Thursday, January 6

Saya Mr Housewife, Saya OK

Hmm.. hari ini hari khamis = hari mengemas rumah.
Sebenarnya menjadi Mr Housewife tak de la ‘seteruk’ mana yang digambarkan.OK je.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi oleh misteri kebosanan.. Rajin-rajinkan diri mengemas rumah walaupun seteruk mana tahap kemalasan anda..



….Kalau la boleh mengemas sambil menari macam si Daniel Cloud Campos, best jugak ni..

Segmen 2011: Mereka berkata



Alamak..aku telah menjebakkan diriku dalam dunia contest-mengontest alam maya buat pertama kalinya…huhu. Berdebar pun ade. Lapar pun ade. Ape yang nak tulih nih?

Ok. Ginila ceriteranya kot. 
 
Velkommen til min blog. Tak for at se denne hjemmeside. Dette er 'Dari Kelate Ke Copenhagen' blog. Nyde at læse den!

MEREKA KATA….hidup ini indah. Namun semua tak seindah yang digambarkan.

Adakala gerimis mengundang, awan mega berarak songsang, lantas mencurah titisan hujan. Membasahi segenap jalan.

Tatkala mencari sinar kebahagian, ada cabaran dan dugaan menghalang. Ombak lautan tidak sentiasa tenang. Kadang-kadang ada taufan. Perlu membuat segala persediaan. Semoga sentiasa dalam ketenangan.  Itulah lumrah alam.

Seringkali perut pun berdendang, lantas ku mencari kudapan. Perut pun kenyang. Hati pun senang. Cuba beradu contest Bro Ben, macam ni boleh ke menang???!
 

Tuesday, January 4

Rakyat Malaysia Menang Bola di Luar Negara

Kalau Skuad Harimau Malaya memenangi AFF Suzuki Cup, maka saya pula memenangi Bola Dong Energy Cup :)
Minggu lepas, tiba-tiba seorang pekerja Dong Energy (kalau kat Malaysia macam TNB) datang hantar hadiah. Apsal hantar hadiah? Rupanya saya telah menang!! Menang contest online anjuran Dong Energy Denmark bagi contest ‘Save Energy Tips’.
Soalannya simple je, baca tips pasal bagaimana pemain bola terkenal di Denmark, Lars Jacobsen (pemain West Ham United) jimatkan elektrik dan jawab 3 soalan mudah secara online. Huhu..tau-tau dah menang tempat ke-3. Bangga sekejap menjadi rakyat Malaysia yang menang bola di peringkat antarabangsa..kui2 
Hadiahnya adalah sebiji bola original 'Dong Cup' dan juga permainan minda ala monopoly iaitu 'climate game'. Game minda ini berkonsep 'rethink tomorrow' ini adalah keluaran WWF, tapi yang tak bestnya dalam bahasa Danish. Kesemuanya adalah bernilai 480 kr (RM 262). Jadilah labu...

.…tgh kumpul $$$ nak gi tengok game UEFA Champions League FC Copenhagen vs Chelsea.
Dapat jumpa tengok Frank Lampard & Didier Drogba secara live best jugak ni. Tiket berharga 595kr (RM 326). Hmm berbaloi ke tak…korang rase, kene pergi ke tak??

Monday, January 3

Magic In The Air

Tahun 2010 menutupkan tirainya dengan rela dan memberi laluan kepada Tahun 2011 yang bertandang sambil tersenyum. Sebagai penutup 2010, warga Melayu di Denmark bersepakat untuk berkunjung ke rumah Pak Herman di Nivå iaitu dengan jarak hanya 24 min memandu kereta Ford dari Virum.

Sementara menunggu jam mencecah ke angka 12, kami sempat mengadakan beberapa aktiviti seperti makan-makan, cabutan hadiah misteri serta sesi beradu suara dan juga sesi makan lagi. Kami juga sempat bermain Bingo sehingga jam 2.30am sebelum tiba di rumah jam 4.24am.

