Tuesday, November 30

5 Perkara yang Best Pasal Winter

Kekadang bila salji dah turun, macam best plak. Baru boleh lihat dengar mata sendiri bentuk flake salji. Orang yang tak pernah tengok salji, mesti la excited. Tapi pelik jugak kenapa orang puteh pun macam over excited jugak...entahla.


Dengar-dengar satu eropah dilanda salji yang teruk. Tapi, dalam banyak yang tak best pasal winter, ada juga yang best sebenarnya. Antaranya..

1)   Boleh ‘buang’ Refrigerator
Tak perlu simpan makanan atau sayur-sayur dalam peti sebab kat luar pun dah sejuk. Confirm 100% lalat, semut dan lipas tak de.

2)   Boleh main show ball, Sledin & buat snow man
Sebenarnya tak de la best sangat. Sejuk jari-jemari bila menggengam ais. Tapi, sebab tak de kat Malaysia dan sebelum ni tengok kat TV je. So, jadi la macam best. Dan juga boleh main slide di cerun bukit. Tapi kat Denmark tak de pusak bermain ski yang glamer sebab kawasan kat sini semuanya tanah rata tak macam Norway atau Sweden. Oleh sebab itu, kalu ada cerun sikit pun ada orang bermain 'sledin' (turun bukit pakai pelapik). Hari tu diorang (otai Malaysia kat sini) cakap pelapik tu boleh pakai talam je..Rupe-rupenya ada dijual kat kedai hadiah kanak-kanak. Tapi mahal!

Slide dengan menggunakan pelapik khas
'Pusat bermain ski' di Fureso (tasik) belakang rumah kiteorang.
3)   Ambil Gambar bergaya
Boleh posing atau photo shoot gambar atas snow bagi menjeleskan adik beradik di kampung sebab kat Malaysia tak de..Kui2 (jatuh tahap riak nih)

Peace dalam kesejukan
4)   Pemandangan cantik
Snow yang memutih dan halus nampak bersih dan cantik.

'Lautan' salji di atas ladang gandum
5)   Bagus untuk orang yang suka tidur
Boleh tido lama-lama sebab malam yang panjang (lebih kurang 16 jam) dan waktu siang yang pendek.

Dan satu lagi yang paling best adalah dapat membuat ABC atau ais kepal sepuas-puasnya. Tapi, tak sanggup nak makan. Dah la sejuk, kalo makan bertambah la sejuk..huhu


….Sesiapa yang nak makan ABC free, jom la datang sini.. 

…Next post : Jalan-jalan cari pasal di Legoland

Thursday, November 25

5 Perkara yang Tak Best Pasal Winter

Pemandangan di belakang rumah dari tingkap dapur
Dulu-dulu masa kecik (masa kecik belum tahu apa2, masa muda remaja sebenarnya) selalu teringin nak pergi oversea bila tengok gambar student2 kat surat khabar  ruangan Salam Perantau. Sebab dapat main ais, pastu boleh buat ABC dan makan sepuas-puasnya.

Tetapi, bila tiba di negara yang mengalami 4 musim dan apabila dilanda snow, lain pula jadinya. Hakikat sebenarnya, tidaklah seindah yang digambarkan..

1)   Jalan raya dan laluan pejalan kaki menjadi becak dan kotor.
Apabila snow sedang berehat (tak turun), dan ais mula mencair maka permukaan jalan utama akan nampak kotor kerana ais bercampur dengan debu dan tanah  serta warna ais yang putih pun bertukar menjadi warna perang/coklat.

Persimpangan di Virum Torv. Ni belum kotor tahap melampau..
 2)   Terpaksa memakai pakaian tebal
Baju perlu dipakai 2/3 lapis, jaket kalis air pun perlu ada, stoking tebal, sarung tangan dan juga mafla (skaf/kain lilit kepala). Bende ini menyusahkan dan melambatkan proses apabila tiba-tiba perlu membeli bawang di kedai

My winter collection. Jacket water proof with 50% diskaun. Jaket biasa import dari Malaysia. 2 gloves, 2 mafler (skaf/kain lilit leher), 1 snow cap , 1 water proof shoe & 1 high cut boot
3)   Waktu siang yang pendek. 
Pukul 3.30 petang dah gelap (malam) menyebabkan aktivti berjalan-jalan dan sightseeing terbatas.
Pukul 4.10 ptg. Dah masuk waktu maghrib ni
 4)   Bibir jadi kering dan badan gatal-gatal.
Terpaksa memakai lip balm, krim pada muka dan losyen pada lengan dan peha…(dah jadik macam pompuan sebab memakai lip balm..huhu)

