Showing posts with label rakyat malaysia di denmark. Show all posts
Showing posts with label rakyat malaysia di denmark. Show all posts

Tuesday, October 15

Lagi-lagi Beraya di Perantauan - Aidiladha 1434H Copenhagen

Hati mana yang tidak sayu tatkala mendengar alunan takbir raya bergema dari youtube. Inilah lumrah insan yang bergelar perantau, perlu berkorban di medan ilmu. Inilah baru namanya hari raya korban.

Aidiladha kali ini disambut bersederhana. Lebih-lebih lagi, tarikh hari raya jatuh pada hari minggu. Namun, semangat beraya tetap ada. Penulis DKKC Bersama-sama rakan-rakan yang lain menunaikan solat aidiladha di Korsgadehallen iaitu sebuah dewan serbaguna di Nørrebro tidak jauh dari pusat bandar Copenhagen. Majlis solat tersebut dianjurkan oleh Danish Islamik Center.
Papan tanda ke arah pintu masuk bangunan Korsgadehallen
Solat bermula jam 9.15 am. Menjelang jam 9am, orang ramai mulai memenuhi dewan. Kelihatan, kebanyakan mereka dari pelbagai negara, namun rata-ratanya dari timur tengah seperti dari Turki dan Lebanon. Ada juga seperti orang tempatan (Danes) yang mungkin baru memeluk Islam.

Takbir yang dibacakan beramai-ramai adalah tidak sama alunannya yang biasa didengari di Malaysia. Maka, 'feel'nya kurang. Tapi, bagus juga, kalau tidak sudah tentu bertambah sayu hati mendengar. Yang menariknya, jualan makanan, minuman, buku-buku agama turut dijual dipinggir di dewan.
Jualan makanan dan minuman turut dijual
Ruangan dewan hampir penuh sewaktu solat bermula. Jualan belon pun ada untuk kanan-kanak. Gambar dari Blågården.
Khutbah pertama dibacakan di dalam bahasa arab dan disampaikan oleh Ustaz Mohamed Imran Angullia yang dijemput khas dari Singapore dan kemudiannya terjemahan di dalam bahasa danish di sampaikan oleh Imam tempatan Abu Jibreel. Tapi pelik juga sebab sejurus tamat solat sunat aidilahda orang ramai mulai bangun. Yang sedihnya, tatkla imam membacakan khutbah, hanya tinggal separuh je yang masih berada di saf-saf. Yang lainnya sedang sibuk membeli juadah makanan dan bersembang. Mungkin budaya mereka berbeza.

Namun berdasarkan petikan dari laman soal jawab agama, khutbah bagi solat hari raya hukumnya sunat. Menurut Imam as-Syaukani; “Aku tidak menemui sebarang pandangan mewajibkannya”.(Nailul-Autar, Kitab al-‘Idain). Oleh demikian, solat hari raya adalah sah sekalipun tanpa diikuti dengan khutbah selepasnya. Namun perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, makruh–menurut mazhab Imam Syafi’ie- seorang menghadiri solat hari raya tetapi tidak mendengar khutbah hari raya atau bercakap-cakap ketika khutbah disampaikan atau meninggalkan majlis tanpa menunggu khutbah.
Ustaz Mohamed Imran menyampaikan khutbah
Ramai yang mula bangun dan meninggalkan saf sewaktu imam sedang membaca khutbah
Sesi bergambar kenangan dengan Ustaz Mohamed Imran.
Usai solat, kami menyerang ke rumah 'Abg Long', rakyat Malaysia yang telah lama menetap lebih dua dekad di bumi Copenhagen. Leka makan, hingga terlupa nak ambil gambar. 

Monday, September 2

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia di Denmark

Salam kemerdekaan. 31 Ogos baru sahaja berlalu, bagaimana hari merdeka anda? Meraikan bersama ahli keluarga dan sahabat andai atau hanya merayakan hari cuti umum dan hujung minggu dengan beristirehat di rumah? Walau apapun, kami berharap hari merdeka anda tetap ceria dan patriotik!
Sesi bergambar berlatar belakangkan pokok epal yang lebat
Tahun ini kami komuniti kecil di bumi Copenhagen sekali lagi menyambut hari kemerdekaan dan juga aidilfitri di Nivå, Denmark seperti tahun-tahun yang sebelumnya.  Walau jauh beribu batu, masing-masing dengan penuh patriotik bersama-sama meraikan hari kebangsaan yang ke 56.


