RM!.

Kami meneruskan perjalananan dan check in di Hotel Europa berhampiran dengan kilang kereta BMW di bandar Bremen, sejam perjalanan dari bandar Hamburg sebelum menuju ke Amsterdam.

Moral: Jgn parking merata-rata, kena saman tanggung derita..dan jauhi amalan rasuah!

Next post : Mencari Tauke Susu Cap Junjung DutchLady di Belanda

Tuesday, April 19

The World Best Restaurant 2011

Bila ditanya makanan yang paling best sekali dimakan kat mana? Tentulah korang akan jawab masakan Mak korang kat rumah kan. Tak pun, masakan Ibu atau Mummy korang..Hmmm sama la tu. Namun, tahukah anda restaurant mana yang diiktiraf secara rasmi sebagai ‘World Best Restaurant 2011’?.
Belum pun sampai hujung tahun 2011, The S. Pellegrino World's 50 Best Restaurants dah diumumkan. Sapa yang pilih? Sebenarnya ranking restaurant terbaik dunia tersebut dikeluarkan oleh Restaurant magazine (UK) sejak dari 2002 dan ditaja oleh S.Pellegrino (syarikat minuman air dari Itali).
Rene Redzepi, Head Chef di Restaurant Noma 
Dan pemenangnya bukan restaurant di Paris, bukan juga di Rome atau Spain tapi adalah restaurant di Copenhagen, Denmark! Restaurant terbaik dunia untuk 2011 adalah Restaurant Noma yang menang untuk kali kedua berturut-turut.

Bangunan Restaurant Noma di Copenhagen
Restaurant Noma adalah singkatan dari Nordic Mad (Mad=Food), merupakan antara restaurant yang popular di sini. Ianya terletak di Christianshavn, berdekatan dengan pusat bandar Copenhagen.  Bangunan restaurant Noma dari luar nampak macam biasa-biasa je. Macam blok kedai lama. Tapi customernya, bukan calang2, selain golongan diraja yang makan di situ adalah chef-chef dari serata dunia. Dan menunya hanya simple2 dan juga pelik tapi berkualiti.  
Telur itik dengan butter, spinach, wild garlic and herbs serta curls fried potato
Sheeps milk mousse, sorrel and fennel seeds 
Untuk, makan anda buat reservation berbulan2 awal. Contohnya, sejak awal 2011, tempahan untuk makan di restaurant itu telah ditutup. Kalau nak makan jugak, nak kene tunggu bulan Julai, baru boleh buat reservation. Tu pun, tak tahu bulan berapa baru dapat makan di sistu. Tengok, nak makan pun susah, baik tak yah kan? (padahal x mampu nak bayar-minum juice pun dah harga beratus)

Nak dijadikan cerita, pada majlis penyampaian hadiah restaurant terbaik dunia tahun lepas (2010), semua krew Noma dibawa ke majlis tersebut. Namun, akibat tidak dapat UK visa, seorang daripada krew restaurant, 'Ali' dari Gambia (dishwasher) tidak dapat pergi. Maka, Chefnya ‘membawa’ dishwasher tu pergi jugak dengan semua krew memakai baju yang ada gambar Ali. Akibatnya, tiba2 baju yang ada gambar Ali tu popular. Siap boleh order online kalau sapa nak. Dan harganya 350euro (RM1500). Mahal gila!
Baju 'Ali the dishwasher in Noma'
Dalam rangking 100 top restaurant in the world tak de plak dari Malaysia (Singapore ada 3). Malaysia tak de restaurant best ke? Agak-agak korang restaurant mane yang paling best yang korang pernah makan?

Sunday, April 17

The Queen Doesn't Want to Celebrate Her Birthday With Me

Most of the building decorated with Danish flag
When I was in Denmark, I am wondering when the Danes will celebrate their  Independence Day. However, I am totally forgotten that Denmark never been invaded by other countries (although they had war with Germany). Therefore, on 16 April every year, Denmark celebrate their 'national holiday' on the Queen of Denmark birthday. In facts, Denmark and the UK are among the few countries which do not have national days/independence day.