5)   Senang untuk terjatuh akibat permukaan jalan yang berais.
Jalan raya menjadi licin dan merbahaya kepada kereta dan penunggang basikal. Hari pertama snow, dah kecoh satu Denmark bas tergelincir dan melanggar pokok kat Jutland. Di Copenhagen Post,   dilaporkan telah ada 2 orang Danes meninggal kemalangan kereta akibat tergelincir. Kat sini kalau ada kemalangan kereta dah kecoh sekampung, tak seperti kat Malaysia dah macam perkara biasa.
Kunci basikal pun membeku sampai tak boleh buka
Lain-lain yang tak best adalah peningkatan pada bil elektrik kerana terpaksa membuka heater 24/7 bagi memanaskan rumah. Dan makanan yang dihidang juga cepat sejuk. So, kena selalu guna microwave untuk panaskan.

…Walaupun tak berapa best, tapi sebenarnya best jugak sebab pengalaman sebegini tak dapat diperolehi di tanah air.

...Next post : 5 Perkara yang Best pasal Winter

Wednesday, November 24

Membuat Keropok Gote Cara Orang Puteh

Keropok Lekor/ Kepok Gote

Biasa la, bila jauh di perantauan, baru nak mengidam nak makan macam-macam. Benda yang susah nak jumpalah yang biasanya nak dimakan. Contohnya Mee Maggi, tempoyak, budu, dan juga keropok lekor.

Lantaran itu, eksperimen untuk membuat keropok lekor atau kepok gote dalam bahasa kelate telah dilaksanakan oleh isteri saya dengan jayanya.

Seperti biasa, resepi diperolehi dari blog Chef Hanieliza. Akibat kesukaran mendapatkan ikan selayang, ikan makeral telah menjadi mangsa. Ramuannya seperti berikut;

Bahan
500 gm ikan selayang/parang
500 gm tepung sagu
garam secukupnya

Cara membuat 
1. Ambil/kikiskan isi ikan, buangkan tulangnya.
2. Tumbuk atau blend halus isi ikan sambil dibubuh garam.
3. Kemudian bubuh tepung sagu secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal
4. Ambil sebuku kecil adunan ini dan kepalkan.
5. Gelekkan supaya menjadi seperti sebatang kayu.
6. Jerang air hingga mendidih dan masukkan keropok ke dalamnya. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
7. Biar sejuk sebelum dipotong pendek dan digoreng di dalam minyak panas.
Tadaa'. Dah pun disiap
Antara hasil keropok lekor tersebut telah dipamer dan dihidangkan di acara jamuan Aidil Adha bermenu masakan kelate seperti yang diceritakan oleh di blog sdr Azizul

Fakta:
Kos membuat keropok lekor di Denmark...
6 keping filet ikan makeral (3 ekor) berharga 100kr (RM 56.20)
Dapat menghasilkan 10 batang keropok lekor (RM5.60 per btg)
1 batang keropok dipotong sebanyak 5 keping
Menjadikan sekeping keropok lekor ‘gaya orang puteh’ berharga RM 1.10 sekeping.
Fuhh..lebih mahal dari keropok lekor yang dijual di Suria KLCC..

Sebenarnya tak da orang puteh dalam pembikinan keropok lekor tersebut. Hanya terdapat seorang Melayu dari Pasir Puteh, Kelantan..kui2.

...Lepas ni nak mengidam ape plak heh? Kuih 'Cek Mek' plak kot..hehe
....Next post : Jacket 'Wolverine' RM14?

Monday, November 22

Belajar ABC hingga terbelit lidah


Hari ini dengan rasminya saya mengikuti kelas bahasa Danish. ‘Pengajian’ yang mungkin mengambil masa lebih dari setahun itu diadakan 3 kali kelas dalam seminggu. Saya belajar di Sprogcenter (Pusat Bahasa) di Hellerup iaitu 35 min perjalanan dengan menaiki keretapi laju dan berjalan kaki.