Alhamdulillah, walau sambutannya hanya secara kecil-kecilan, namun tetap ceria dan meriah. Bak kata rakan-rakan di sini 'Kalau di Malaysia pun, tidak dapat merasai semangat patriotisme luar biasa sebegini'.
Maka benarkan kata orang, bila dah berada diluar negara, barulah sedar betapa bertuahnya kita menjadi warga Malaysia kerana dapat merasaikan keamanan dan kemakmuran'.Lagipun, kalau kita tak sayang negara sendiri, siapa lagi??
Kek khas sempena merayakan hari kemerdekaan dan juga sambutan hari lahir

Walaupun jauh diperantauan, Malaysia tetap di hati. Iyelah kan, 'hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri'.
Tag: komuniti pelajar malaysia di denmark, komuniti rakyat malaysia di denmark, pelajar malaysia di luar negara, sambutan kemerdekaan di luar negara, sambutan kemerdekaan malaysia di oversea, merdeka di luar negara

Sunday, August 11

I Ønskes Glædelig Eid!

Salam lebaran.. I Ønskes Glædelig Eid tu maksudnya kami mengucapkan selamat hari raya dalam bahasa danish. Maklumla duduk di perantauan, kena nak ucap dalam bahasa tempatan.

Alhamdulillah pada hari aidilfitri yang lalu, penulis DKKC dan Cik Puan Isteri berpeluang mengadakan rumah terbuka di hari raya yang pertama. Walaupun bilangan yang ada tidak lah ramai, namun sambutannya tetap bermeriah, malah berganda-ganda kemeriahannya. Dan sempat la buat video ucapan beramai buat tatapan keluarga tersayang di kampung.


Yang ni plak, versi bloopers/in the making. Kelakar pulak dengan gelagat masing-masing.


I Ønskes Glædelig Eid!

Monday, April 29

Aku dan Pilihanraya – Pengalaman Mengundi di Luar Negara

Tanggal 28 April 2013, penulis DKKC bersama Cik Puan Isteri dan empat orang rakan dari Copenhagen, Denmark telah membuat pengundian awal sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) melalui undi secara pos di Kedutaan Besar Malaysia di Stockhom, Sweden.
Pengundi dari Copenhagen menyemak prosedur pengundian secara pos setelah tiba di Pejabat Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden
Hanya 83 orang sahaja yang berdaftar sebagai pengundi pos bagi kawasan Scandinavia. Melihatkan angka tersebut, jumlah pengundi adalah kecil berbanding jumlah sebenar rakyat Malaysia yang berada di Sweden, Denmark, Norway, Finland dan juga Iceland. Lantaran itu, tiada wakil SPR yang hadir. Segala urusan mengundi hanya dikendalikan oleh kakitangan dan staff pejabat kedutaan yang telahpun dilatih dengan terperinci cara pengendalian pilihanraya.

Prosedur Mengundi Secara Pos

Kena bawa IC untuk semakan. Boleh pulak IC contoh yang diguna adalah nama Rowan Sebastian Atkinson (Mr Bean) dari Keningau, Sabah...hehe
Setiap kad pengenalan/Passport pemilih berdaftar disemak, dan kemudiannya setiap pengundi diberikan sekeping sampul surat tertera ’Urusan Seri Paduka Baginda’ yang lebih dikenali sebagai ’Sampul Surat Keutamaan’. Di dalam sampul surat yang bewarna coklat tersebut terdapat dua lagi sampul surat kecil yang berlabel ’B’, iaitu sekeping sampul surat untuk Parlimen dan sekeping lagi untuk DUN. Pada sampul surat B tertera alamat pusat pengumpulan undi bagi kawasan Parlimen dan DUN. Di dalam sampul surat tersebut terdapat borang 2 ’Perisytiharan Identiti’ dan kertas undi. Keduaan item tersebut perlu dimasukkan dalam sampul B dan disapukan gam sebelum dimasukkan di dalam karung khas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bagi Undi Pos. Bagi Borang 2, pengundi bebas memilih mencari saksi. Syarat bagi saksi adalah cukup senang iaitu mestilah warganegara Malaysia dan juga berumur lebih 21 tahun.
Sampul Surat Keutamaan
Bagi yang ingin mengetahui sama ada kertas undi ada no. Siri atau tidak, jawapannya adalah YA. Nombor siri tercatat di atas kertas undi dan juga Borang 2.

