Showing posts with label Sinar Suria SUMMER. Show all posts
Showing posts with label Sinar Suria SUMMER. Show all posts

Thursday, August 4

Spontaneous Thursday: Mat Bunga?

'Mat Bunga' menyunting bunga lavender. Maklum lasusah nak jumpa lavender yang hidup kat Malaysia


Wanita dan bunga memang sinonim. Lebih-lebih lagi kalau seseorang itu mempunyai nama ala2 kebungaan, macam Melur, Dahlia dan juga Ros. Begitu juga dengan nama lain seperti Kesuma, Puspa, Sari. Tapi, bagaimana pula dengan lelaki ? Ada kaitan ke? Rasanya tak begitu sinonim kot. Mungkin sebab tu tak de tak ramai lelaki yang bernama kebungaan. Kalau adapun mungkin bunga Ros. Contohnya Roslan, Rosman dan Rosfarizal..
 
Walaupun, nama penulis DKKC langsung tiada kaitan dengan sebarang jenis bunga, namun minat terhadap jenis tumbuhan yang mengeluarkan bungaan memang tidak boleh disangkal. Lebih-lebih lagi, membelek bunga pelik-pelik yang tumbuh meliar di Denmark ni.  Hmm..suka-suka jugak, tapi tidaklah sampai ke tahap menjadi mat bunga... 

Tuesday, July 5

Kita Bakor BBQ Summer 2011

Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya sinar mentari muncul di tengahari. Alhamdulillah, rancangan untuk mengadakan BBQ Summer 2011 dapat diteruskan jua walau terpaksa mengubah lokasi.
Membina khemah macam puzzle dan akhirnya give up..Aii..kata semua pelajar engineering???
Aktiviti BBQ untuk musim Summer kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar Post Grads dari UTM. Dan lebih menarik lagi kerana ianya dibiayai oleh Kelab UMNO Scandinavia. Manakala lokasi ditaja oleh Mr Shamsudin dan Pn Maisara di halaman kebun indah perkarangan apartment mereka.
Dah namanya Malaysian Food, sebab tu ada bendera Malaysia atas meja!
8 Kg daging biri-biri disediakan. Ada juga satay, ayam pangang, jagung, sosej dan bermacam lagi. Memang cukup untuk memboroikan perut yang sedia boroi ini.
Faktor penyumbang kepada 'pemboroian' perut
Tiada aktiviti khas dirancang kerna BBQ kali ini tidak lebih bertujuan untuk beramah mesra antara sesama komuniti pelajar di Denmark dan juga pelajar post grads yang sedang mengikuti 3 minggu DTU-UTM Summer Course.
Musical Chair orang dewasa, kanak-kanak menjadi penonton je sebab tak cukup ahli
Lagipun memang dah lama tak berpiknik diluar kerana kekangan cuaca yang sentiasa dingin menggigilkan rongga tulang. Maka sekali sekala membuat aktiviti makan-makan outdoors seronok juga disamping menikmati cuaca indah di musim panas (walaupun hari tu hujan la plak).
Komuniti keluarga pelajar di Denmark dan Pelajar Post Grads dari UTM bergambar bersama wakil Kelab UMNO Scandic dan Mr Hans Jørgen Lundqvist 
Terima kasih kepada Kelab UMNO Scandic (KUS) dan mereka-mereka yang terlibat dalam aktiviti bakor-membakor kali ini. Kalau ada rezeki, nanti kita bakor lagi!

Monday, June 27

Manisnya Strawberry Ini

Memandangkan pokok-pokok strawberry yang ditanam di tepi beranda masih lagi tahap muda remaja, kami dan jiran tetangga Virum berpakat pergi ke ladang strawberry untuk memetik strawberry yang telah pun ditanam oleh orang lain J. Lokasi yang di pilih adalah Jordbær Garden di Smørum (Jordbær=Strawberry in Danish).

Smørum  terletak sejauh 20km dari kediaman kami. Walaupun agak dekat, namun ketiadaan kereta sendiri memaksa kami menaiki keretapi S-Tog, menukar bas 2 kali dan berjalan sejauh 1.7km merentasi ladang gandum. 

Kami tiba jam 12.10 tengahari. Tetapi, kerana matahari malu-malu nak keluar di balik awan, menjadikan suhu 19oC adalah nyaman lagi selesa tatkala di hembus bayu dingin dari hujung ladang.  Kalau kat Malaysia, tak de maknanya tengahari buta dok kat kebun..

Tiada bayaran dikenakan. Tapi kena bawa bekas atau bakul sendiri (akan ditimbang). Untuk masuk ke ladang dan ‘merasa’ strawberry adalah percuma. Hampir setengah kilo jugak la strawberry yang ‘dirasa’. Tapi di sini semuanya base on trust. Tapi, agak-gak la.. jangan dok melahap di kebun orang sampai kenyang..pastu balik dengan bakul kosong je. Memang jenis tak de sivik namanya tu..   

Ladang tu tak de la sebersih mana. Pokok-pokok rumput bersepah dicelah pohon strawberry. Tapi mak aii, strawberry lebat serta gila. Dan tatkala orang tengah sibuk-sibuk dengan penularan e-coli kat Europe ni, kami slamber je ngap strawberry tanpa dibasuh.