Pusat bahasa tersebut agak moden. Lengkap dengan bilik komputer, library dan kaunselor. Boleh juga belajar secara E-leaning dan sistem SMS akan digunakan kelak apabila terdapat pertukaran tempat belajr ke kelas yang berlainan. Sebelum diterima masuk, pelajar harus melepasi satu sesi temuduga dengan kaunselor. 
Blok bangunan tempat belajar
Yang paling menarik adalah semuanya adalah secara percuma. Mulai Julai 2010 tiada lagi yuran 500kr (RM 285) dikenakan. Semua ditanggung oleh Kommune (Majlis Daerah) masing. Kami dibekalkan dengan buku teks dan juga CD. Blok bangunan tempat belajar berkongsi dengan pusat fisioterapi, klinik uralogi dan Foreigner Centre. Dan saya telah sesat mencari kelas ke tingkat 3 yang merupakan wad pesakit..huhu.

Kelas kami terdiri 19 orang pelajar. 5 lelaki & 14 perempuan dan dari 15 buah negara yang berbeza. Ada dari Egypt, India (3 orang), England (3 orang), Itali, Korea Selatan, Thailand, Nepal, Afrika Selatan, Hungary, Costa Rica, China, Perancis, Rusia, New Zealand dan juga seorang dari Malaysia (saya!!) Guru kelas kami adalah seorang perempuan awal 40-an bernama Karin Peterson. 
Sprogcenter mempunyai pelajar antarabangsa dari 100 buah negara
Kebanyakan mereka adalah well educated. Ada isteri diplomat, kahwin dengan orang tempatan, isteri kepada doktor yang berpindah di Denmark dan juga student.

Hari pertama di pusat bahasa saya dah pun dapat kawan baru. Yang pertama bernama Kanetnat. Berasal dari Chaing Mai, Thailand dan dibesarkan di Australia. Mempunyai diploma dalam Architecture. Ingin sambung pengajian di Denmark, tetapi kursus yang ditawarkan hanya mengajar dalam bahasa Danish. 

Kawan baru yang kedua adalah Corrado, dari Itali. Datang ke Denmark menemani girlfriend yang belajar di Denmark Technical University. Sekarang bekerja sambilan di restoran masakan Itali. Kedua-dua mereka sekarang menetap di Lyngby, berhampiran dengan rumah saya.

Aktiviti kelas pertama meliputi sesi berkenalan, basic dialog seperti nama, asal dan nationality. 45 minit yang pertama kami belajar sebutan ABC. Terbelit lidah juga dibuatnya. Tambahan pula terdapat 3 hurut yang tidak pernah digunakan sebelum ini iaitu ‘ø’, ‘æ’ dan ‘å’. Teknik sebutan dengan mulut terbuka luas, terbuka separa dan anak tekak pun ada. Bingit satu kelas apabila semua orang praktis ABC.

Berikut hasil karangan saya setelah tamat kelas yang pertama…
Goddag. Jeg hedder Imran. Jeg kommer fra Malaysia. Jeg nationalitet Malaysiske . Jeg modersmål Malaysik. Men, jeg sprog taler Englesk.Tak.

(Hello. Nama saya Imran. Saya berasal dari Malaysia. Saya berbangsa Malaysia. Bahasa ibunda saya adalah Bahasa Melayu. Tapi saya juga boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih.)


....lepas ni boleh la post entry dalam bahasa Danish..

Friday, November 19

Alamak, Salji dah turun

Pagi ini, kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari jiran kami seawal 7.15am. Kata Abg D, “Dah lama bangun? Cuba tengok kat tingkap.” Cuaca kat luar masih gelap. Dalam samar-samar saya nampak benda putih tengah turun. “Alamak, salji dah turun.” Kataku.
Pemandangan di luar rumah di beranda
Perasaaan saya dan isteri bercampur baur. Macam gembira dan excited. Tapi seram pun ada (takut tak tahan sejuk). Hmm…budak kampung tak pernah bermain salji memang la begitu. Nak buat macam mane kat Malaysia dulu hanya bermain salji buatan di Genting je.



Sebenarnya, terkejut juga. Tahun lepas salji turun pertengahan Disember. Seminggu dua sebelum Christmans. Common la tu. Tapi, weather forecast sehari dua lepas tak de inform ape-ape. Just nyatakan hari ini hanya ‘partly cloudy with some rain’ dan min temperature pun 1oC je. Tapi, tup-tup salji dah turun. Lebat pulak tu.