Namun, upacara membakar duit bunga api telah diganggu oleh sang angin yang menderu sekuatnya sebagai tanda protes masih sayangkan Tahun 2010. Berikut panorama bunga api yang sempat dicaptured oleh Photographer Pn Alafiza dengan kamera cap ayam kami (Nikon CoolpiX S4000). 
Fast & Furious
Simpul hati
Anak belut berenang
Rambut Kerinting
Dot-dot
Pokok
Obor-obor
...next post : Rakyat Malaysia Menang Bola

Ceritera Kembara Perantau


Sempena tahun baru 2011,  blog ‘dari KELate ke cOPENhagen’ bertukar header. Dengan tag line yang baru iaitu ‘Ceritera Kembara Perantau’. Kalau dulu hanya menggunakan header yang cikai dan biasa dengan gambar rumah tradisinal Danes (gambar terbaik hari pertama tiba di Denmark), kini saya memilih untuk membuat header yang lebih simple.
Header blog ini untuk 2010
Namun, saya masih menggunakan tajuk blog yang sama iaitu ‘Dari Kelate Ke Copenhagen’ kerana lebih sinonim dengan blog ini. Apepun, teruskan menjenguk dan menjengah ke blog ini. Semoga blog ini dapat menceriakan hari anda!!

Friday, December 31

Escape to Oslo, Norway Part 2

Setiba di Jetty DSDS Seaways di Vippetangen, kami terus ke Oslo Central Station (ejaannya Oslo Sentralstasjon) untuk mendapatkan tiket public transport di Trafikanten (macam kanten sekolah pulak bunyinya). Kami memilih untuk mendapatkan 24hr pass yang berharga Norwegian Kroner, 70 NOK (RM 37). Tiket tersebut membolehkan kami menaiki Bus, Train dan Tram secara bebas. Tapi kami hanya memilih untuk  menaiki Tram kerana ianya lebih unik dan tiada di Copenhagen mahupun di Malaysia.
Di hadapan Sentralstasjon dan Trafikanten
Tempat pertama yang dituju adalah Vigeland Sculpture Park (Vigelandsparken). Entahlah kenapa taman ini begitu popular di kalangan pelancong. Yang ada hanyalah ukiran statue dan arca yang pelbagai rupa dan gaya diperbuat dari batu granit, gangsa dan juga besi.
Tetapi apa yang menarik ukiran statue dan arca hasil pereka Gustav Vigeland ini begitu teliti dan seolah-olah betul hinggakan kedut-kedut di dahi, tulang belakang, dagu dan bahagian ‘tut’ di ukir dengan jelas. Terdapat lebih 200 patung di situ. Semua tanpa baju, ada statue berbentuk bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan juga nenek serta atuk tua.
Vigeland Sculpture Park
Seterusnya kami menuju ke Nobel Peace Centre. Maklumlan tak dapat belum dapat Nobel Peace Awards, dapat ke tempat centre dia pun jadi la. Berikutan, penerima terbaru Noble Peace Awards iaitu Liu Xiabo (China) baru saja menerima anugerah tersebut pada 10 December yang lepas, kebanyakan pameran bertumpu pada beliau yang bertajuk ‘ I Have No Enemies’. Akibat kesuntukan masa, kami hanya berlegar di ruang lobby dan tidak berkesempatan melihat keseluruhan pameran.
Slaughter menjadi Laughter di Nobel Peace Centre
Menjelang tengahari, kami ke Narvisen Skating Rink iaitu tempat bermain Ice Skating terbuka di tengah-tengah kota Oslo. Memang ramai orang di sana. Tanpa berlengah kami menyewa kasut skating dengan harga 45NOK (RM 23) untuk sejam. Rupa-rupanya bermain ice skating tidak lah semudah yang digambarkan. Rasa kagum melihat kanak-kanak kecil bermain skating tanpa terjatuh. Namun, saya juga ‘hebat’ kerana langsung tidak terjatuh…akibat hanya berpegang mengelilingi pagar selama sejam..haha
Bermain Ice Skating di Narvisen Skating Rink
Penat berskating, kami menuju ke Akershus Castle and Fortress. Asalnya untuk melihat upacara rasmi harian iaitu ‘changing guard’ pada jam 1.30pm. Namun, akibat tersesat kami setelah terlepas upacara tersebut dan hanya melihat-lihat sekitar istana lama tersebut dan terus berjalan meneroka kota Oslo.
Berposing depan Oslo Hard Rock Cafe, The Mini Bottle Gallery, Olso National  Theater dan Akerhus Castle
Seterusnya, kami sempat berjalan-jalan di Karl Johans Gate, laluan pejalan kaki yang menempatkan pelbagai kedai yang popular bagi kaki shopping. Seperti biasa, tidak sah kalau tak tidak mendapatkan souvenirs sebagai tanda dah pernah  sampai Oslo.
Shopping 'tingkap' di Karl Johans Gate
Sebelum pulang, kami sempat mendekati Oslo Opera House yang popular dengan rekabentuknya yang unik. Kami ‘perlu’ bergambar bagi melengkap koleksi melawat Opera House yang popular di dunia. Copenhagen dan Oslo dah. Nanti kena pergi tengok Opera House yang lain pulak seperti di Sydney, Milan dan juga Frankurt.
The Norwegian National Opera House
Kami kembali ke Jetty jam 4.20pm iaitu sebelum hanya 10 minit sebelum kaunter onboard checking ditutup. Lawatan sambil menghabiskan duit selama 6 jam 30 min ke Oslo berbaloi-baloi walaupun sekejap dan mungkin akan kembali bagi untuk bermain luncur salji di Oslo Winter Park Tryvann (Tryvann Vinterpark) 2011 kot…?

