Showing posts with label WINTER Sesalju Putih. Show all posts
Showing posts with label WINTER Sesalju Putih. Show all posts

Thursday, February 28

Berakhir sudah musim sejuk yang sejuk [Video]

Kalau menonton drama siri cerita Korea Winter Sonata, tampak suasana musim salju sunguh indah dan romantis. Namun, sebenarnya tanggapan tersebut tidak tepat. Terseksa  jiwa raga weh. Manakan tidak, kalau nak keluar beli barang-barang kat kedai tepi rumah pun kena pakai baju berlapis-lapis dan gloves bagai. Kalau tidak, tentu habis kejun jari jemari.
Setelah berminggu-minggu bumi Denmark dibaluti salju putih, kini ketulan ais semakin mencair. Negara  Scandic seperti Denmark memang lumrah dengan musim sejuk yang melampau, namun tidaklah seteruk negara jiran Sweden, Finland dan Norway. Tapi teruk la jugak, kerana cuaca sering dipengaruhi angin sejuk yang bertandang dari Siberia dan juga Rusia.

Alhamdulillah, nampaknya musim sejuk telah pun sampai ke penghujung (kena sedih ke gembira?). Biasanya bulan Mac, secara tak rasminya akan bermula musim spring la plak. Tahun ni, musim sejuk di Copenhagen buleh tahan juga lama dan sejuk memanjang.  Dengan purata suhu sekitar -3 hingga 5°C hari-hari,  sudah cukup  untuk merasai kehidupan seolah di dalam peti ais.
Membeku puding agar-agar menggunakan peti ais outdoor
Kalau dulu (kira-kira 3 tahun yang lalu), memang sangat teruja dengan kehadiran halus-halus salju yang turun ke bumi. Dulu-dulu semasa hari-hari pertama salji turun, dah jadi hobi duduk termenung kat tingkat. Teringat suatu pagi, bangun tidur dan excited giler tengok kat luar tingkap rumput menghijau jadi putih akibat frost. Maklum la orang kampung, mane pernah tengok snow ni. Sekarang ni, bila salji turun, setakat jeling-jeling je. Kalau dulu skripnya berbunyi ”Yahoo, salji dah turun. Boleh gi main sledding”. Sekarang skripnya berubah ”Alamak, salji turun lagi. Bila la nak habis musim winter ni.”

Walaupun, keterujaan sedikit berkurangan, tapi bila berpeluang dan kurang sibuk, sempat la jugak menjadi kanak-kanak ribena bermain-main atas snow dan juga membuat sesi outdoor photography. Al-maklumlah tak tahu bila lagi berpeluang menikmati pemandangan memutih dikala musim sejuk sebegini. Kalau nak harap masuk i-city, kena bayar mahal pulak. Skrang ni main snow, free. Yang asli lagi :)
Pengalaman 3 kali mengharungi musim sejuk di perantauan sungguh menarik untuk dikenang. Musim sejuk memang musim yang sangat unik. Sebab utama adalah kerana apabila salji turun, dalam sekelip mata keadaan sekeliling menjadi putih saujana mata memandang seakan-akan tanah menjadi suci dan cantik untuk dipijak dan juga berguling.
Pemandangan dari beranda rumah
Bagi yang tidak berpeluang dan tiada  pengalaman merasai kehidupan dibumi bersalji sebegini, disertakan video bonus selama 5 ½  min untuk tatapan anda.  Video tersebut dirakam minggu lepas, tatkala penulis DKKC dan Cik Puan Isteri gigih berbasikal meredah snow ke tempat belajar (jarak dari rumah ke school hanya 1.4km biasanya 4min berbasikal, tapi kerna snow turun lebat dan jalan licin, ambil masa 5 ½ min).


