Monday, November 8

Neigbourhood Potluck Party


Neighbourhood Potluck Party? Bunyinya macam best jer. Tapi kalau nak ikutkan goggle translate 'potluck' bermaksud ‘apa-apa yang ada’. Maksudnya, majlis makan-makan bawa bekal sendiri dan makan saje apa yang ada. Nama je neighbourhood, tapi komuniti Melayu kat sini tak de la berjiran semuanya jauh-jauh. Sejam perjalanan baru la sampai.
'Orang-orang Kampung' di Denmark'
Majlis makan-makan kali ini diadakan di Høje Tastrup. Tema yang dipilih adalah makanan dari kampung masing-masing. Semua orang dah rindu masakan kampung rupenye. Maka riuh-rendahlah pada hari itu dari tengahari sampai ke malam.
Kerabu daging, Terung sambal, Ikan patin masak tempoyak dan Ayam masak unkep
Udang masak petai, jantung pisang celor, ikan sepat goreng & sambal
Kerabu daging, terung sambal, ikan patin masak tempoyak, ayam masak ungkep, ikan kering sepat goring, sambal tumis udang petai, sambal belacan johor, sambal belacan johor, singgang daging, sambal goring tempe, ulam jantung pisang celor dan ikan paiz (betul ke ejaan ni?). Desertnya adalah ubi rebus & popia bakar. Tak ke sakan tu..
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut bermain uno!   
Gelagat orang kampung dengan piramid cawan


 
...mengidam nak makan mee rebus haji wahid..kat mane ade dijual di Denmark? huhu
 
>> Next post : Hunting Without Prey

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...