Cahaya sang suria kekadang memberi sinar kebahagiaan tetapi boleh juga membawa kesengsaraan Baru-baru ini ramai rakyat Malaysia gundah gulana dan keluh kesah akibat peningkatan darjah kepanasan suhu di persekitaran. Akhbar Berita Harian, melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan bahawa negara sedang mengalami musim monsun barat daya yang secara relatifnya adalah lebih kering dan panas berbanding bulan-bulan yang lain. Pada masa yang sama, kehadiran ribut tropika Aere di timur laut Filipina serta sistem tekanan rendah di Laut Andaman yang menyebabkan kelembapan udara tertumpu dan menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih panas dan kering. Bacaan suhu tertinggi ialah 36.2ºC yang direkodkan pada 6 Mei 2011 oleh Stesen Meteorologi Subang. Bacaan tersebut sedikit rendah berbanding suhu yang ‘lebih panas’ dialami oleh Malaysia pada tahun bulan Mei 1998 iaitu 38.9ºC (Stesen Meteorologi Chuping) dan 38.0ºC oleh Stesen Meteorologi Melaka dan Kuala Krai. |
Hmm..36.2ºC? Memang agak panas musim panas di Malaysia, namun di Denmark musim Summer dikira bermula apabila terdapat tempat di dalam Negara yang mengalami suhu setinggi 25oC (definisi Danmark Meteorology Institute, DMI). Dan pada tahun 2011, musim Summer tiba awal di Denmark iaitu pada 9 Mei yang lepas (end of June in 2010) yang mana suhu melebihi 25oC di Semenanjung Jutland.
Walaupun, dah tiba musim panas, namun cuaca di sini memang unpredictable kerana Denmark mengalami coastal climate yang sangat dipengaruhi oleh angin dan suhu dari laut sekitar. Apa yang best, suhu sekarang (bulan Mei) lebih kurang 17-21oC yang sungguh nyaman walau dah tiba musim summer dan tak perlu la ‘lari’ ke Bukit Fraser atau Genting Highland atau ke Cameron Highland kalau kat Malaysia bila cuaca panas…T__T
Suasana jam 8.05 malam di hadapan rumah kami pada 15/5/11. Masih cerah tapi sudah sunyi sepi |
Beza 1: Siang Lebih Panjang di Waktu Summer di Eropah
Apabila tiba musim summer, waktu siang menjadi lebih panjang. Matahari terbit (Subuh) kira-kira jam 3am/3:30am dan matahari terbenam (Maghrib) jam 9:30pm/10pm.
Dan kebetulan bulan ramadhan jatuh pada musim summer (Ogos). Cuba bayangkan, betapa ‘bertuah’nya orang yang berpuasa di Eropah berbanding di Malaysia kerana boleh dapat lebih banyak pahala kerana terima lagi banyak cabaran dan dugaan..
Huhu..Jadi sapa kata duduk obersee best??
Beza 2: Tempoh Waktu Musim Summer Lebih Singkat
Kebiasaannya musim summer di eropah hanyalah 3 bulan iaitu dari bulan Jun-August. Suhu hanya meningkat pada tempoh waktu tersebut dan tidak seperti Malaysia yang menerima cahaya matahari terik sepanjang tahun terutama di bulan Mac hingga Mei/Awal Jun. Nasib baik ada juga musim ‘sejuk’ ataupun tengkujuh di bulan November dan Disember.
Beza cuaca Denmark dan Malaysia. Sumber: climatetemp.info
Beza 3: Suhu Panas Suam, Sinar Matahari Terik, UV Tinggi
Walaupun summer, tapi suhu average adalah lebih kurang 25oC. Walaupun suhu tak setinggi Malaysia, namun cahaya matahari adalah terik kerana ketiadaan kepulan awan dan sinar UV indeks juga tinggi. Dan satu lagi yang kurang berkenan adalah bila tiba musim summer, kebanyakan minah salleh jatuh miskin kerana mereka hanya mampu pakai baju yang tak cukup kain..