P/S: Gambar kat profle kat facebook pun kena tukar ikut peredaran musim..hehe

Wednesday, February 8

Winter Wonderland

Hujung minggu lalu, salji turun dengan lebatnya. Langsung tiada petunjuk dari weather forecast. Tup-tup mencurah-curah turun hingga boleh membenamkan kaki. Snow yang putih gebu dan halus lagi mulus tu begitu mengujakan.Seolah-olah memanggil kami untuk keluar dari kepompong. Cuaca cam gini, berhibernasi je best, tapi apakan daya, kejakunan orang kampung dari Malaya tidak dapat dibendung lagi setelah teruja melihat salji. Apatah lagi, main salji free, tak perlu pergi ke i-city tak pun masuk Snow World kat Genting tu.
View dari beranda rumah. Jalan raya pun dah tak nampak
Pemandangan dari belakang rumah. Dah macam set filem Narnia dah ni..hehe

Bukan setakat kami je yang excited, orang tempatan pun sama je. Semuanya memang menunggu kehadiran si putih salju ni turun sejak awal Disember lagi. Dengan ketebalan salji yang mencukupi, kami pun pergi bermain sledging yang terletak tidak jauh dari rumah. Dah lama benar tersimpan papan dan talam sledging tu. Skills pun nak kena asah semula.

Tuesday, January 24

Ani...Angkat Jemuran, Salji dah turun!

Aisey, mana ada orang jemur kain kat luar, time2 musim sejuk cenggini. Mahu mengeras kain jemuran membeku di ampaian.

Hari ini kawasan rumah kami masih dibaluti salju lagi. Nampaknya salji yang turun sejak dua hari lepas masih belum cair kerna suhu masih di bawah paras beku. Pagi ni je, bangun je, jenguk temperature  kat luar cecah -3.5oC. Patut la sejuk semacam dan liat je nak bangun..hehe.

Tahun lepas salji turun hujung bulan November. Time tu memang la over 'eksaited' sangat. Tapi, tahun ni dah kurang eksiatednya. Apa? salji dah turun. Ok, biar la dia nak turun, turun la ape kisah..
Tapi, Cik Puan Isteri masih lagi eksiated, tak puas lagi main salji tahun lalu, katanya. Tu la, eksen tak mau pakai baju tebal2, kan dah kena demam ni..Huhu

Walaupun salji dah mula turun bertalu-talu, dan juga masih lagi bersuhu negatif, namun masih belum cukup untuk buat Snowman. Salji tebal-tebal baru la best. Hmm...tak sabar naik main sledging di cerun bukit. Memang kagum dengan keindahan ciptaan Allah swt dengan panorama alam yang cepat berubah. Memang best time winter gini. Macam-macam boleh buat. Tapi, tengok la, nanti bila dah muak hari-hari snow je, mula la rindukan cahaya mentari plak. Biasa la tu..

Friday, June 24

Throughout Our Window

Cepat sungguh waktu berlalu. Semalam, dah pun masuk mid summer. Kalau mengikut kalendar musim di eropah, 23 June adalah hari pertengahan musim panas (Soltice). Hari yang mana waktu siang terpanjang pada tahun tersebut.

Dan setiap hari, jenguk tingkap ada je perubahan kat luar. Jom layanz gambar-gambar 4 musim di Denmark melalui ruang tingkap rumah kami. Korang rase musim ape paling cantik? Waktu kaler Hijau? Kuning? Putih? atau Perang?
Summer - June 2011
Spring - Mac 2011
Winter - Jan 2011
Autumn - Nov 2010

> Next post : Photo Story : An Evening at Wheat Field <

Saturday, December 25

Mana Lebih Best...Banjir ke Ribut Salji?

