Tuesday, January 24

Ani...Angkat Jemuran, Salji dah turun!

Aisey, mana ada orang jemur kain kat luar, time2 musim sejuk cenggini. Mahu mengeras kain jemuran membeku di ampaian.

Hari ini kawasan rumah kami masih dibaluti salju lagi. Nampaknya salji yang turun sejak dua hari lepas masih belum cair kerna suhu masih di bawah paras beku. Pagi ni je, bangun je, jenguk temperature  kat luar cecah -3.5oC. Patut la sejuk semacam dan liat je nak bangun..hehe.

Tahun lepas salji turun hujung bulan November. Time tu memang la over 'eksaited' sangat. Tapi, tahun ni dah kurang eksiatednya. Apa? salji dah turun. Ok, biar la dia nak turun, turun la ape kisah..
Tapi, Cik Puan Isteri masih lagi eksiated, tak puas lagi main salji tahun lalu, katanya. Tu la, eksen tak mau pakai baju tebal2, kan dah kena demam ni..Huhu

Walaupun salji dah mula turun bertalu-talu, dan juga masih lagi bersuhu negatif, namun masih belum cukup untuk buat Snowman. Salji tebal-tebal baru la best. Hmm...tak sabar naik main sledging di cerun bukit. Memang kagum dengan keindahan ciptaan Allah swt dengan panorama alam yang cepat berubah. Memang best time winter gini. Macam-macam boleh buat. Tapi, tengok la, nanti bila dah muak hari-hari snow je, mula la rindukan cahaya mentari plak. Biasa la tu..

16 comments:

  1. woaaahh.. cantik nya... memang best masa awal2 je.. pastu dah tak tahan nak keluar sbb sejuk esp bila kena sarungkan anak dgn baju tebal berlapis2..

    subhanallah memang cantik..

    ReplyDelete
  2. Kat sini kalau nak main salji saya turun ke snowy mountain. Nasib baik kawasan saya tak ada salji...sedangkan suhu aircond pon dah menggigil tahap gaban... Tapi sekali sekala main memang best! Kena tunggu bulan 6 nnt pula..

    ReplyDelete
  3. Salam Yong,

    Cam elok jer cuaca tu, ada matahari!

    ReplyDelete
  4. ada orang jemur baju ke kat sana macam kat malaysia?

    ReplyDelete
  5. cantiknya ciptaan TUHAN...tp akak pantang sejuk...kebas tapak kaki...

    ReplyDelete
  6. Salam semua. Akak blog walking....Ada sesiapa dari Basel, Swiss?

    ReplyDelete
  7. @blog-tips-kurus: hmm.jom la datng ke Denmark
    @Daddylicious: pitam tak kot, kebas ada la
    @shera haifa: snow je, bukan abc
    @MULAN:subhanallah memang cantik..
    @Zainur:time snow gini,memang tak payah pakai air cond
    @MOH KEMBARA: Yong, ada matahari tapi sejukk!
    @ROJAK: time summer je jemur baju kat luar, musim lain pakai dryer atau jemur kat dalam rumah je la
    @Kamsiah: kalau x pakai pakaian tebal dan glove memang kebas
    2ilovekampungku: memang cantik bila snow mula turun, tapi bila cair nampak kotor
    @Anonymous: ..Basel, Swiss?

    ReplyDelete
  8. suka baca blog perantauan cmgini, sblm ni silent reader je..

    ReplyDelete
  9. Salam kenal. Mama link blog ini. terkenang zaman dulu2.
    Sebenarnya mama ada ambil gambar sdr semasa kat keukenhof ke blog mama.Mama jumpa masa search keu. Mama suka tgk bunga.Dulu mama tak berpeluang ke sana. Harap maaf.
    ceritalah lagi.

    ReplyDelete
  10. Mesti best sungguh dapat main salji....

    ReplyDelete
  11. Best nyer hari2 dapat main salji...teringin jugak nak main salji tp tak tahu biler...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...