Friday, March 16

5 Panduan Penting Melancong ke Copenhagen

Siri Panduan Melancong ke Denmark: Part 2

Salam 1Dunia.

Memang tidak dinafikan, Copenhagen (atau Kobenhavn dalam bahasa tempatan) bukan la berada dalam top list destinasi pelancongan yang orang suka lawati bila pusing Eropah. Tak macam kota London, Milan atau Paris. Namun, tak glamer tak semestinya tak best dan menarik kan?

Walaupun banyak website yang memaparkan info-info yang berkaitan melawat Denmark, namun penulis DKKC merasakan jauuuh lebih baik kalau ‘orang luar’ yang berhijrah sementara di sini yang mencurahkan pengalaman untuk dikongsi. Jadinya tips dan guide ni adalah dari perspektif penulis DKKC dan boleh la dijadikan rujukan tambahan dan perbandingan semasa survey dan mencari info pasal melancong ke Denmark bumi Scandinavia ni.

Sebelum ditampilkan 5 panduan penting melancong ke Copenhagen, Jom kita lihat, tips before your travel.

Tips -Before Your Travel
Visa
Visa is not required for residents of Malaysia for stays up to 90 days. Bawa je buku merah tu.

Time Zone ( GMT )
Copenhagen Time Zone adalah GMT+1hour. Perbezaan Malaysia-Copenhagen adalah 7 jam. Tapi bila ada daylight saving time (March-October) kena la kurangkan sejam tapi selepas tu, tambah balik sejam.

Electricity
Kat sini memang problem kalau bawa normal charger handphone, camera atau lap top dari Malaysia. Jadi untuk senang, bawalah universal adapter. Jangan beli kat sini, bawa la dari Malaysia, kat sini lebih mahal daa.

5 panduan penting melancong ke Copenhagen

When To Visit?

Tengok tu, paling ‘panas’ pun cuma 20oc je. Macam best je kan. Tapi bila time sejuk, mahunya mencecah -5oC. Melancong ke negara Scandinavia khususnya ketika musim sejuk mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya time ni tak ramai sangat pelancong, banyak hotel and airlines buat promo dan diskaun (kecuali ketika sambutan Krismas dan Tahun Baru). Tapi ada juga kekurangannya. Semasa musim sejuk, waktu siang adalah sangat pendek, cuaca pun asyik gloomy dan sudah tentu sejuk semacam. Dah namanya musim sejuk, memang la sejuk kan. 

Tapi berlainan kalau anda ingin ‘menikmati’ panorama bersalji atau bermain. Malahan kalau ada ingin bermain ski, misalnya di negara scandinavia yang lain misalnya Norway dan Sweden, Hmm time ni la yang paling sesuai. Namun, sepertimana negara Eropah yang lain time spring (musim bunga) hinggalah ke awal autumn (musim luruh) adalah time yang sangat sesuai dilawati. Cuaca yang ok, suhu yang mendamaikan dan juga persekitaran sana-sini indah. Tapi bila time mid-summer, agak crowded sikit sebab ramai pelancong berkunjung.


Where to Stay?
Di bandar Copenhagen memang sukar mencari hotel yang harganya berpatutan. Sejajar dengan taraf hidup yang tinggi di sini, sewa tempat penginapan pun memang kadang2 tak tercapai dek akal. Malahan hostel and budget hotel pun masih boleh dianggap tidak berpatutan. Manakan tidak, tido semalam di Hotel 2 star misalnya pun dah dalam range 400kr-550kr (RM215-300). Tu baru budget hotel. Toilet kat luar (shared) dan tanpa breakfast plak tu. Dan hostel plak dalam lingkungan 180-250kr (RM100-150) satu malam perperson in dorm. Lainla kalau anda mempunyai poket yang tebal, memang tiada masalah. Penulis tak pernah pulak menginap di mana-mana hotel di Copenhagen ni. Tetapi ada boleh merujuk booking.com untuk membandingkan harga hotel/hostel pilihan.
 
Nak makan kat mana? Halal ke?
Memang kat sini tiada restoran Malaysia. Asian Restaurant ada la. Tapi tu pun belum tentu halal-haramnya. Tapi jangan bimbang, kerana rangkaian kedai arab dan juga gerai kebab senang dijumpai. Harganya? Sebiji kebab yang biasa dalam lingkungan 38-45kr (RM20-25) sebiji. Ok la tu. Takkan nak makan megi je. Oh ya, bersebelahan dengan Copenhagen Central Train Station, ada beberapa kedai asian. Kat sana pun kekadang tu ada jugak Maggi dari Malaysia dijual, 10kr/RM5.50 untuk tiga paket. Ada juga beberapa jenis megi buatan Indonesia dan Thailand. Yang ni kena check label dulu la ya.