…tak sabar nak tunggu ais tinggi menebal. Nanti dapat main snow ball dan buat snowman..yahoo!!

Thursday, November 18

Air Carlsberg yang ‘Halal’ Diminum

Ya, di Denmark terdapat air dari jenama Carlsberg yang selamat dan ‘halal’ di minum kerana ianya hanyalah Air Mineral yang dikeluarkan oleh Carslberg.
Air mineral jenama Kildevæld (Spring Water) keluaran Carlsberg

Air Mineral ini sangat mudah diperolehi di kedai-kedai kecil, kiosk, seven eleven dan juga pasaraya. Harganya adalah 8.50kr (RM 4.80) bagi 0.6 liter. Sumber air ini diperolehi dari bawah tanah di Jutland iaitu di utara Denmark. Video cara-cara air ini diprosess boleh dilihat di link ini (tapi dalam bahasa Danish).

Terdapat juga air mineral berperisa lemon dan peach
Walaupun ianya selamat dan ‘halal’ diminum, namun saya tidak pernah membelinya kerana harga yang agak mahal. Lagipun, kalau terdesak air paip di sini adalah selamat diminum tanpa perlu di masak. Dan walaupun ianya hanyalah air mineral, saya tidak mahu mendapat ‘share’ kerana menyokong produk dari Carlsberg..huhu.
 
Oleh itu, jika anda terlihat ada orang muslim yang meminum air dari botol jenama Carlberg di Denmark, anda perlu ingat ianya mungkin hanyalah air mineral...


Tahukah anda bahawa penilaian pH (0-14) bagi asid dan alkali pertama kali dihasilkan dan digunakan di Makmal Carlsberg pada tahun 1909?  Dan air yang biasa (air suling) mempunyai pH 7, jus lemon pH 2.4 dan beer pH 4.5.

Tuesday, November 16

‘Berhari Raya’ di US Embassy, Copenhagen

Hari ini adalah hari raya. Dan, kami terpaksa beraya di US Embassy di Copenhagen kerana terdapat appointment visa application interview. Kami tiba jam 8.40am. Appointment telah ditetapkan pada pukul 9.30am. Bagi sesiapa yang pernah ke USA, anda mesti telah merasai pengalaman ‘indah’ semasa memohon visa di US Embassy sebegini.
 Antara soalan yang perlu diisi secara online. 'Are you a member of a terrorsit organization?'









































































Sebelum interview, kami perlu mengisi borang dan membuat permohonan secara online, membayar kos permohonan sebanyak 840kr (RM 480) per person dan juga menyediakan sampul surat beralamat sendiri dengan setem bernilai 84.50kr (RM 48).
Pelbagai dokumen perlu disediakan
Kawalan keselamatan di sana sangat ketat. Sebelum masuk ke dalam bangunan kedutaan semua perlu membuat pemeriksaan (scan satu badan) seperti di Airport. Kamera, Telefon, USB pendrive tidak boleh di bawa. Kalau dah terbawa, perlu ditinggalkan di bilik keselamatan. Dashyat betul.



Setelah itu, kami perlu check in (form & document verification). Kemudian, nama akan dipanggil bagi biometric identification (scan jari). Semua 10 jari tangan perlu di scan. Inilah pengalaman pertama seumur hidup- scan semua jari. (Nasib baik jari kaki tak nak..huhu).

Kemudiaan, nama akan di panggil ke window untuk sesi interview (istilah kaunter tidak digunakan kerana kaunter adalah bercermin sepenuhnya dan hanya terdapat ruang kecil  diatas kaunter bagi menyerahkan dokumen.

Interview Scenario
Embassy Officer : I’m find in the form that you are intend to accompany your wife to US. Are you going to visit Arizona?

Saya                : Yes. I’ll accompany her to a conference there. Beside I would like to take this opportunity to visit place of interest there.

Embassy Officer : Good. How long you will be staying there?

Saya                : Six days.

Embassy Officer : Ok. This should be straight forward. Unfortunately, we can’t process your visa application right now. We need to make a few clearances on documentation first. But, your wife’s application should be process in a couple of days. (Then, he give me a letter stated the status of application).

Saya                : Should be Ok. But, how long it will take to process?

Embassy Officer : It does depend. We will try to complete before early January 2011. Ok. Have a nice day!
Saya                 : Thank you very much.

Surat makluman yang diterima yang mengecewakan
Sesi interview hanya mengambil masa 4 minit. Keseluruhan proses mengambil masa 3 jam.

