Sunday, February 19

Komuniti Pelajar Malaysia di Denmark (Malaysian Students in Denmark)

Baru-baru ini, pelajar-pelajar di sini telah mengambil inisiatif menubuhkan satu akaun facebook khas bergelar Pelajar Malaysia di Denmark (Malaysian Students in Denmark) untuk kemudahan kepada sesiapa yang ingin ke Copenhagen atau bandar-bandar lain di Denmark bumi Scandinavia ini.
Search laman facebook Pelajar Malaysia di Denmark untuk meklumat lanjut. 
Tapi kalau ada yang ingin bertanya kepada DKKC, boleh je.

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang kewujudan masyarakat dari Malaysia yang menetap di sini. Ada yang datang ke sini untuk belajar, bekerja mahupun ada juga yang telahpun berkahwin dengan warga tempatan. Bukan setakat warga Melayu, ada juga Cina dan India berada di sini. Walaupun, bilangan yang berada di sini boleh di bilang dengan jari-jemari, namun kami kerap juga berkumpul dan bertandang ke rumah di antara satu sama lain. Terutamanya bila ada sambutan macam hari raya, merdeka, birthday, housewarming, farewell dan juga tahlil.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Malaysia di Denmark. Fotocredit: Abdillah JMT

Usrah V 3.0 di Grønnevej 59, St. Tv.

Berita di TV1 yang mengatakan lebih ramai pelajar Malaysia  akan di hantar ke Denmark baru-baru ini.

Dan bila dah berkumpul, memang kecoh sekampung. Riuh rendah dengan gelagat dan ragam terutamanya kanak-kanak.. Tapi aktiviti utama mestilah acara makan-makan. Dan alhamdulillah, kini majlis usrah untuk kumpulan kecil rakyat Malaysia di sini juga telah dimulakan. Bagusla, walau jauh diperantauan, ikatan ukhwah sesama dan semangat saling nasihat-menasihati sentiasa ditanam disamping mendalami ilmu Islam.

Selain itu, di dapati makin ramai warga Malaysia dari Tanahair mahupun dari tempat2 lain yang bertandang ke Denmark. Ramai yang melencong dan melancong ke sini sekarang. Tapi, ada juga yang hanya transit di Airport di sini dan ada yang datang ke sini atas urusan kerja. Lantaran itu, InsyaAllah penulis DKKC bercadang untuk berkongsi tips dan guide kepada sesiapa yang ingin menjejakkan kami ke bumi Denmark ni tidak lama lagi. Tungguuuu..

16 comments:

  1. seronok kumpul ramai ramai di tempat orang ni.

    have a good dayy.

    ReplyDelete
  2. menunggu tips2 ni... memang seronok berkumpul kalo duduk kat negara asing.. esp time raya & 31 ogos.. banyak je acara menarik..

    ReplyDelete
  3. wah, sudah lama daku tidak bertandang ke sini

    sengaja ping group FB Pelajar Malaysia di Denmark. tup tap tup tap, keluar blog ni menjadi ranking ke-3

    terbaiklah bro im, you have worked hard.

    blog ni pun dah semakin mantap. tahniah

    ReplyDelete
  4. bilalah ade peluang nak jejak Denmawrk tu... :)

    ReplyDelete
  5. wow...ramainyer warga Msia di denmark

    ReplyDelete
  6. menunggu tips..plan nk g jejalan denmark..hehe

    ReplyDelete
  7. Wah...ramai juga warga Malaysia di Denmark. Saya belum lagi bertemu anak Malaysia di Lund ni...

    Moga ade kesempatan berkenalan lebih ramai lagi anak rantau di Denmark juge!

    ReplyDelete
  8. @Syazwan Che Deraman-memang seronok time berkumpul. Have a nice day to you too. terbang elok2.
    @MULAN-kalau ada peluang nanti, jom la melancong ke sini
    @Salahuddin Harith-terima kasih sudi bertandang. Saja ping Group FB Malaysia di Denmark. Dah letak link FB. Senang orang nak cari nanti.
    @blog-tips-kurus-InsyaAllah mesti ada rezeki datang ke denmark nanti
    @ilovekampungku- sebenarnya tak ramai sangat. Sikit je. Tapi ok la dari tak de langsung
    @H.J-ramai, tapi boleh dibilang dengan jari je. ramai dah balik ke malaysia
    @Hisfazilah-Kat Lund ramai ke Malysian? Bila turun copenhagen, roger2 la kami di sini

    ReplyDelete
  9. Salam
    Teringat mama 3 tahun lebih di os. Memang kita di luar Msia sgt rapatkan?
    Kelate kat mana? suami mama org beris kubur besar, Bachok. Selalu balik?
    Belajar/keje? hehe mama belum berkesempatan tgk N3 terdahulu.
    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  10. Bagusnya...ada FB ini manalah tahu akak da rezeki lebih boleh ke sana pula. hihii berangan jap/

    ReplyDelete
  11. @mama ju:Kelate kat Pasir Puteh. Tapi, my wife kat Kedai lalat. dah dekat dah tu dengan beris kubur besar
    @kak mah: kalau datang ke sini, jangan segan2 untuk contact kami

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum semua, saya dari TV9 , ade x sesiapa wakilpelajar malaysia yang boleh saya hubungi untuk kami berhubung untuk satu sesi pengambaran program baru di TV9 Malaysia insyallah ..

    ReplyDelete
  14. W'salam Mr Shahrir.
    Kami di sini tiada jawatankuasa khas untuk pelajar kerana bilangan yang sedikit. Untuk apa-apa persoalan berkaitan, saya sedia membantu. Boleh diutarakan melalui mibi999@yahoo.com.

    Bagi pelajar baru yang ingin datang ke Denmark, boleh bertanya di facebook group : Pelajar Malaysia di Denmark (Malaysian Students in Denmark).

    ReplyDelete
  15. Aslm saya nak cari kalau ada rumah student perempuanyg boleh tumpangkan kami utk bermlm 1 mlm aja di cph

    ReplyDelete
  16. Aslm saya nak cari kalau ada rumah student perempuanyg boleh tumpangkan kami utk bermlm 1 mlm aja di cph

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...