Beza 4: Ada macam-macam istilah untuk Summer
Bila tiba musim summer, sekolah-sekolah dan universiti akan bercuti (summer holiday). Sebab itu ada summer camp untuk pelajar sekolah dengan pelbagai aktiviti. Ada juga summer course bagi penuntut university yang terlebih rajin. Para pekerja juga dibenarkan bercuti untuk tempoh waktu tertentu kerana mereka dibenarkan mengambil cuti untuk summer vacation dan berlibur di summer house. Ada juga summer job untuk ganti orang yang pergi bercuti. Terdapat juga summer festival untuk mereka berhibur sakan dan juga jualan murah summer sale.
Beza 5: Outdoor Activity in Summer
Musim Summer merupakan tempoh waktu yang mengembirakan bagi orang putih. Mereka sangar gemar akan sinar matahari, berjemur dan berpicnic sana sini dan akan banyak melakukan outdoor activity seperti berkhemah, berbasikal, berkayak dan bermacam-macam ‘ber’ lagi. Langsung tidak takut akan kulit menjadi gelap, tak seperti orang di Malaysia yang membawa payung di kala sinar terik takut-takut nanti kulit 'kurang cerah'..
Layanz.. lagu popular Danish di waktu summer bertajuk ‘Sommer I Europa’ oleh Rasmus Nøhr.
* Perlu diingat..waktu summer di hemisfera utara dan hemisfara selatan adalah berbeza (bertentangan)
**Summer jug la plak..a berlaku di Negara2 lain di hemisfara utara dan tidak semestinya hanya di Eropah. Namun, entry ini hanya mengambil kira perspektif penulis DKKC yang kini berada di Denmark, di bahagian utara eropah. Sekian, terima kasih. (macam statement artikel untuk magazine
Next entry: Countries with most unique Flags in the World
[Korang rasa panas sepanjang tahun best ke panas bila waktu summer je best??]
Next entry: Countries with most unique Flags in the World
Dekat Jeddah sekarang summer jugak.
ReplyDeleteTapi Malaysia lagi panas. Sini baru takat 27 degree je.
Tapi orang selalu ingat Saudi ni lagi panas dari Malaysia. Huuuu~
summer yang indah
ReplyDelete@Naila Azman: Yep, kat Malaysia lagi panas..
ReplyDelete@Obat Sakit: indah la jugak sebab pokok dan daun menghijau
ReplyDeletesummer kat scotland sekitar 10-20C jer tp england lebih panas la
ReplyDeleteSummer sepanjang tahun, of course. Well actually, spring sepanjang tahun :-P
ReplyDeleteentah..pernah lepak kat malaysia je..
ReplyDelete@Fa10: wow..kat scotland lagi best la ya, tak panas sangat
ReplyDelete@Nor Fadzlina Nawi: Kau AUS memang summer &spring sepanjang tahun..
@Inche Vampire: InsyaAllah nanti2 kalo2 peluang &rezeki boleh melepak tempat lain plak
kami kat mesia, mmg panas pada tarikh yg tersebut...sib baik rmh ber aircornd. mmg xnak pegi dpr sbb bahang panas...
ReplyDeletesaya kat perlis, memang panas dan bahang..paling tak tahan bila musim membakar jerami padi dan sisa ladang tebu, rumah berhabuk hitam, kulit jadi gatal-gatal, dah la panas, balik rumah pijak lantai tapak kaki berhabuk hitam..
ReplyDeletememang panas pun kat mlaysia..tambah2 dkat pneng dkat laut ....
ReplyDelete@radziah AR: rumah ada Aircond bets la..huhu
ReplyDelete@Mama Rocks: Kat Perlis memang selalu panas
@sobri yaacob: Penang panas sebab dah kurang pokok2 kot
sekarang kat kb cuaca memang panas tapi bila petang ribut petir.. kira balance la tu.. alhamdulillah..
ReplyDelete@Wan Noor Azila: Ohh sekrang petang2 ribut petir ke.. kat sini jarang-jarang (setakat berada di sini) ada kilat dan petir
ReplyDeleteSejuk sgt pon x best jugak.. Tp sy sanggup hadap sejuk lg dari panas.. And malaysia mmg x best sbb sentiasa panas..
ReplyDelete