As my wife was thousand kilometers away in Kuala Lumpur, back to Malaysia for a conference, and I became the lonely husband who staying home, I decided to go out and explore the Copenhagen city again by myself. In addition, I need to do some groceries at Central Market (Asian market) because the fridge at home is almost empty.
Den Lille Havfrue (the little mermaid)
First, I take a train to Osterport. Then, take a walk to the famous statue of naked women in Denmark. It is Den Lille Havfrue (the little mermaid). When, I was there, 4 buses of tourist just arrived. The place was crowded with tourist, so I let the tourist conquer the area as I am not the tourist anymore in Denmark (as I do have a temporary resident permit ok!!)
Frit Danmark Museum (and the entrance also free)
Then, I walk to Frit Danmark Museum, which was just nearby the statue. It is a small museum dedicated to Denmarks patriot and their war history collection. Actually, I went to the museum because I have toilet emergency. But, at the entrance, it is clearly stated that the toilet only for museum visitor. Therefore, I have to be the museum visitor first before use the toilet! Haha
The frustrated people waiting for the Queen
Later, I quickly walk to Amalienborg (palace). Suppose, every year the Queen with family will be coming out to the balcony and wave to her people. And unfortunately, not this year. The queen and family were at Århus, at the other palace for the birthday celebration. Plus, there is a construction in the middle of Amalienborg
Special Changing Guard Ceremony
I think nearly thousand of Danes including me who are waiting passionately around the Amalienborg with their Danneborg (Denmark flag's name) are disappointed. But, the guard changing ceremony for the day was different as the palace guard worn a special uniform (to be worn only twice a year) in conjunction with the Queen Birthday.
Trees with white flower
Trees with red flower
Feel frustrated, I walkway with a bit disappointed and go to Kongens Haven (Kings Garden) to see the flowers around the Rosenborg Slot, Copenhagen. And have a lunch (packed sandwich with an apple) at a bench while watching the amazing scenery. It was wonderful and so colorful. 
Wall full with paintings
As an avid art lover, I decided to continue the city exploration and went to Staten Museum For Kunst (National Gallery of Denmark). There is a special exhibition was held, but for the normal visit in other exhibition hall, it's just FOC. Yes, I love the free thing :). It was magnificent, with 10,500 collection of paintings on the wall and sculpture dating from the early Renaissance to the most cutting-edge of contemporary art.
is it considered as art?? anyone can guess the meaning of this painting??
After that, I make some groceries at Chinatown, Thai and Kabul Market (yes, I did shopping at 3 different countries in half an hour) and back home for Zuhur prayer. I was lucky, because my neighbour was invited me for makan2. So, no need to prepare the dinner alone for the night.. 

Monday, April 11

Man Over Flowers

Man Over Flowers.. (sila abaikan rambut gaya dR Romzey tu..)

Nak ce..citer ni..

