Tuesday, November 16

‘Berhari Raya’ di US Embassy, Copenhagen

Hari ini adalah hari raya. Dan, kami terpaksa beraya di US Embassy di Copenhagen kerana terdapat appointment visa application interview. Kami tiba jam 8.40am. Appointment telah ditetapkan pada pukul 9.30am. Bagi sesiapa yang pernah ke USA, anda mesti telah merasai pengalaman ‘indah’ semasa memohon visa di US Embassy sebegini.
 Antara soalan yang perlu diisi secara online. 'Are you a member of a terrorsit organization?'









































































Sebelum interview, kami perlu mengisi borang dan membuat permohonan secara online, membayar kos permohonan sebanyak 840kr (RM 480) per person dan juga menyediakan sampul surat beralamat sendiri dengan setem bernilai 84.50kr (RM 48).
Pelbagai dokumen perlu disediakan
Kawalan keselamatan di sana sangat ketat. Sebelum masuk ke dalam bangunan kedutaan semua perlu membuat pemeriksaan (scan satu badan) seperti di Airport. Kamera, Telefon, USB pendrive tidak boleh di bawa. Kalau dah terbawa, perlu ditinggalkan di bilik keselamatan. Dashyat betul.



Setelah itu, kami perlu check in (form & document verification). Kemudian, nama akan dipanggil bagi biometric identification (scan jari). Semua 10 jari tangan perlu di scan. Inilah pengalaman pertama seumur hidup- scan semua jari. (Nasib baik jari kaki tak nak..huhu).

Kemudiaan, nama akan di panggil ke window untuk sesi interview (istilah kaunter tidak digunakan kerana kaunter adalah bercermin sepenuhnya dan hanya terdapat ruang kecil  diatas kaunter bagi menyerahkan dokumen.

Interview Scenario
Embassy Officer : I’m find in the form that you are intend to accompany your wife to US. Are you going to visit Arizona?

Saya                : Yes. I’ll accompany her to a conference there. Beside I would like to take this opportunity to visit place of interest there.

Embassy Officer : Good. How long you will be staying there?

Saya                : Six days.

Embassy Officer : Ok. This should be straight forward. Unfortunately, we can’t process your visa application right now. We need to make a few clearances on documentation first. But, your wife’s application should be process in a couple of days. (Then, he give me a letter stated the status of application).

Saya                : Should be Ok. But, how long it will take to process?

Embassy Officer : It does depend. We will try to complete before early January 2011. Ok. Have a nice day!
Saya                 : Thank you very much.

Surat makluman yang diterima yang mengecewakan
Sesi interview hanya mengambil masa 4 minit. Keseluruhan proses mengambil masa 3 jam.

Moral of the story : Permohonan visa saya mengalami sedikit kesulitan kerana mempunyai nama MUHAMMAD dan BIN. Entahlah diaorang ni, rupa macam ni ada gaya seorang terrorist ke? Kalau nama Osman Bin Ludin mungkin sampai bila-bila pun tak boleh ke US. Kot Nama Talib pun nanti dicop sebagai Taliban..

... dah tanya pak guard nak bergambar depan Embassy walaupun dah tahu jawapannya...Dia kata "It is not possible!"

…harap-harap dapat la visa tu ontime..kalau tidak, tak  dapat la nak gi US..huhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...