Nak beli makanan yang pelik2 di kedai tu mestilah dipastikan kandungannya. Jangan main hentam beli je. Tak semua boleh dimakan oleh orang Muslim walaupun ianya hanyalah roti, biskut ataupun aiskrim. Ini adalah benar, kerana tak semua kedai yang peniaganya kelihatan seperti orang arab, kebab misalnya dari sumber daging yang halal. Memang la tiada daging b*bi di dalam kedai tapi sumbernya belum pasti. Setakat yang penulis ketahui rangkaian kedai Konya Kebab dan Restaurant Shawarma, insyaAllah setakat ini ditanggung halal. Walaupun tiada tertera logo dan tanda halal, namun misalnya Shawarma ada digantung sijil sumber daging yang diperakui dari Scandinavia Islamic Center. Restaurant Kebabish pun insyaAllah halal. Ada orang cakap nama restaurant tu pelik sikit macam kebab+babi, tapi bukan gitu ok.

Tetapi kekadang tu, memang la susah sikit sebab ingredienser (ingredient) dalam bahasa tempatan. Tapi kalau ada E-kod tu, boleh la rujuk. Dan kalau tertera label untuk vegetarian or makanan yang dilabel pakai vegetabilsk oile (vegetable oil) insyaAllah kalau yakin dan juga pasti tiada tulisan svinefedt (pork fat) atau apa2 seangkatan dengannya boleh la beli. Kalau tak tawakkal je la. Kalau agak ragu-ragu, tak payah beli terus.

Pengangkutan
Sistem pengangkutan awam di Copenhagen memang boleh dikira agak baik dan memuaskan. Pendek kata boleh dipercayai dan tepati masa. Namun, yang kurang baiknya adalah sedikit mahal kosnya. Di Copenhagen terdapat perkhidmatan Metro (mostly underground-di tengah bandar), S-Tog (On the ground-kawasan bandar) dan juga regional train (antara bandar). Terdapat juga bas yang kerap. Anda boleh menggunakan tiket yang sama untuk menaiki mana2 perkhidmatan awam dengan syarat dalam zon yang tertentu dan tempoh waktu yang ditetapkan.
Dari Airport ke City Center boleh ambil train Metro (M2), warna kuning
Tiket boleh dibeli bergantung kepada berapa zon yang akan dilalui (kawasan dari tempat mula bergerak ke destinasi) samada beli secara sehala ataupun secara pukal. Pembelian tiket secara pukal atau dikenali sebagai klippekort adalah lebih murah dan lebih menjimatkan. 1 keping klippekort boleh digunakan sebanyak 10 klip/kali. Walaupun harga 1 klippekort mungkin agak mahal, tapi jika anda menggunakan banyak kali dan menggunakan public transport secara kerap adalah lebih menjimatkan berbanding beli secara on the spot atau untuk sehala.

Contohnya yang paling mudah adalah perjalanan dari Copenhagen Airport ke kawasan pusat bandar, misal berhenti di Kongen Nytorv atau Norreport adalah 3 zone (zone 1, 3 dan 4). Perjalanan tersebut hanya memakan masa 15 minit dengan menaiki train Metro. Sekiranya tiket sehala dibeli, harganya adalah 39kr (RM21) dan sekiranya klippekort dibeli kosnya hanya 19kr(RM10) (sehala). Tapi anda harus ingat, tiket klippekort boleh digunakan 10 klip, maksudnya ada 10 tiket, jadi anda harus membeli dengan harga 190kr (RM100)/sekeping bagi klippekort 3 zone. Tetapi sekiranya anda berdua atau berkumpulan elok dibeli klippekort ni kerana ianya boleh dikongsi. Tempoh waktu yang boleh juga bergantung jenis klippekort yang dibeli. Ada klippekort untuk 2,3,4,5,6 dan juga alle zone. Klippekort untuk 3 zone misalnya boleh digunakan dalam tempoh waktu  1 1/2jam bagi satu klip. 

Namun ada cara senang untuk merancang perjalananan. Tak perlu pening dan risau. Ada boleh menggunakan web interactive rejseplanen.dk. Senang je nak guna, boleh juga rujuk blog Sdr Azizul untuk mengetahui cara menggunakannya.


