Tuesday, November 2

Sebiji Rambutan di Denmark RM 1.60?

Rambutan, Manggis, Buah Mata Kucing, Durian dan Jantung Pisang pun ada dijual
Ya, memang benar. Harga sepaket kecil buah Rambutan di Denmark adalah 35kr (RM 20) Dengan hanya berisi 12 biji, maka sebiji adalah RM 1.60. Fuhh, kejam betul. Kalau kutahu, akan kumakan sepuas-puasnya buah rambutan di keliling rumah kat kampung sebelum datang ke mari.
Petai, kacang botol, kunyit hidup, ketiak jagung pun ada
Begitu la mahalnya kos barang-barang di sini. Tapi, kalau nak berkira-kira sebelum makan, maka kelaparan la kami. Walaupun jauh diperantauan, kebanyakan barang-barang dapur boleh dicari disini. Di Central Market iaitu bersebelahan dengan Central Station Copenhagen, terdapat beberapa kedai yang menjual barang keperluan dari Asia. Terdapat juga daging halal dijual disini. 
Thai Bazar. Nampak tu berkampit-kampit beras siam. Berapa la harganya
Kabul Market. Antara kedai yang macam-macam ade!
Pendek kata semua ada di sini dari kicap, ikan kering, perencah tom yam, bihun, petai, manggis, daun pisang semua ada. Dalam kesibukan mencari barang-barang, sempat juga mataku scan barang dari Malaysia. Antara barang-barang buatan Malaysia yang dijumpai. 

1) Jem kaya Cap Kipas Udang dari  Johor Bahru

2) Bawang Goreng dari Bukit Mertajam
3) Jelly Buah Nangka dari Klang

Ikan Haruan pun ade. Berapa ringgit la sekor ni
              Tengok tu macam-macam ade. Budu tak de plak











8 comments:

  1. jgn hairan tgk org terkaya thailand just ada bisnes psl agro je. sbb buah2 kt siam smo utk export luar. klu harga kt luar mcm ni, no wonder mmg kaya sgt2 dia tu

    ReplyDelete
  2. wah mahal ye barangan kita disana.. jadi hargailah apa yang ada disini kan..

    ReplyDelete
  3. biasalah...kalau barang2 dr sana bawa masuk Malaysia pun..akan mahal juga kan..? :)

    cuma kereta Malaysia je...kalau jual di luar negara harganya lebih murah dr dalam Malaysia..huhu.. :)


    jom ke APA KATA HATI pulak :)

    ReplyDelete
  4. giler ahh..baik bli tepi jalan setangkai rm2..ahhaha

    ReplyDelete
  5. dah barang2 tu sume naik kapal terbang... mahallah :)

    ReplyDelete
  6. salam... nak tanye cikit.. huhu..maaf la kalau soalan ni nampak x berapa cerdik. hihihi...

    kalu smua barang diaorg ni mahal.. memang rakyat dia kene keluarkan duit banyak ke nak beli keperluan harian?

    ke kerana nilai matawang dia tinggi dan nilai matawang kita rendah,pasal 2 harga smua barang dia jadi mahal?

    kalu bagi rakyat diaorang,memang barang2 smua 2 dh murah dah kot....kan?
    ke saya yang salah faham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit dorg lebih rendah dari malaysia, tapi gaji dorang sgt2la mahal.

      Delete
  7. wakakaak...nak budu lak..tngk belacan...tempoyak ada x...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...