Showing posts with label AUTUMN in our heart. Show all posts
Showing posts with label AUTUMN in our heart. Show all posts

Thursday, October 27

Kabus Nano

Jam 9 am, Virum
Kelam dinihari beransur terang. Hening pagi ini menyaksikan panorama alam melewati sisir masa dengan hidangan kabus nano yang menebal yang dijangkaan hingga lewat tengah hari.. Tapi, lebih baik berkabus dari jerebu bukan?? Nyaman sekali, bak berada di puncak Genting Highland. Namun, lebih nyaman lagi di sini..

Begitu ajaib penangan alam. Namun, pagi tetap ceria walau sukar menderap langkah dalam suhu mencengkam tulang sekitar 7oC. Kendati dalam renai serta laluan yang tampak berbalam, dengan prakarsa yang tegar, kelas kuliah harus di tujui jua kerna misi murni terjunjung di atas jemala...
Wanita besi, Cik Puan Isteri mengayuh basikal diperbuat daripada besi dan aloi menuju ke Uni..
Hmm..asyik..hujan tertalu, mana mungkin bisa mengorak langkah ke luar, mengambil gambar versi Autumn Collection 2011 di kala pepohon meleraikan daun menandakan kemuncak musim luruh..

Next post : Di
sebalik Sisa Runtuhan Tembok Berlin!

Friday, June 24

Throughout Our Window

Cepat sungguh waktu berlalu. Semalam, dah pun masuk mid summer. Kalau mengikut kalendar musim di eropah, 23 June adalah hari pertengahan musim panas (Soltice). Hari yang mana waktu siang terpanjang pada tahun tersebut.

Dan setiap hari, jenguk tingkap ada je perubahan kat luar. Jom layanz gambar-gambar 4 musim di Denmark melalui ruang tingkap rumah kami. Korang rase musim ape paling cantik? Waktu kaler Hijau? Kuning? Putih? atau Perang?
Summer - June 2011
Spring - Mac 2011
Winter - Jan 2011
Autumn - Nov 2010

> Next post : Photo Story : An Evening at Wheat Field <

Monday, December 13

Panorama Alam Sebelum dan Selepas Part 1

Penjejakan kaki ke bumi Denmark pada September yang lepas membolehkan saya menjadi saksi kepada perubahan musim di zon beriklim sederhana dengan deria pancaindera sendiri.

Dari musim Summer sepanas 22oC apabila bahang mentari menyinar ke musim Autumn dikala dedauan berguguran (dengan suhu purata 12-16oC) hinggalah kini, tiba musim Winter yang menggigilkan keseluruhan  206 tulang apabila suhu mencecah -5oC. 

Berikut diuploadkan beberapa keping gambar buat tatapan Bonda di Tanahair dan para pengunjung belog ini. Sungguh indah ciptaan Ilahi dan betapa nikmatnya kehidupan bagi mereka yang tahu bersyukur..

1)    Apartment kami, Grønnevej 54, St. Th.
Pn Alafiza dihadapan apartment, semasa musim panas
Pemandangan pada musim luruh
Pemandangan tatkala salju turun
2)    Dari tingkap depan rumah kami
Kanak-kanak tadika menunggu bas semasa musim panas
Seorang pekerja mengecat tanda laluan pejalan kaki di awal musim luruh
Pemandangan apabila ditimpa salju
3)    Pemandangan dari tingkap bilik tidur
Di awal musim luruh tatkala mentari masih menyinar

Salji yang memutih membaluti dahan-dahan pokok
4)    Pemandangan belakang rumah dari tingkap dapur
Semasa penghujung musim panas

Pemandangan indah apabila salji turun
5)    Pemandang di Virum Torv sebelah apartment
Gambar glamer yang masuk Berita Harian dalam ruangan Salam Perantau
Sapa nak duduk atas bangku? Kalu duduk pun nanti xxxx pun membeku..
6)    Taman belakang rumah kami
Bersenam gaya poyo di penghujung summer
Sapa yang nak bersenam sejuk2 begini?
7)    Penjaga taman belakang rumah kami
Gambar terpaksa di’sensored’kan agar dapat ditatap oleh kanak2 bawah 18thn
Tak sejuk ke dia ni, sejuk2 tak pakai baju?



Sunday, November 14

An Evening at Sophieholm

Saje je nak tunjuk jam tangan Tissot ni..  :)
Sophienholm. Another story more a like Taj Mahal famous building in India. It was built on1867 as a country retreat for Johan Theodor Holmskiold. The house named after his wife Sophie Holmskiold.
The Sophienholm situated in a park overlooking the Bagsværd Lake. We went there a few weeks back when the scenery still magnificent with Autumn landscape. It is really beautiful.
 
Firstly, we went to a free exhibition in the Cobra Room. A small exhibition  on painting drawn by local famous painter take place there.

 
Then, we when around the park in the middle of nowhere in woods for our photo shoot session.

Monday, November 8

Hunting Without Prey

7 Nov 2010. 10:15am. Temperature 5oC.
It is about time to witness another Danish tradition especially at Dyrehaven (the Deer park), Klampenborg. The Hubertus hunt is a yearly event for people as well as horses. In the local newspapers about 40,000 Danes are expected to witness the events. But, I don’t think so. May be just around 15,000.  
This annual event known as Hubertus Hunt where "hunters"/riders are hunting the "foxes"/lead riders jumping over obstacles of different kinds. Riders in red jackets follow an 8 km route containing 35 obstacles as fences and also water grave.
The hunt involves some 115 local horseback hunters, clad in white breeches and red jacket. But, there is no fox or deer involved in the hunt... As too many people around, I think all the deer was run away. But, we managed to see a few of them in the woods.
Although my wife and I get wet and muddy, we have a lot of fun to see a lot of people and dragging our feet through the thick piles of fallen autumn leaves as we made our way in the woods...

Friday, October 22

Autumn Collection

Pengalaman pertama berada di tempat yang ade 4 musim sangat la menyeronokkan. Tapi sebelum ni rasenye kat Malaysia pun ade banyak musim. Musim kemarau, musim tengkujuh, musim durian, musim orang kahwin dan bermacam-macam lagi. Setibanya saya di Denmark, musim summer dah hampir ke penghujung. Dan sekarang tiba la musim Autumn ataupun luruh (tapi orang Indon sebut musim gugur). Maka, kami pun sambutlah musim luruh dangan hati yang riang (x sambut pun).
Kalau ada yang tengok citer Korea ‘Autumn in My Heart’ kat TV dulu, begini la keadaannye. Dengan daun bertukar warna dan gugur ke bumi ditiup hembusan angin yang sejuk. Adus..romantik sekali panoramanya. Ada yang bertukar ke warna kuing, perang, oren, merah dan purple. Tapi bila dah banyak sangat daun yang luruh, dah kurang la kecantikannya. Maklumkan habis dedaun bertaburan kat tepi jalan dan pokok-pokok pun tinggal dahan je. Tapi, ade juga beberapa jenis pokok yang langsung tidak berubah warna..terutamanya rumput..masih menghijau.
Ada juga sekali dua, saya dengan poyonya membawa buku untuk dibaca di taman di belakang rumah. Kononnya hendak membaca sambil menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Tapi, tak sampai 10 min pun sebab tak tahan sejuk dihempus angin. Membaca buku sambil minum kopi panas dirumah lagi best..huhu.

 [Next post : Culture of Night @Copenhagen]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...