Friday, October 25

Majlis Konvokesyen - Danish Style

Syukur alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya Penulis DKKC dapat menamatkan pengajian MSc dengan jayanya. 
Surat jemputan
Maka, kelmarin 24 Oktober telah berlansung majlis konvokesyen ataupun lebih tepat graduate reception ceremony untuk kesemuanya pelajar yang mengikuti pengajian Master yang graduated dari April 19 - Oktober 17, 2013. Majlis hanya berlangsung di Sportshallen (Sport hall) kerena di sini memang tiada dewan khas. Sport hall itulah tempat pendaftaran semasa minggu orientasi iaitu International MSc Student Introduction Week, kira-kira 2 tahun yang lalu.

Majlis diadakan sebelah petang iaitu bermula jam 5 hingga 6.30pm. Sebenarnya majlis sebegini berlangsung selama 3 hari, hari pertama untuk bachelor, hari kedua untuk master dan hari ketiga untuk PhD. Kesemuanya diadakan di sebelah petang. Mungkin bagi memudahkan ibubapa yang bekerja boleh turut sama hadir. Cuma yang PhD lebih meriah sebab akan dihadiri oleh kesemua Ketua Jabatan, PhD committee members dan juga Board of Directors dan disertai dengan dinner party dan juga majlis tari- menari.
Bersama the President of University/ Vice Chancellor
Majlis graduasi berlangsung dengan cukup ringkas. Tiada jubah yang berhood dan juga selempang, tiada topi mortal-board, tiada pantun berjela ucapan alu-aluan dan semesti tiada muzik gamelan mengiringi majlis. Malah tiada dress code bagi pelajar. Tetapi hampir kesemuanya berpakaian smart casual walaupun ada juga yang sempoi hanya memakai T-shirts dan seluar jean. Penulis DKKC tabik dengan seorang pelajar lelaki dari Kerala, India yang tampil ke pentas dengan hanya memakai pakaian tradisi iaitu berkain pelikat. Sebenarnya teringin juga memakai baju melayu bersampin setelah melihat gambar seorang pelajar dari Scotland yang memakai pakaian tradisi Scottish pada tahun lalu. Tapi hanya tinggal angan-angan.
Rekod majlis graduate reception paling ramai dalam sejarah. 330 students and 700 guests
Majlis ringkas bermula dengan ucapan President Universiti (Vice Chanselor) Prof. Dr. Anders Bjarklev, ucapan dari Ketua Pelajar iaitu wakil student organisation (Polyteknisk Forening-PF) Kim Louise Ettrup dan juga ucapan dari tokoh alumni iaitu CEA company Delta iaitu Per Harlev. Dan menjadi tradisi, setiap nama pelajar akan dibacakan oleh Dean of Graduate Studies and International Affairs. Kebetulan dalam bahasa Danish, perkataan Dean juga dieja Dekan seperti bahasa Melayu. Sijil turut disampaikan oleh Dekan Prof. Dr. Martin P. Bendsøe. Tiada juga penyampaian anugerah pelajar terbaik seumpamanya. Majlis ditamatkan dengan sesi photography bebas dan juga hidangan resepsi yang ringkas dan 'healthy'. Hanya buahan anggur, kekacang, mini coklat bar, buah kurma dan aprikot selain air mineral dan air setan (wine rasanya).
Apepun Penulis DKKC bersyukur dapat menamatkan pengajian dan yang lebih penting dapat jua merasa pengalaman menimba ilmu di obersi. Walaupun hanyalah ijazah sarjana, tetapi begitu bermakna. Bak kata ucapan President Universiti,  semoga menjadi pemangkin kejayaan yang seterusnya.

Dan sudah tentu kejayaan tidak diperolehi tanpa berkat doa restu dari keluarga dan juga sokongan padu rakan2 terutama Cik Puan Isteri yang tanpa lelah membantu dan memberi sokongan dan dorongan. Tidak lupa juga pihak MARA yang memberikan bantuan kewangan berbentuk Skim Pinjaman Boleh Ubah bagi Pascasiswazah. Semoga ilmu yang diperolehi diberkati. Amin

15 comments:

  1. Tahniah DKCC atas kejayaan ini...moga jadi pemangkin untuk terus belajar..terus menyumbang..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Imran. Mmg sgt sempoi majelis nya ;-)

    ReplyDelete
  3. Tahniah dah dapat MSc :)

    sempoi je kan tgk uni overseas punye ceremony. haish. kalo uni malaysia kalo tak awl pg smpi tengahri mmg taksah la kan dgn mcm2 protokol. bile nk blk malaysia? ke nak smbung phd terus kt sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Memang sempoi.
      InshaAllah akan balik Malaysia tak lama lg.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. tahniah..
    hari ni bermula konvo di upm..
    memang protokol habislah kalau kat malaysia ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. kat Malaysia memang byk protokol. terutamanya kalau ada vvip

      Delete
  6. Simple betul dorang ni ya...tahniah dapat sarjana dan pengalaman di negara org..priceless!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Tahniah....semoga terus berjaya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...