Setelah penat merangkak dicelah pohon strawberry dan usai menjamu selera dipinggir ladang, kami bertolak pulang dan menimbang hasil pertanian segera yang dibuat. Saya dan Cik Puan Isteri yang pada awalnya hanya bercadang memetik se-tupperware, akhirnya terpaksa akur dengan dorongan nafsu menjadikan jumlah tupperware adalah 2. 

Jumlah timbangan adalah 1.6kg dan dikenakan bayaran 50kr (RM29). Berbaloi kerna buah yang dipetik adalah teramat segar dari ladang dan juga manis. Ya, memang manis strawberry ini, tapi tidaklah semanis kurma!
Home made pie strawberry!

Korang suka makan strawberry???
>Next post : From Helsingør to Helsingborg <

Friday, June 24

Throughout Our Window

Cepat sungguh waktu berlalu. Semalam, dah pun masuk mid summer. Kalau mengikut kalendar musim di eropah, 23 June adalah hari pertengahan musim panas (Soltice). Hari yang mana waktu siang terpanjang pada tahun tersebut.

Dan setiap hari, jenguk tingkap ada je perubahan kat luar. Jom layanz gambar-gambar 4 musim di Denmark melalui ruang tingkap rumah kami. Korang rase musim ape paling cantik? Waktu kaler Hijau? Kuning? Putih? atau Perang?
Summer - June 2011
Spring - Mac 2011
Winter - Jan 2011
Autumn - Nov 2010

> Next post : Photo Story : An Evening at Wheat Field <

Tuesday, June 21

Cabaran Duniawi Di Musim Panas

Fureso lake in early June. Cuaca mendung pun orang dah start berjemur sana sini

Musim summer memang betul-betul mencabar jiwa. Bukan setakat waktu solat yang mencabar malah juga tu cabaran duniawi-keseksian fesyen Minah Saleh di musim panas yang boleh menggugat keimanan.

Mase winter  hari tu elok je berbungkus dan berlitup semua, tapi sekarang semua terdedah sana-sini. Maklum la panas, maka semua nak paling singkat dan nipis. Tapi sebenarnya tak de la panas sangat, baru je 20oC.
Waktu solat sekarang juga agak berbeza. Paling mencabar adalah untuk menunggu waktu Isyak menjelang tengah malam lebih kurang 11.46mlm dan juga waktu subuh iaitu seawal jam 2.26pagi. Maka kalau selepas subuh extend tidur sampai matahari meninggi normal la tu ye. Tapi ni belum lagi bulan Ogos, bulan Ramadhan nanti...Maghrib jam 9.30mlm??
Suasana tasik Fureso jam 10.45 pm
Next post : Throughout Our Window

Wednesday, May 18

Musim Panas di Malaysia VS Summer in Europe

Cahaya sang suria kekadang memberi sinar kebahagiaan tetapi boleh juga membawa  kesengsaraan

Baru-baru ini ramai rakyat Malaysia gundah gulana dan keluh kesah akibat peningkatan darjah kepanasan suhu di persekitaran. Akhbar Berita Harian, melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan bahawa negara sedang mengalami musim monsun barat daya yang secara relatifnya adalah lebih kering dan panas berbanding bulan-bulan yang lain.

Pada masa yang sama,  kehadiran ribut tropika Aere di timur laut Filipina serta sistem tekanan rendah di  Laut Andaman yang menyebabkan kelembapan udara tertumpu dan menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih panas dan kering.

Bacaan suhu tertinggi ialah 36.2ºC yang direkodkan pada 6 Mei 2011 oleh Stesen Meteorologi Subang. Bacaan tersebut sedikit rendah berbanding suhu yang ‘lebih panas’ dialami oleh Malaysia pada tahun bulan Mei 1998 iaitu 38.9ºC (Stesen Meteorologi Chuping) dan 38.0ºC oleh Stesen Meteorologi Melaka dan Kuala Krai.

Hmm..36.2ºC? Memang agak panas musim panas di Malaysia, namun di Denmark musim Summer dikira bermula apabila terdapat tempat di dalam Negara yang mengalami suhu setinggi 25oC (definisi Danmark Meteorology Institute, DMI). Dan pada tahun 2011, musim Summer tiba awal di Denmark iaitu pada 9 Mei yang lepas (end of June in 2010) yang mana suhu melebihi 25oC di Semenanjung Jutland.

Walaupun, dah tiba musim panas, namun cuaca di sini memang unpredictable kerana Denmark mengalami coastal climate yang sangat dipengaruhi oleh angin dan suhu dari laut sekitar. Apa yang best, suhu sekarang (bulan Mei) lebih kurang 17-21oC yang sungguh nyaman walau dah tiba musim summer dan tak perlu la ‘lari’ ke Bukit Fraser atau Genting Highland atau ke Cameron Highland kalau kat Malaysia bila cuaca panas…T__T

Jom kita jengah apa bezanya Musim Panas di Malaysia dan Summer di Eropah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...