Patutnya tajuk ditukar mana lebih tak best kot..
Masa dulu2, semasa kat Malaysia bila kampung ditimpa banjir, teringin kalau-kalau musim tengkujuh boleh bertukar menjadi musim winter. Tak ke best main salji yang memutih daripada bermain air bah yang kekuningan?
Tapi, bila dah alami sendiri ditimpa salji, lain pulak jadinya. Macam ada juga tak bestnya.
'Banjir' salji di depan rumah kami
Perbezaan
-Bila dilanda banjir, sampan boleh digunakan untuk bergerak. Tapi bila salji dah memenuhi jalan, sangat susah untuk membawa sebarang jenis kenderaan kerana tayar akan tersangkut dan jalan licin.
*Pic from goggle images
-Air boleh surut dalam beberapa jam apabila hujan berhenti (contonya semasa banjir kilat), tapi bila musim salji, ais tak cair2 sebab suhu masih negatif dan salji akan terus menimbun
-Kereta rosak apabila ‘masuk air’. Tapi salji tidak mungkin masuk ke dalam kereta.
Kereta sepupu Mr Bean yang ditimpa salji
-Salji setebal 2 inci sudah mampu menutupkan lapangan terbang, menyebabkan ramai yang stranded di airport akibat flight canceled or delay. Tapi jarang kita dengar lapangan terbang ditutup kerana banjir (sebab biasanya airport dibina di kawasan tinggi)
-Selepas banjir kerja-kerja pembersihan wajib dilakukan. Peralatan dan perkakas hancur musnah. Tapi bila habis musim winter, keadaan pulih seperti sediakala.
Persamaan
Tetapi, apabila difikirnya semula, limpahan air banjir dan salji (apabila dilanda ribut salji) keadaannya boleh dikatakan macam sama sahaja…
-Kereta tersangkut dan tidak boleh bergerak.
*Pic from goggle images
-Pengangkutan awam terganggu. Laluan bas dan keretapi tenggelam.
-Keadaan sejuk dan lembap. Cuaca mendung memanjang. Nak keluar rumah kena bawa payung atau baju hujan dan bila musim salji kena pakai baju tebal2 serta gloves.
-Keadaan menjadi kotor semasa dan selepas banjir. Sampah sarap merata-rata. Bila snow hampir cair, jalan menjadi becak dan tidak cantik dah.
-Seringkali kedengaran kanak-kanak mati lemas di bawa arus air ketika bermain air bah. Jarang dengar orang mati tertimbus salji. Namun di Denmark, tahun lepas direkodkan ada 4 orang mati (homeless) akibat kesejukan.
-Semasa musim banjir di Malaysia, makan ubi rebus dengan teh-o-nipis di rumah sungguh menyelerakan dan semasa ribut salji minum kopi panas pun sudah melegakan.
-Semasa banjir boleh 'main air' dan masa selepas snow turun boleh main snowball, buat snowman, sleding dan bermain skating.
Bermain skating di atas padang rumput di taman belakang rumah

Wednesday, December 22

Senyuman Dari Penunggu Putih

Senja berlabuh. Malam pun bertandang. Keadaan menjadi sunyi dan sepi. Perut yang berkeroncong memaksa saya ke dapur untuk mencari sesuatu untuk dimakan. Sambil mengunyah biskut saya menjenguk ke luar tingkap.

"Alamak, ape bende tu?" Kataku terkejut. Kelihatan sosok-sosok tubuh berwarna putih, bermata merah memandang tepat ke arahku. Penunggu putih itu, langsung tidak bergerak dan seolah ketawa dan tersenyum. Kesejukan malam mengundang perasaan cuak dan seram yang tidak terhingga.
Snowman rambut terjurai, bermata merah. Tak ke seram tu
Rupanya-rupanya ianya adalah snowman yang berdiri teguh dibelakang rumah kami yang dibuat tempoh hari…aisey lupa pulak.

Pernahkah anda membuat snowman?
Sebagai seorang yang telah berjaya dalam cubaan pertama membuat snowman, saya berasa bertanggungjawab dan penuh dedikasi ingin menunjukkan cara-cara membuat snowman bagi panduan semua.

Cara-caranya adalah seperti berikut;
1   Cari kawasan yang sesuai. Misalnya jauh dari gangguan budak2 nakal dan terlindung agar snowman tidak di’pukul’ ribut. (Kami memilih belakang rumah agar dapat dilihat dari tingkap dapur)
2)    Cari pembantu ataupun seorang model yang cantik lagi menawan agar kerja-kerja membuat snowman dapat dibuat dengan pantas dan bersemangat
3)    Pastikan jumlah salji yang mencukupi. Salji separas kaki sudah memadai (Pesanan: Semangkuk ais tidak cukup untuk membuat snowman dan hanya layak dimakan sebagai Ais Kacang)
4)    Sediakan peralatan selengkapnya seperti sebatang carrot (untuk hidung), sarung tangan (bagi mengelakkan jari kesejukan), gunting (bagi memotong ranting pokok & memotong carrot) serta cebuk/scope bagi memudahkan mengorek salji.
5)    Gaulkan bahan di atas hingga sebati..Ehh bukan.
Tompokkan atau kumpulkan salji sebanyak mungkin dan padatkan agar tidak mudah runtuh. Gunakakan cebuk/scope bila jika perlu
6)  Bagi memudahkan proses membuat kepala snowman, kami menekapkan sejumlah salji ke dalam besen kecil dan satukan kedua-dua belah agar berbentuk bulat. Seterusnya, cucuk sebatang ranting sebagai tulang leher
7)    Hiaskan snowman anda dengan daya kreativiti tersendiri
8)    Jika anda ingin memasukkan gambar snowman anda dalam blog, kemaskan snowman anda dengan meratakan kawasan sekeliling agar lebih cantik di dalam gambar..