Moral of the story : Permohonan visa saya mengalami sedikit kesulitan kerana mempunyai nama MUHAMMAD dan BIN. Entahlah diaorang ni, rupa macam ni ada gaya seorang terrorist ke? Kalau nama Osman Bin Ludin mungkin sampai bila-bila pun tak boleh ke US. Kot Nama Talib pun nanti dicop sebagai Taliban..

... dah tanya pak guard nak bergambar depan Embassy walaupun dah tahu jawapannya...Dia kata "It is not possible!"

…harap-harap dapat la visa tu ontime..kalau tidak, tak  dapat la nak gi US..huhu

Monday, November 15

Hari Raya Aidil Adha 16 Nov 2010?

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Setelah 2 bulan, 10 hari sejak 1 Syawal yang lalu, kini tibalah 10 Zulhijjah bagi merayakan Hari Raya Aidiladha. Namun, perasaaan untuk merayakan Hari Raya Aidiladha pada tahun 2010 adalah kosong. Tiada apa-apa. Seperti hari-hari biasa.

Namun, apa yang menarik, pada kali ini kami akan merayakan Aidiladha sehari lebih awal dari Malaysia. Ya, the Islamic Faith Society di Denmark telah mengumumkan tarikh bagi hari Eid-Ul Adha (Feast of Sacrifice) di sini ialah pada 16 Nov 2010 (Selasa).
Perutusan dari The Islamic Faith Society Denmark
Kat sini tak de perutusan dari YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Engku Ngah..huhu
Namun seperti perantau yang lain, tiada sambutan meriah diadakan. Tiada lembu untuk disembelih. Tiada juadah hari raya di pagi raya. Komuniti Melayu di sini hanya ada mengadakan Majlis Hari Raya Aidiladha pada 20 November 2010 (Sabtu) di rumah Abg K & Kak Z di Virumvej. Itu pun 4 hari lagi..huhu

Nasib badan. Jauh di perantauan. Namapun raya korban. Maka, korban je la.


…esok kami ada appointment di US Embassy, Copenhagen untuk membuat visa ke US. Nampaknya kami akan ‘solat raya’ kat sana..

…Next post : Pengalaman ke US Embassy yang…

Sunday, November 14

An Evening at Sophieholm

Saje je nak tunjuk jam tangan Tissot ni..  :)
Sophienholm. Another story more a like Taj Mahal famous building in India. It was built on1867 as a country retreat for Johan Theodor Holmskiold. The house named after his wife Sophie Holmskiold.
The Sophienholm situated in a park overlooking the Bagsværd Lake. We went there a few weeks back when the scenery still magnificent with Autumn landscape. It is really beautiful.
 
Firstly, we went to a free exhibition in the Cobra Room. A small exhibition  on painting drawn by local famous painter take place there.

 
Then, we when around the park in the middle of nowhere in woods for our photo shoot session.

Saturday, November 13

Hari Ini Dalam Sejarah


Hari ini genaplah 100 hari saya membelog (ejaan blog gaya Hanis Zalikha-confirm cikgu BM marah nanti). Saya start blogging mulai 3 September 2010  yang lepas iaitu pada hari ulang kelahiran dan juga hari kedua tiba di Denmark. 

Kalau nak diikutkan berdasarkan sejarah sebenar, blog ini adalah blog yang kedua diterbitkan. Pada penghujung 2007, saya ada membuka satu blog ‘The Engineer who engineered the World’ kononnya ingin sharing perihal kerja di bidang kejuruteraan. Namun, blog tersebut tinggal dalam kenangan akibat kekangan masa yang terlampau pada masa tersebut. Dan kini, muncullah  blog baru bertajuk ‘Dari Kelate Ke Copenhagen’.

Kenapa tajuk itu diberikan sedemikian rupa? Pada awalnya ada beberapa nama blog yang termasuk dalam final list. Antaranya Blog antara Benua, From Copenhagen with Love, Perantau yang Merantau, Kisah Budak Kampung dan Kembara Duniawi.
Namun, setelah membuat sedikit penyelidikan, nama tajuk blog ‘dari kelate ke copenhagen’ lah yang paling sinonim untuk blog ini. Perkataan Kelantan digantikan dengan Kelate agar lebih ‘catchy’ dan menarik. Pada asalnya ingin menggunakan ‘From Kelate to København’ (iaitu ejaan Copenhagen dalam bahasa Danish) namun dirasakan kurang sesuai pula. Kata orang ada apa dengan nama? Entahla..

