Monday, May 16

Sepagi ke Museum di Belakang Rumah

Klædefabrik = Clothing Factory. Fabrik tu bukannya kain dalam bahasa Danish tapi kilang. Ini la pentingnya Danish edukesyen :)
Hmm..asyik2 citer pasal gi jalan2 je..tak de keje lain ke..
Habis tu dah tagline blog DKKC ni, ‘ceritera kembara’.. so kene la bercerita..pasal pengembaraan..haha..layankan aje yer..

Pengembaraan kali ini adalah menggunakan basikal. Kat Denmark ni, bikes trip memang popular terutamanya pada musim spring/summer..So, tempat yang dituju adalah Brede Værk Museet (Brede Works Museum). Tak jauh hanya 1.8km dari rumah iaitu 6 min 45 saat dengan mengayuh berbasikal gaya sopan.
Pameran kawasan perumahan pekerja zaman dulu-dulu
Sebenarnya, Museum ni merupakan kilang pada masa lampau (awal 1900-an) dan kemudiannya di convert menjadi museum. Kat luar nampak buruk macam gudang lama, tapi kat dalam canggih manggih jugak la. Tu yang bagusnya kat sini, semua tempat-tempat yang nostalgia dan usang di jaga rapi, lalu anak cicit mereka sekarang dan akan datang boleh la tengok kisah dahulu kala.




Pengunjung kanak-kanak pun perlu 'diactivatekan'
Kami pergi pagi Sabtu. Suasana sungguh sepi dan misteri. Hanya ada 3 orang pekerja dan bilangan jumlah pelawat lain boleh dibilang dengan jari sebelah tangan. Nak masuk je terus suspen. Rupanya semua pelawat diberikan card ‘active ticket’ dan perlu diactivatekan. Siap kene scan gambar. First time jumpa bende cam gini..maklumla orang kampung.

Kad tersebut kemudiannya boleh digunakan untuk menjawab soalan interactive dan juga mendengar penerangan. Terdapat satu section mana kita boleh memilih watak pekerja dalam sebuah kilang dan mengekori pekerja tersebut dan memerhati apa yang mereka lakukan. 
Menonton wayang interaktif
Secara tuntasnya, Brede Works Museum ni agak menarik, namun kalau ada bayaran dikenakan memang fikir 42 kali sebelum masuk. Nasib baik free. Lagipun dah dekat dengan rumah, rugi la kalau tak pergi kan? Ada lebih kurang 28 museum area Copenhagen ni dan baru 12 yang kami lawati…kat mane lagi nak terjah selepas ni..

[Mencari museum yang dibuka pada waktu malam, jadi macam Night at Museum, kat mana ada?]

Next post : The Colour of Spring

2 comments:

  1. wow menarikla... kalau baca fabrik tu mmg ingt kain hehe...dah la ejaan sama

    ReplyDelete
  2. @Hanis MY: fabrik tu memang kilang in Danish..kalo tak tau tentu ingat kain kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...