Snowman Melayu...bersongkok (Nak pakaikan sampin tapi tak muat)
9)    Dan bagi menampakkan semangat patriotik dan Malaysia boleh, anda boleh letakkan Jalur Gemilang agar snowman anda lebih terbilang

10) Langkah terakhir iaitu yang paling penting, ambil gambar secara bergaya untuk diposkan ke kampung halaman di Tanahair…

Ini pulak snowwoman
 

Monday, December 13

Panorama Alam Sebelum dan Selepas Part 1

Penjejakan kaki ke bumi Denmark pada September yang lepas membolehkan saya menjadi saksi kepada perubahan musim di zon beriklim sederhana dengan deria pancaindera sendiri.

Dari musim Summer sepanas 22oC apabila bahang mentari menyinar ke musim Autumn dikala dedauan berguguran (dengan suhu purata 12-16oC) hinggalah kini, tiba musim Winter yang menggigilkan keseluruhan  206 tulang apabila suhu mencecah -5oC. 

Berikut diuploadkan beberapa keping gambar buat tatapan Bonda di Tanahair dan para pengunjung belog ini. Sungguh indah ciptaan Ilahi dan betapa nikmatnya kehidupan bagi mereka yang tahu bersyukur..

1)    Apartment kami, Grønnevej 54, St. Th.
Pn Alafiza dihadapan apartment, semasa musim panas
Pemandangan pada musim luruh
Pemandangan tatkala salju turun
2)    Dari tingkap depan rumah kami
Kanak-kanak tadika menunggu bas semasa musim panas
Seorang pekerja mengecat tanda laluan pejalan kaki di awal musim luruh
Pemandangan apabila ditimpa salju
3)    Pemandangan dari tingkap bilik tidur
Di awal musim luruh tatkala mentari masih menyinar

Salji yang memutih membaluti dahan-dahan pokok
4)    Pemandangan belakang rumah dari tingkap dapur
Semasa penghujung musim panas

Pemandangan indah apabila salji turun
5)    Pemandang di Virum Torv sebelah apartment
Gambar glamer yang masuk Berita Harian dalam ruangan Salam Perantau
Sapa nak duduk atas bangku? Kalu duduk pun nanti xxxx pun membeku..
6)    Taman belakang rumah kami
Bersenam gaya poyo di penghujung summer
Sapa yang nak bersenam sejuk2 begini?
7)    Penjaga taman belakang rumah kami
Gambar terpaksa di’sensored’kan agar dapat ditatap oleh kanak2 bawah 18thn
Tak sejuk ke dia ni, sejuk2 tak pakai baju?



Monday, December 6

Eksperimen Membuat Ais Free


Apa yang boleh buat bila kesejukan melanda? Hehe..Apabila suhu mencapai dibawah paras beku, molekul air akan berubah dari cecair kepada pepejal. Proses ini berlaku pada takat beku.    
Lantaran itu, satu ekseperimen telah saya jalankan dengan jayanya pada hari Ahad (suhu sekitar -2.5oC) yang lepas. Berikut hasil ujikaji tersebut;


Tajuk Ujikaji   : Pembekuan Ais Dengan Keadah Semulajadi Bagi Menyediakan Teh-O Ais
Tajuk secara saintifik : Natural Edible Ice Production from H2O
Bahan dan Radas:     1) 140cm3  Air bersih
                             2) Cawan IKEA
                             3) Sekotak Ice Tea Jenama Persika
Metadologi     :
1)    Sediakan segelas air
Letakkan gelas di beranda rumah

2)     Letakkan di luar rumah (misalnya beranda)
3)    Tunggu air membeku
4)    Setelah ais terhasil, basuh dan keluaran dari cawan dan hidangkan dengan teh.
Sebongkah ais terbentuk berbentuk gelas
Perbincangan  :
1)    Satu ciri luar biasa air yang dibekukan pada tekanan satu atmosfera adalah dalam bentuk pepejal ia adalah 8% kurang tumpat berbanding air cair. Air satu-satunya bahan bukan metalik yang diketahui mengembang apabila ia beku.
Nampak tak ais mengembang?