Saya memblog bukan kerna nama mahupun wang ringgit (padahal ada juga Nuffang tu). Jauh sekali mengejar popularity ataupun ‘eksen’ sebab berada di oversea. Blog ini sekadar wadah menceritakan sedikit sebanyak masam-manis kehidupan di Perantauan. Diwarnai dengan info-info dan gambar seantero Denmark bagi tatapan adik-beradik, saudara-mara, orang kampung, kengkawan dan seluruh rakyat Malaysia walau dimanajua anda berada serta kepada sesiapa yang sudi menjenguk blog ini.

Sejak blogging ini jugalah saya expose dengan dunia blogger. Perkataan blogwalking, SEO, Ping, Shoutmix, unique visitors, edit html dan widget yang dulu asing, kini menjadi tidak pelik lagi. Kata orang, kalau nak tarik blogger lain, kenalah selalu blogwalking. Tapi, bunyinya macam desperate pulak. Tapi, tak kenal maka tak cinta kan?

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada para pengunjung dan juga blogwalker yang sudi menjengah ke blog ini. Atau mungkin anda sebenarnya tersesat dari carian Uncle Yahoo atau Pak Cik Google. Semoga blog ini dapat menceriakan hari anda. Selamat meneruskan bacaan..

Thursday, November 11

Orang Denmark suka Patung Bogel?

Statue paling glamour kat Denmark 'the Little Mermaid'
Memang, di mana-mana apabila berada di Denmark anda akan terlihat pelbagai jenis rupa patung (statue) yang menghiasi tengah bulatan, di taman, tepi jalan raya dan juga kawasan bandar.
Statue Ibu & Anak di Frederiksdalsvej, taman depan rumah kami

Perempuan tak berbaju di Byagervej, Taman di belakang rumah kami
Entah mengapa mereka suka statue tanpa pakaian pun saya tak tahu. Mungkin dengan mempamerkan sedemikian nilai seni mungkin lebih tinggi. Tapi, sebagai seorang Muslim kekadang saya pun tumpang malu apabila ternampak statue sebegitu rupa kerana kebanyakan statue tersebut adalah tanpa baju. Walaupun ianya hanyalah patung semata-mata, mungkin boleh tergugat iman..huhu

Statue di tepi jalan di bandar Copenhagen
Di tengah bulatan di pekan Høje Tastrup


Ukiran seekor Memerang yang 'bogel' di tepi tasik Lyngby

Tuesday, November 9

Dah pukul 11.54am. Jom Solat Zuhur


Jam menunjukkan 11.54 pagi. Sekarang tibe la waktu zuhur bagi kawawasan kami di Lyngby, Denmark. Sebenarnye, pening juga dengan perubahan cuaca sekarang ni. Mane taknye, kalau jam 4.15 petang, dah masuk waktu maghrib. Kekadang confius juga, ni nak solat Asar ke Maghrib.

Menjelang musim winter ini, perubahan cuaca kian ketara. Waktu siang makin pendek. Maksudnya kalau ada yang nak puasa sunat atau puasa ganti untungla sket. Pukul 4 lebih dah boleh buka puasa. Tapi masalahnye, bila cuaca sejuk begini, perut selalu je lapar la plak.

Monday, November 8

Hunting Without Prey

7 Nov 2010. 10:15am. Temperature 5oC.
It is about time to witness another Danish tradition especially at Dyrehaven (the Deer park), Klampenborg. The Hubertus hunt is a yearly event for people as well as horses. In the local newspapers about 40,000 Danes are expected to witness the events. But, I don’t think so. May be just around 15,000.  
This annual event known as Hubertus Hunt where "hunters"/riders are hunting the "foxes"/lead riders jumping over obstacles of different kinds. Riders in red jackets follow an 8 km route containing 35 obstacles as fences and also water grave.
The hunt involves some 115 local horseback hunters, clad in white breeches and red jacket. But, there is no fox or deer involved in the hunt... As too many people around, I think all the deer was run away. But, we managed to see a few of them in the woods.
Although my wife and I get wet and muddy, we have a lot of fun to see a lot of people and dragging our feet through the thick piles of fallen autumn leaves as we made our way in the woods...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...