Contoh Borang 2, Perisytiharaan Identiti
Secara keseluruhanya, sesi mengundi berjalan lancar. Walaubagaimanapun, terdapat rakan yang memperolehi sampul surat keutamaan yang mengandungi sampul surat kecil ’B’ yang tidak beralamat dan juga telah siap disapukan gam. Pelik bin ajaib di situ. Tapi, mungkin berlaku kesilapan barangkali. Bagaimanapun, penulis DKKC sedikit musykil kenapa Borang 2 yang jelas mengandungi nama pengundi dan juga IC perlu dimasukkan bersama kertas undi di dalam sampul surat ’B’. Sudah tentu boleh disemak, siapa yang telah dipangkah. Entahlah, mungkin begitulah peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR.

Yang sedikit hampa, hanya air masak dan air batu kosong atau dalam bahasa  mat salleh ’sky juice’ disediakan oleh pihak Embassy. Hmm, ingatkan ada tersedia karipap ke, teh tarik ke. Tapi tak pe la, kami datang sejauh 520km, iaitu hampir 8 jam memandu bukan datang nak makan, tapi nak mengundi.
Kami dah mengundi, anda pula bagaimana??

Sunday, February 19

Komuniti Pelajar Malaysia di Denmark (Malaysian Students in Denmark)

Baru-baru ini, pelajar-pelajar di sini telah mengambil inisiatif menubuhkan satu akaun facebook khas bergelar Pelajar Malaysia di Denmark (Malaysian Students in Denmark) untuk kemudahan kepada sesiapa yang ingin ke Copenhagen atau bandar-bandar lain di Denmark bumi Scandinavia ini.
Search laman facebook Pelajar Malaysia di Denmark untuk meklumat lanjut. 
Tapi kalau ada yang ingin bertanya kepada DKKC, boleh je.

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang kewujudan masyarakat dari Malaysia yang menetap di sini. Ada yang datang ke sini untuk belajar, bekerja mahupun ada juga yang telahpun berkahwin dengan warga tempatan. Bukan setakat warga Melayu, ada juga Cina dan India berada di sini. Walaupun, bilangan yang berada di sini boleh di bilang dengan jari-jemari, namun kami kerap juga berkumpul dan bertandang ke rumah di antara satu sama lain. Terutamanya bila ada sambutan macam hari raya, merdeka, birthday, housewarming, farewell dan juga tahlil.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Malaysia di Denmark. Fotocredit: Abdillah JMT

Usrah V 3.0 di Grønnevej 59, St. Tv.

Berita di TV1 yang mengatakan lebih ramai pelajar Malaysia  akan di hantar ke Denmark baru-baru ini.

Dan bila dah berkumpul, memang kecoh sekampung. Riuh rendah dengan gelagat dan ragam terutamanya kanak-kanak.. Tapi aktiviti utama mestilah acara makan-makan. Dan alhamdulillah, kini majlis usrah untuk kumpulan kecil rakyat Malaysia di sini juga telah dimulakan. Bagusla, walau jauh diperantauan, ikatan ukhwah sesama dan semangat saling nasihat-menasihati sentiasa ditanam disamping mendalami ilmu Islam.

Selain itu, di dapati makin ramai warga Malaysia dari Tanahair mahupun dari tempat2 lain yang bertandang ke Denmark. Ramai yang melencong dan melancong ke sini sekarang. Tapi, ada juga yang hanya transit di Airport di sini dan ada yang datang ke sini atas urusan kerja. Lantaran itu, InsyaAllah penulis DKKC bercadang untuk berkongsi tips dan guide kepada sesiapa yang ingin menjejakkan kami ke bumi Denmark ni tidak lama lagi. Tungguuuu..

Friday, January 20

3 dalam 1


Baru-baru ini berlangsunglah majlis ringkas 3 dalam 1 di kediaman penulis DKKC. Setelah sekian lama tidak bertemu mata (padahal baru je celebrate new year sama2 huhu), komuniti orang melayu di sini berkumpul lagi. Mujurlah muat rumah yang sekangkang 79m3 ni.  Tapi bukan saja rakyat malaysia yang datang, ada juga warga Singapore dan Indonesia yang mampir. Bagus la, kiranya majlis tahap nusantara gitu. 

Majlis kali ini adalah sambil menyelam sambil minum air dan makan nasi. Majlis tahlil, Farewell dan juga sambutan Hari Lahir. Majlis tahlil itu adalah untuk Arwahyarhamah bonda tersayang Cik Puan Isteri yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 100 hari yang lepas.  Yang birthday tu plak, untuk meraikan January babies. 3 orang sekali gus. Tapi bukan birthday si baby, tapi mummy dan granny..huhu.

Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan rakan-rakan yang bakal tamat perjuangan di medan ilmu di bumi Denmark dan akan pulang ke tanah air tidak lama lagi. Maka berkuranglah lagi 9 orang rakyat (termasuk kanak2) di sini. Tak lama lagi komuniti melayu di sini boleh di bilang dengan jari jemari gamaknya. Jadi, jom la ke Denmark :)

Tuesday, May 10

Jumpa Tan Sri Muhyidin Yassin di Copenhagen

Bukan senang nak berjumpa Timbalan Perdana Menteri Malaysia face to face. Apatah lagi kalau di jemput dinner bersama. Peluang sebegini memang kami tak tolak..

Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia 

Kehadiran TPM Tan Sri Menteri Muhyiddin Yassin ke Copenhagen sebenarnya untuk menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah (ASEMME). Lalu, diadakan satu majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Denmark.
Tan Sri Muhyidin Yassin bergambar dengan sebahagian warga Malaysia di Denmark
Terdapat 157 orang rakyat Malaysia berada di Denmark yang berdaftar di Kedutaan Malaysia. Tapi mungkin angka itu tak sampai, sebab ada je yang dah balik ke Malaysia, tapi tak bagitahu. Pada majlis makan malam itu, terdapat lebih 70 orang rakyat Malaysia yang hadir. Kebanyakan  adalah pelajar, ada yang bekerja dan ada yang telah berkahwin dengan Mat/Minah Salleh warganegara Denmark. Tetiba macam ramai pulak rakyat Malaysia di Denmark. Tapi banyak muka-muka yang kami tak kenal dan tak pernah bertemu pun. Ada juga yang dah hampir 20 tahun merantau ke sini. 
Cik Puan Isteri dan Saya bergambar dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin

Cik Puan Isteri dan rakan-rakan dalam berita TV1 (sehari sebelumnya  majlis ringkas bersama Menteri Pengajian Tinggi)
Turut menghadiri majlis itu adalah Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Saya dan isteri serta pasangan jiran kami di Denmark berada di meja hadapan iaitu kira-kira hanya 2 langkah dari rostrum tempat TPM memberi ucapan. So, kene la buat2 fokus khusyuk bila mendengar ucapan Tan Sri Muhyidin..hehe. Duduk semeja dengan kami adalah Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi, Sdr Arif dan juga CEO MQA Dato’ Dr Syed Ahmad Hussein (duduk sebelah saya). Ada dua orang bodyguard TPM berdiri dibelakang meja kami, nak makan pun tak tenteram..
Bersama Dato' Dr Syed Ahmad Hussein, Chief Executive Director, Malaysia Qualifications Agency
Antara delegasi dari Malaysia yang turut mengiringi TPM adalah  Prof Dr. Rujhan Mustafa, iaitu Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan IPT, Dato' Dr Syed Ahmad Hussein (CEO of Malaysian Qualifications Agency), Prof. Dato' Dr Hassan Said (President/VC Taylor College) dan juga TNC UiTM Prof Dr Nor Saadah Ismail. Kesian juga tengok semua orang dok sibuk nak 'inteprem' ngan TPM je, padahal delegasi yang lain tu , kira VVIP jugak kalau dalam majlis-majlis lain di Malaysia. 
Gambar kantoi aku & cik puan isteri (baju hijua tua & warna coklat) tengah sibuk melahap kuih kole kacang waktu sesi Q&A dengan TPM dalam berita TV1
Kehadiran TPM mendapat liputan media agak meluas dan mengakibatkan ‘muka-muka tak bersalah’ kami & kawan-kawan di sini menjadi femes secara tak sengaja kerana masuk TV1, TV3, berita harian, NST, Utusan dan juga New Sabah Times…haha

Versi TV3 hanya nampak dahi je..huhu
Lagi sekali muka aku keluar kat TV1. 'Si baju hijau menjadi pelakon tambahan'..haha
Berita dalam Utusan Malaysia. Sekali lagi gambar dahi aku yang glamer je yang ade..LOL

Thursday, October 21

Best ke beraye di Denmark??

Nak kata raya sakan tak juga. Tapi ok je. Selama sebulan syawal, ade je open house pada hujung minggu. So, kira meriah jugak la raya kat sini. Tapi pergi ke setiap rumah, muka sama je yang nampak. Ye la, dah tue tu je orang Melayu yang ade kat sini.