....Terima kasih kpd Orang Oslo yang memberi sedikit info sblm kami tiba ke sana.

Wednesday, December 29

Escape to Oslo, Norway Part 1

 
Escape to Oslo, Norway. Ya, penulis DKKC telah berjaya ‘melarikan’ diri dari Copenhagen ke Oslo tanpa menggunakan passport! Disebabkan passport  masih lagi dipegang US Embassy bagi proses Visa Applicationpenulis DKKC dengan slumber je menyelinap masuk ke negara orang dan ‘escape’ ke Norway dengan belayar menaiki Cruise Crown of Scandanavia.
Dengan rela memberi kebenaran untuk Asst. Captain , Mr Carl Jansen bergambar dengan penulis DKKC 
Planning untuk ke London sempena ‘hari bertinju’ terpaksa digantikan dengan pelayaran ke Norway nyata tidak sia-sia. Dengan bayaran ₤138 (RM 656), kami telah menempah pelayaran 3 hari 2 malam dengan perkhidmatan DFDS Seaways. Keterujaan kali pertama belayar cruise sukar dibendung lagi dan terasa seolah berada dalam filem Hindustan Mann dan juga Titanic.
Cabin kami bernombor 6600 terletak di Deck (Tingkat) 6. Dengan keluasan se 6 kangkang kera dengan dua katil secara bertingkat (salah satu adalah sofabed) dan ianya adalah lebih kecil dari bilik Tune Hotels! Namun, agak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan dan terdapat indoor bathroom dan meja solek kecil dan sudah memadai untuk didiami untuk 2 orang.
Cabin 6600 dan bekalan makanan yang dibawa
Kapal sepanjang 170.6 meter itu terdiri dari 12 tingkat (deck) dengan kapasiti 1940 penumpang. Terdapat mini shopping mall, 4 buah restaurant, 2 cafés, 5 bar, 2 kelab malam/disco, bilik conference dan audiotorium serta panggung wayang (cinema at sea). Bagi kanak-kanak terdapat Youth@Club (Computer Games), Kiddz’ Club (bahagian permainan kanak-kanak). Pendek kata, ianya seakan bandar kecil bergerak ditengah lautan.
Selain itu terdapat juga Adventure Club yang menempatkan 3 kolam renang kecil dengan bilik sauna dan jakuzi Kami sempat menonton wayang ‘Knight & Day’ dengan sarikata bahasa Swedish di dalam salah satu panggung wayang dengan kapasiti hanya untuk 25 orang. Setelah 16 ½ jam belayar meredah lautan Kattegat Bay dengan kelajuan 20 knots, akhirnya Kapal Crown of Scandinavia selamat tiba di Jetty Vippetangen, Oslo jam 9.30 pagi. 
Lautan yang hampir membeku
Next Post: A Day Trip @ Oslo, Norway

Sunday, December 26

Cooking With Love

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?
Kehidupan diperantauan ‘memaksa’ kami (isteri saya) memasak. Tiada lagi masakan air tangan ibunda, tiada lagi kedai mamak, tiada lagi restauran seafood dan tiada lagi KFC, PizzaHut, Mc Donald (Mc Donald ade, tapi tak berani makan sebab tak de label halal) dan juga pasar malam.