Pada suatu hari…, burung pun berkicauan hari tu…ada yang bekerja, ada yang bergembira…Cahaya sinar mentari musim bunga mula membahang setinggi 16oC.
Taman sebelah Lyngby Mill yang mula menghijau
Lantas saya & cik puan isteri mengayuh basikal sejauh 3.4km, kami ke Sorgenfri Park, dan berjalan kaki melalui rimba ke Lygnby Mill. Kebetulan Lynby Mill ada membuat åbent hus (open house) dan Loppe Marked (Flea Market) barangan kraftangan tempatan bersempena Cuti Easter yang nak tiba minggu depan. Tapi, kerna tak tahan dengan bauan b*bi salai yang meloyakan (dihidang percuma untuk dirasa di kaunter jualan daging tempatan), kami terus blah ke kedai bunga berdekatan.
cube teka pokok gapo nih?
Cik Puan Isteri memang gemor tengok pokok bunga yang pelik2 tapi benar. Ditilik-tilik lalu terkenan dengan sebakul bunga Bellis perennis (spesies Daisy) kaler merah berharga 30kr (RM17). Ok la. Kira murah la dan kami ke kaunter untuk bayaran.
Cik puan isteri dah confius memilih daisy..kaler putih ke merah? 
Asslamualaikum” Tegur owner kedai.
Waalaikumussalam” Jawab saya dengan sedikit terkejut tetiba disapa dengan salam (dah lama tak dengar orang tegur beri salam)
Kaayfa haluka? Malaysia?" Tanya si owner sambil tersengih
 “Alhamdulillah, bikhair. Na’am..Malizzia" Jawab saya (slang Arabic sket..ngeh). Pelik gak cam ne dia boleh teka kami dari Malaysia. Hmm.. may be dia gaya style tudung cik puan isteri kot..
Daun little red daisy yang dah macam pokok sawi
Rupa-rupanya owner tu orang Palestine. Dan kerna saudara seagama, diberi diskaun harga bunga daisy dengan hanya 20kr (RM11). Setelah mengucapkan ‘Ma al-salamah’ kami keluar dari kedai dengan hati yang girang. Untung jugak rasanya masih boleh berbahasa Arab. Berguna juga belajar bahasa Arab masa sekolah menengah dulu…haha
Planteland. Awas kereta sorong tu bukan untuk dijual tapi untuk kegunaan shopping pokok2..ada label 'lån en indkøbsvogn'
Seterusnya kami singgah di Planteland (Plant nursery) yang meriah membuat jualan sempena musim bunga. Cakap je nak pokok bunga apa yang nak, semua ada. Dari pokok herba hinggalah pokok lemon, anak pokok epal, pokok blueberries, cranberry pun ada dijual.. (hanset blackberry je yg tak de).
Sape nak beli pokok lemon. Murah..2,998kr (RM 1,757)
Dan sekali lagi cik puan isteri terkenan dengan sepasu pokok Lily putih yang segar lagi bugar. Dari membeli biji benih pokok Lily yang mahal, baik beli pokok yang confirm dah berbunga. Harga 40kr (RM23) untuk 4 pohon (sepasu)..hmm ok la kot..harap2 tahan la sebulan dua. 
Baru tahu biji benih pokok Lily dari bebawang rupenye..
Kami turut membeli biji benih strawberry untuk di tanam di beranda..Sepeket ada 100 biji benih strawberries..Tak payah makan jem kaya la lepas ni, boleh buat jem strawberry haha..
Tengok..macam2 biji benih ada.


"Korang minat bunga tak?"
"Sape kate orang laki yg suka bunga tu mat bunga??"

Monday, April 4

Bertemu Pencipta Kisah 'The Little Mermaid'


Kalungan bunga diletakkan sempena ulang tahun kelahiran HC Andersens pada setiap 2 April
Anda pernah membaca kisah ikan duyung (the little mermaid)?, Anak itik yang hodoh (the ugly duckling)? Ataupun kisah Thumbelina, the snow queen dan the nightingale? Dan tahukah anda siapa penulis asal kisah fairytale tersebut? Hmm..penulisnya adalah Hans Christian Andersens (1805-1975) yang dilahirkan di Odense, Pulau Fyn iaitu salah satu pulau utama di Denmark.
In the bus on the way to Odense
Dan berikutan 2 April adalah merupakan hari ulang tahun kelahiran HC Andersens yang ke-206, maka gabungan International Public Affairs univeristi-univeristi di Denmark telah membuat lawatan percuma untuk membawa International Students & Spouse ke bandar Odense. Seramai 164 orang yang menyertai lawatan tersebut dan 64 orang dari DTU. Ada juga berjumpa beberapa kenalan yang dikenali semasa ‘Spouse Survivor Program’.