2)     Cuaca semasa musim sejuk (winter) adalah sesuai bagi membuat ais secara semula jadi. Ianya dapat mengurangkan 115 watts daripada tenaga yang digunakan oleh peti ais iaitu bersamaan 10kwH/year.

Ralat            
Cawan yang tidak ditutup boleh tercemar walaupun bakteria tidak dapat membiak pada suhu negatif
Kesimpulan  
Eksperimen telah dijalankan dengan jayanya. Segelas teh-o ais menggunakan ais yang dihasilkan secara semulajadi mengambil masa 7 ½ jam untuk dihasilkan dan hanya mengambil masa 4 ½ min untuk diminum.
Amaran        :  
Segelas air yang diletakkan di beranda rumah di Malaysia 99% pasti tidak akan terbentuk menjadi ais...walaupun di musim tengkujuh!!
Tadaa'. Dah siap dan selamat untuk diminum

…Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H. Apa azam baru? Tunaikan azam 1431H??

…Next post : Kegunaan Ais

Tuesday, November 30

5 Perkara yang Best Pasal Winter

Kekadang bila salji dah turun, macam best plak. Baru boleh lihat dengar mata sendiri bentuk flake salji. Orang yang tak pernah tengok salji, mesti la excited. Tapi pelik jugak kenapa orang puteh pun macam over excited jugak...entahla.


Dengar-dengar satu eropah dilanda salji yang teruk. Tapi, dalam banyak yang tak best pasal winter, ada juga yang best sebenarnya. Antaranya..

1)   Boleh ‘buang’ Refrigerator
Tak perlu simpan makanan atau sayur-sayur dalam peti sebab kat luar pun dah sejuk. Confirm 100% lalat, semut dan lipas tak de.

2)   Boleh main show ball, Sledin & buat snow man
Sebenarnya tak de la best sangat. Sejuk jari-jemari bila menggengam ais. Tapi, sebab tak de kat Malaysia dan sebelum ni tengok kat TV je. So, jadi la macam best. Dan juga boleh main slide di cerun bukit. Tapi kat Denmark tak de pusak bermain ski yang glamer sebab kawasan kat sini semuanya tanah rata tak macam Norway atau Sweden. Oleh sebab itu, kalu ada cerun sikit pun ada orang bermain 'sledin' (turun bukit pakai pelapik). Hari tu diorang (otai Malaysia kat sini) cakap pelapik tu boleh pakai talam je..Rupe-rupenya ada dijual kat kedai hadiah kanak-kanak. Tapi mahal!

Slide dengan menggunakan pelapik khas
'Pusat bermain ski' di Fureso (tasik) belakang rumah kiteorang.
3)   Ambil Gambar bergaya
Boleh posing atau photo shoot gambar atas snow bagi menjeleskan adik beradik di kampung sebab kat Malaysia tak de..Kui2 (jatuh tahap riak nih)

Peace dalam kesejukan
4)   Pemandangan cantik
Snow yang memutih dan halus nampak bersih dan cantik.

'Lautan' salji di atas ladang gandum
5)   Bagus untuk orang yang suka tidur
Boleh tido lama-lama sebab malam yang panjang (lebih kurang 16 jam) dan waktu siang yang pendek.

Dan satu lagi yang paling best adalah dapat membuat ABC atau ais kepal sepuas-puasnya. Tapi, tak sanggup nak makan. Dah la sejuk, kalo makan bertambah la sejuk..huhu


….Sesiapa yang nak makan ABC free, jom la datang sini.. 

…Next post : Jalan-jalan cari pasal di Legoland

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...