Yang ada hanyalah perut yang perlu dijamu, bahan ramuan masakan dan juga resepi yang dicedup dari internet. Kaedah cuba dan rasa menjadi slogan. Dari masakan ala kampung, oriental hinggalah western dicuba. Tidak terkecuali kuih-muih, kek dan juga roti serta keropok lekor.
Bolognese Spageti, Supreme Square Pizza, Beef Steak ala Manhattan, Onion Lord of the Ring
Karipap Kasih Sayang, Tat bertelur & Kuih Ketayap menjadi kupiah
Cheese Cake Rindu Merindu & Caramel Cake Sinar Kasih
Roti sosej, Mamaroti & Banana Muffin
Kerabu daging manja, Nasi kurang lemak, keropok lekor melekor
Inilah faktor utama yang menjadikan otot perut saya yang dulunya mempunyai 6 bahagian yang berketul2, sekarang telah menjadi seketul dan ditambah dengan gegelungan tayar bersaiz tayar basikal mengelilingi pinggang. Faktor cuaca yang kedinginan turut menggandakan kemalasan saya untuk keluar berjogging.

Saya telah dilantik secara rasmi sebagai QC controller. Kalau sedap baru boleh la hantar ke jiran tetangga…tapi kalau tak sedap, sayalah yang terpaksa rela menghabiskan kesemuanya…
QC Controller memeriksa tahap temperature cramble pie apple

Orang kata, kalau dimasak dengan penuh kasih sayang, maka bertambah enak dan sedaplah makanan tersebut? Betul ke?
Tat bergulung, Tat bunga matahari & Butter cookies cinta sayang

...tengah cari tarikh yang sesuai nak buat ‘kelas masakan’ membuat tart telur bersama jiran tetangga


Next post : Escape to Oslo

Saturday, December 25

Mana Lebih Best...Banjir ke Ribut Salji?

Patutnya tajuk ditukar mana lebih tak best kot..
Masa dulu2, semasa kat Malaysia bila kampung ditimpa banjir, teringin kalau-kalau musim tengkujuh boleh bertukar menjadi musim winter. Tak ke best main salji yang memutih daripada bermain air bah yang kekuningan?
Tapi, bila dah alami sendiri ditimpa salji, lain pulak jadinya. Macam ada juga tak bestnya.
'Banjir' salji di depan rumah kami
Perbezaan
-Bila dilanda banjir, sampan boleh digunakan untuk bergerak. Tapi bila salji dah memenuhi jalan, sangat susah untuk membawa sebarang jenis kenderaan kerana tayar akan tersangkut dan jalan licin.
*Pic from goggle images
-Air boleh surut dalam beberapa jam apabila hujan berhenti (contonya semasa banjir kilat), tapi bila musim salji, ais tak cair2 sebab suhu masih negatif dan salji akan terus menimbun
-Kereta rosak apabila ‘masuk air’. Tapi salji tidak mungkin masuk ke dalam kereta.
Kereta sepupu Mr Bean yang ditimpa salji
-Salji setebal 2 inci sudah mampu menutupkan lapangan terbang, menyebabkan ramai yang stranded di airport akibat flight canceled or delay. Tapi jarang kita dengar lapangan terbang ditutup kerana banjir (sebab biasanya airport dibina di kawasan tinggi)
-Selepas banjir kerja-kerja pembersihan wajib dilakukan. Peralatan dan perkakas hancur musnah. Tapi bila habis musim winter, keadaan pulih seperti sediakala.
Persamaan
Tetapi, apabila difikirnya semula, limpahan air banjir dan salji (apabila dilanda ribut salji) keadaannya boleh dikatakan macam sama sahaja…
-Kereta tersangkut dan tidak boleh bergerak.
*Pic from goggle images
-Pengangkutan awam terganggu. Laluan bas dan keretapi tenggelam.
-Keadaan sejuk dan lembap. Cuaca mendung memanjang. Nak keluar rumah kena bawa payung atau baju hujan dan bila musim salji kena pakai baju tebal2 serta gloves.
-Keadaan menjadi kotor semasa dan selepas banjir. Sampah sarap merata-rata. Bila snow hampir cair, jalan menjadi becak dan tidak cantik dah.
-Seringkali kedengaran kanak-kanak mati lemas di bawa arus air ketika bermain air bah. Jarang dengar orang mati tertimbus salji. Namun di Denmark, tahun lepas direkodkan ada 4 orang mati (homeless) akibat kesejukan.
-Semasa musim banjir di Malaysia, makan ubi rebus dengan teh-o-nipis di rumah sungguh menyelerakan dan semasa ribut salji minum kopi panas pun sudah melegakan.
-Semasa banjir boleh 'main air' dan masa selepas snow turun boleh main snowball, buat snowman, sleding dan bermain skating.
Bermain skating di atas padang rumput di taman belakang rumah

Thursday, December 23

Membeli Mercun Secara Halal

Membeli mercun secara halal (legal)? Di mana? Rupa-rupanya di negara scandanivian serta Denmark, mercun serta bunga api adalah halal dan bebas untuk dijual dan dibeli.