Berapa $budget$ untuk berbelanja?
Denmark mempunyai matawangnya yang tersendiri iaitu kroner (kr). Duit boleh ditukar di Airport ataupun di bandar Copenhagen. Namun tak semua forex atau kaunter tukaran wang mahu mengambil RM. Maka, bagi mengurangkan risiko adalah lebih baik tukar wang RM kepada USD atau Euro dan kemudian ke Kr. Kadaran tukaran adalah lebih kurang 1kr=RM0.53 (tukaran March 2012). Untuk lebih senang anggap aje 50sen sama dengan 1kr. 

Walaupun nampak dua kali ganda, maksudnya tukar RM ke Kr dapat banyak, tapi anda harus sedar bahawa harga barang di sini adalah tinggi. Contoh mudah ialah harga sebotol air mineral 500ml adalah lingkungan 15-18kr (RM8-10) sebotol! Tu baru air mineral bukan makanan atau benda lain lagi tu. Tapi kalau asyik membandingkan harga barangan di sini dan setiap kali itulah anda convert ke RM, maka sampai bila2 anda akan rasa tidak sanggup beli makanan atau barangan di sini. 
Harga souvenirs kat sini pun boleh tahan cantik dan boleh tahan juga harganya. Ada banyak pilihan dan kedai souvenirs di pusat bandar Copenhagen, misalnya di laluan shopping Stroget. Harga sekeping Fridge Magnet adalah 25-35kr (RM13-18) sekeping bergantung kepada saiz dan mutu FM tersebut. Key chain pula biasanya harga bermula dari 35kr (RM18) ke atas. Walaupun harga agak mahal untuk souvenir yang kecil jangan risau sekiranya anda datang dari luar Eropah dan melancong ke sini, anda boleh meminta resit khas untuk proses claim tax free (tax refund) nanti masa kat airport. Walaupun tak banyak maybe 10-20%, tapi ok la daripada tak dapat langsung.


<Nampaknya macam mahal jugak kos melancong ke sini ya. Tapi jangan risau, kalau pandai merancang dapat la jimatkan apa yang patut>

Part 3: Guide 1 day trip in Copenhagen>>

12 comments:

  1. Salam Yob,

    Hmmm info yg menarik dan informatif bagi yg berminat ke negara beku. Tang makan tu jer nampak payah, tau ler org Msia ni sensitif kalau tak cukup makan ha ha. Tima kasih sharing!

    ReplyDelete
  2. Salam Yob

    Good info, tunggu yang seterusnya pulak...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini.

    ReplyDelete
  4. salam.. panduan yang bagus bagi mereka yang nk p ke Copenhagen.. keep on writing bro ;)

    ReplyDelete
  5. Good info, Insyaallah kalau berkesempatan nk melancong ke denmark boleh rujuk sini. TQ very much!

    ReplyDelete
  6. Bagus jugak buat tips mcm ni..adelah panduan kalau nak melawat lagi..harga FM dgn keychain tu memang sgt mahal..tapi kalau nak beli jgk untuk kenang-kenangan..ikut pengalaman sy beli byk2 supaya total harganya lebih dari minimum harga utk dpt tax refund..sekurang2nya tak la ralat sgt beli brg mahal2 sebab bleh claim tax refund..

    ReplyDelete
  7. waaa...nice info..insyaAllah panjang umur murah rezeki nak pergi ..hehe :)

    ReplyDelete
  8. Tiket, pasport, dompet dah ada! Apa lagi yang perlu sebelum berangkat pergi melancong? --->NAK TAHU? KLIK SINI<---

    ReplyDelete
  9. We are Malaysian but residing in Dubai since Nov last year. Thanks for the info bro, it is very useful. InsyaAllah, we will be in Copenhagen from 11/7 - 17/7. Just nak tanya, is it easy and cheap to go around by car, because we plan to rent a car there.

    ReplyDelete
  10. HEHE..baru cadang nak letak dlm list negara yg ingin dilawati
    tapi bila tgk harga barang dan jugak hotel, mahal lah pulak
    kena simpan lebih lagi baru dpt pegi kot

    ReplyDelete
  11. InshAllah akan kesana November 2015..
    Bagaimana boleh sy dapatkan info..jenis2 barang makanan yg boleh dibawa (kicap,rempah kari..dll)..sbb ada sstgh xblh bwk serbuk paprika.Dimana blh sy buat rujukan

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...