Pendek kata semua juadah raya kat Malaysia, boleh didapati di sini. Dari soto, nasi ayam, rendang, nasi himpit, satay, biskut tat gulung nenas (my pebret), rempeyek dan bermacam-macam lagi.. Haha lemang pun..tapi bukan dari buluh daa..mane ade pokok buluh kat sini. Macam astro..macam-macam ada. Tapi satu je tak de kot..ibubapa..hehe. Tapi rasanye ade satu makanan yang aku kempunan nak makan tahun ni, ketupat pulut daun palas yang dibuat oleh nenek saya. Lemak manis..oh sedapnya..
Pada penghujung bulan syawal iaitu pada 10102010, kami sekali lagi ke rumah F & Kak S. Tapi kali ini bukan untuk beraye, tapi sempena sambutan hari lahir anak mereka yang masuk 10 tahun. Ape yang menarik, bukan saje ade sesi potong kek, buka hadiah tapi ade juga aktiviti sukaneka! Ramai ke kanak-kanak Melayu kat sana?? Soalan yang baik. TQ. Sebenarnya tak ramai. pun Ade la lebih kurang 14 orang. Lantaran itu, diwujudkan kategori dewasa (ibubapa).  Maka riuhlah suasana pada petang itu. Apa yang pasti sakit perut saya menahan gelak tawa. Dah la makan banyak. Lalu, pada malam itu, saya tidur dengan perut yang sakit..adoii.

Beraya di Perantauan

Pening..ya sungguh pening. Sedikit kekalutan telah berlaku. Ada khabar akhir yang mengatakan hari raya tahun ni jatuh pada hari khamis. Tapi ade juga kata hari Jumaat. So, kami yang baru sampai dan masih blur, mengikut je. Dan ditakdirkan hari raya telah jatuh pada hari Jumaat (kesian kat Hari Raya sebab jatuh (^_^)…Padahal hari raya ditentukan dengan melihat anak bulan, tapi kat sini xde orang yang tengok anak bulan..kami ikut je Embassy Malaysia dari Stockhlom bagitahu..maka rayalah kami.

Persiapan raya kami sekeluarga (cehh..macam ramai je, padahal isteri&saya je) cukup ringkas. Di pagi hari raya kami makan rending daging dan nasi himpit..huhu..walaupun nasi himpit yang dimasak isteri mengalami technical error lalu menyebabkan nasi himpit tersebut telah lembik, tapi dengan rela hati saya makan sebab isteri dah masak. Oh..misali sungguh saya!

Tahun ni, mujur kami telah berpakat menyediakan baju raya. Warna yang dipilih adalah warna hijau pucuk daun. Nun jauh di Malaysia warna tersebut juga telah menjadi warna tema raya 2010 kami sekeluarga di kampung..alahai sedih pulak rasenye sebab tak dapat raya bersama.

Di pagi raya kami menaiki bas ke Bandar Lyngby untuk mengambil train ke Bandar Hellerup. Tahun ni, warga Malaysia di Denmark berpakat nak beraya di rumah F & Kak S. Saya yang memakai baju melayu lengkap bersongkok dan bersamping menjadi tarikan di dalam bas dan train. Pelik kot diorang tengok orang lelaki memakai skirt!! Apa nak pelik….ni kan hari raya. Kataku dengan confident (tapi dalam hati je). Padahal pipi dan tebal suku inci menahan malu..hehe

Rumah F & Kak S riuh rendah dengan kedatangan warga Malaysia dan lebih spesifiknya orang melayu kat sini. Ade juga yang kami tak kenal, so dikesempatan inilah sesi berkenalan bermula. Ramai juga rupa orang Melayu kat sini (x la ramai sangat pun). Penuh rumah diserang oleh kami. Macam-macam juadah ade. Maka kekenyangan lah kami. Betul macam kebulur..maklumlah baru habis bulan puasa.

Ehh..rasenye belum cerita lagi pengalaman solat hari raya di Denmark kan?.. Tapi sebenarnya akibat terlambat naik bas (akibat sibuk skype dengan family di Kampung), kami telah lewat untuk tiba ke Bangunan Embassy Indonessia di Hellerup, tempat solat hari raya diadakan. Akibat terlambat kami pendamkan saja niat untuk solat hari raya aidilfitri tahun ni. Tak pe, tahun depan kan ade lagi.. (ape plak hari raya haji kan ade..hehe)

[Next post: Best ke raya kat Denmark??]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...