Apa yang menarik, iklan-iklan pelbagai jenama bunga api (atau kembang api dalam bahasa Indonesia) mula ditayangkan di kaca tv (kaca? bukan ke skrang dah pakai plasma/LCD, tak pun LED?), secara meluas. Malah iklan juga bebas dipaparkan akhbar. Iklan-iklan jualan ‘murah’ bunga api turut di hantar dari rumah ke rumah…oleh posmen!
Wah..bestnya kalau Malaysia buat macam ni. Pertama, pak cik atau brother yang menyeludup di Sungai Golok tidak perlu cuak dan takut2 apabila ‘beroperasi’ secara illegal. Kanak2 dan remaja tidak perlu takut2 bermain mercun di malam raya terutamanya apabila kereta polis peronda lalu. Ketiga boleh buat pilihan dan boleh beli dengan tanpa rasa bersalah dan boleh buat perbandingan harga antara kedai. Dan last kali, pekerja kastam tak perlu susah-suah membanteras penyeludupan mercun malahan mungkin kerajaan boleh dapat hasil daripada cukai.

Namun sebenarnya ada juga keburukannya. Selainnya tidak digalakkan oleh agama Islam kerana membazir adalah sifat syaitan, ia juga boleh mengundang kecelakaan dan bencana. Dan juga menganggu jemaah sedang solat terawih apabila bermain di bulan puasa. Tapi ada juga kebaikannya. Pertama, boleh digunakan untuk menghalau binatang buas dan tupai bagi pekebun (tanpa perlu guna senjata api) dan kedua adalah dapat…hmmn rasenya satu je faedahnya kot.

Di sini, kebanyakan mercun dan bunga api boleh didapati di kedai hardware, kedai peralatan automobil & basikal serta kedai bunga. Tapi ada syaratnya. Bunga api hanya boleh dibeli oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bermain hanya pada malam Krismas dan juga semasa sambutan tahun baru je. Jualan untuk tahun baru adalah pada 19-23 Disember tapi hanya di kedai-kedai tertentu dan untuk tahun baru mulai 27 Disember. Yang bagusnya orang kat sini, begitu patuh dan bermain hanya pada waktu yang dibenarkan sahaja.
Macam-macam ade. Ada jenis roket, bateri, fountain, luntefri (bunga api kecil dipegang ditangan) dan juga untuk junior (mercun bawang etc). Namun harganya boleh tahan. Bunga api jenis bateri yang popular di sini berharga 99kr (selepas diskaun) iaitu RM 54 sekotak kecil.

Oleh kerana telah menerima undangan ‘Majlis Makan-makan mengeratkan silaturahim sempena tahun baru’ (nama secara baik..). Ataupun Glitzz & Glamerous New Year Party’ (nama secara moden) yang memerlukan kami membawa bunga api masing2, maka saya dan jiran Mr S telah ke kedai bunga Bo Grønt Høsterkøb di Hørshoms untuk membeli belah bunga api..
Kedai bunga di Hørshoms yang menjual bunga api
Namun, apabila sampai di sana dan sedang sibuk memilih bunga api yang di display, seorang jurujual datang dan berkata “I’m sorry. It’s not allowed to sell this today. We only can sell this starting on next Monday.” Dibeleknya iklan yang dibawa semula, rupanya memang ada dinyatakan “Fryværkerisalget starter mandag den 27. Dec kl. 9.00”. 
Itulah akibatnya tidak belajar bahasa Danish (tengah belajar, tapi baru modul 1..huhu).
Maka pulanglah kami dengan hampa..

…tengok mercun roket, teringat pula bermain game ‘Rocket Mania’ dikala tension belajar, zaman muda-muda semasa di U.

...Next post: Mane lebih best..banjir ke ribut salji?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...