Saturday, November 13

Hari Ini Dalam Sejarah


Hari ini genaplah 100 hari saya membelog (ejaan blog gaya Hanis Zalikha-confirm cikgu BM marah nanti). Saya start blogging mulai 3 September 2010  yang lepas iaitu pada hari ulang kelahiran dan juga hari kedua tiba di Denmark. 

Kalau nak diikutkan berdasarkan sejarah sebenar, blog ini adalah blog yang kedua diterbitkan. Pada penghujung 2007, saya ada membuka satu blog ‘The Engineer who engineered the World’ kononnya ingin sharing perihal kerja di bidang kejuruteraan. Namun, blog tersebut tinggal dalam kenangan akibat kekangan masa yang terlampau pada masa tersebut. Dan kini, muncullah  blog baru bertajuk ‘Dari Kelate Ke Copenhagen’.

Kenapa tajuk itu diberikan sedemikian rupa? Pada awalnya ada beberapa nama blog yang termasuk dalam final list. Antaranya Blog antara Benua, From Copenhagen with Love, Perantau yang Merantau, Kisah Budak Kampung dan Kembara Duniawi.
Namun, setelah membuat sedikit penyelidikan, nama tajuk blog ‘dari kelate ke copenhagen’ lah yang paling sinonim untuk blog ini. Perkataan Kelantan digantikan dengan Kelate agar lebih ‘catchy’ dan menarik. Pada asalnya ingin menggunakan ‘From Kelate to København’ (iaitu ejaan Copenhagen dalam bahasa Danish) namun dirasakan kurang sesuai pula. Kata orang ada apa dengan nama? Entahla..

Saya memblog bukan kerna nama mahupun wang ringgit (padahal ada juga Nuffang tu). Jauh sekali mengejar popularity ataupun ‘eksen’ sebab berada di oversea. Blog ini sekadar wadah menceritakan sedikit sebanyak masam-manis kehidupan di Perantauan. Diwarnai dengan info-info dan gambar seantero Denmark bagi tatapan adik-beradik, saudara-mara, orang kampung, kengkawan dan seluruh rakyat Malaysia walau dimanajua anda berada serta kepada sesiapa yang sudi menjenguk blog ini.

Sejak blogging ini jugalah saya expose dengan dunia blogger. Perkataan blogwalking, SEO, Ping, Shoutmix, unique visitors, edit html dan widget yang dulu asing, kini menjadi tidak pelik lagi. Kata orang, kalau nak tarik blogger lain, kenalah selalu blogwalking. Tapi, bunyinya macam desperate pulak. Tapi, tak kenal maka tak cinta kan?

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada para pengunjung dan juga blogwalker yang sudi menjengah ke blog ini. Atau mungkin anda sebenarnya tersesat dari carian Uncle Yahoo atau Pak Cik Google. Semoga blog ini dapat menceriakan hari anda. Selamat meneruskan bacaan..

1 comment:

  1. blogging byk faedahnya...tahniah kpd bro imran utk hari yg ke-100

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...