Bus double decker yang boleh memuatkan 78 orang!
Turut menyertai trip ini, adalah 2 anak kembar pasangan dari Korea. Yang menariknya, baby boy tersebut diberi nama ‘Dan’ & ‘Mark’ (Danmark adalah ejaan bagi Denmark dalam bahasa Danish) kerana telah dilahirkan di Denmark. Dan tatkala tangisan pasangan itu bergema dalam bas, maka ianya seperti ‘Danmark’ menangis!! J
Dan & Mark with their parents and Oppa
Pasar minggu di tengah bandar Odense 
Setelah 2 jam perjalanan dari DTU ke Odense, kami tiba jam 10.15 am dan sedikit terlewat serta menyebabkan kumpulan kami ‘terlepas’ dari mendengar ucapan dari Mayor Odense dan liputan wartawan.. Kami terus dibahagikan kepada kumpulan kecil dengan diketuai oleh seorang tourist guard. Kami menjelajah rumah kelahiran HC Andersen Hus yang kecil lagi sempit tetapi telah diubahsuai menjadi satu museum yang menarik lagi berinformasi.
Penduduk tempatan berpakaian tradisional dihadapan HC Andersens Hus (House)
Hasil karya HC Andersen telah diterjemah kepada 140 jenis bahasa. Dari Bahasa Azerbaijan hinggalah ke bahasa Vietnam. Satu ruangan khas yang mengumpulkan buku-buku dari terjemahan asing disediakan dan tidak terkecuali bahasa Malaysia dari DBP. Namun, sedikit terkilan kerana hanya terdapat satu buku yang berbahasa melayu dan versi fotokopi dari Kisah ‘The Ugly Duckling’ bertajuk ‘Anak Itik Hodoh’. Lucu pulak bunyinya..
Buku terjemahan bahasa melayu 'Anak Itik Hodoh'
Seterusnya kami dibawa ke Muzium yang berdekatan iaitu Møntegården. Muzium yang telah diubahsuai dari beberapa rumah usang (tapi canggih jugak la sebab ada sound effect dan lighting) menempatkan bahan tinggalan sejarah Odense. Tapi, seriously, muzium ni sedikit bosan kalau anda tidak pandai menghargai seni dan sejarah..ceh.
Bersama rakan sekelas bahasa Danish, Menghing Teng & Pasangan dari China
Berhenti rehat untuk makan packed lunch yang dibawa
Setelah menunaikan solat Zuhur & Asar dibawah tangga yang ‘selamat’ dan tenang, kami mengikuti tourist guard meneroka bandar sekitar bandar Odense. Namun, seperti yang dijangka si Mak Cik tourist guard bernama Mette (nama popular wanita di Denmark) yang fasih berbahasa Inggeris dengan accent London itu, membawa kami ke tempat-tempat yang mempunyai kaitan dengan HC Andersens je.
Mak Cik Mette (jaket merah) bersemangat menerangkan tentang sejarah HC Andersens
Jalan2 sket berhenti. Ini tempat HC Andersens bersekolah la, sana tempat mak dia basuh kain, situ dia duduk cari idea, kat belakang tu dia jatuh cinta dan kat depan tu dia rumah dia dibesarkan dan macam2 lagi. Tapi ok jugak la, at least tahu la sket2, dari meronda tak tentu pasal.. Terdapat juga beberapa patung dan monument yang dibina di sekitar bandar Odense berdasarkan kisah-kisah fairytale popular beliau.
Kami bergambar dengan HC Andersens yang dah 'keras'
Hmm..tiba-tiba kaki jadi BESAR
Perjalanan pulang kami dihidangi dengan pemandangan indah dan mempersonakan kawasan perkampungan di Pulau Fyn dengan deretan Wind Turbin di kawasan ladang. Terdapat 5078 turbin angin di Denmark (onshore & offshore). 
Pemandangan normal kawasan desa di Fyn: Rumah ditengah2 ladang+Ladang Kuda tepi rumah+Turbin Angin
Bas kami turut menyeberangi jambatan gantung ‘Storebælt’ (The Great Bell Bridge-longest span 1,624m), iaitu kedua terpanjang di dunia selepas jambatan ‘the Pearl’ (longest span 1,991m) di Jepun. Dan nak tahu berapa harga tol untuk bas kami yang panjang lebih 10m & tinggi 2.7m tu lintas jambatan.. murah je hanya DK 1,050 (RM 606)..murah kan??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...