Sunday, May 15

Islam Rejser Til Danmark

Pameran Islam di Old Exchange Building (1640), Copenhagen
Cuba bayangkan...gadis minah salleh berkulit putih melepak, bermata biru tapi ayu dengan bertudung litup. Aduss..sejuk mata memandang.. itulah Medina, seorang gadis Denmark yang memeluk agama Islam yang ditemui baru-baru ini di Pameran ‘Islams Rejse Til Danmark’ (Islam’s Trip to Denmark).

Pameran itu diadakan di dewan bangunan lama Stock Exchange berhampiran dengan Christianborg di Copenhagen. Pameran Islam terbesar di Denmark ini diadakan dengan kerjasama dari Muslimer I Dialogue (MID), Danish Mutual Aid (DMAID) dan juga Exhibition Islam (London, UK). Saya kesempatan pergi pada hari  terakhir ke pameran tersebut bersama Sdr Mohd Zamri yang kebetulan berada di Copenhagen atas urusan tugasan kerja di Danish Hydraulic Institute (DHI).
Non Muslim diberi penerangan secara berhikmah tentang Islam
Bahan pameran yang dipamerkan lebih bersifat open dan general seperti Introduction to Islam, Allah’s Prophets, Quran and Science, Islamic architecture, Women in Islam dan lain-lain. Pengunjung turut dihidangkan dengan minuman teh herba yang harum dari Parsi dan beberapa jenis kekacang, manisan serta biji, kapsul dan minyak habbatus sauda’.
First time makan Habbatus sauda..ok la..tapi pahit sket
Terdapat juga pameran fotografi  ‘Mosque in Europe’ hasil photographer Ahmed Krause yang memaparkan senibina masjid di eropah dan serata dunia. Baru la tahu ada je masjid yang cantik dan menarik di German, Poland, Rusia dan juga Hungary. Kalau sebelum ni, dok sibuk nak ke tempat menarik seperti Menara Condong Pisa (Itali) , Eifel Tower (Paris) tak pun Stone Edge (England), kini timbul idea untuk mendekati dan melawat senibina islam di eropah kalau2 berkesempatan ‘tour euro’ nanti. Antaranya ke bekas Masjid di Cordova, Andalusia (Sepanyol) dan juga Blue Mosque di Istanbul (Turki).
Pengunjung beratur mengambil makanan juadah tradisi Morocco+Danish
Sambutan yang diterima bagi pameran pada pandangan saya agak baik. Walaupun kebanyakan yang hadir tentunya adalah golongan Muslim yang berada di Denmark, namun terdapat juga segelintir orang putih yang bukan beragama Islam hadir atas dasar perasaan ingin tahu atau hanya untuk mendekati sejarah tamadun Islam. 

Saya kira, pendekatan yang digunakan, iaitu secara ‘berhikmah’ dan bersifat lebih terbuka adalah sangat tepat. Petugas (volunteer dari MID) tidaklah nampak terlalu aggresif berdakwah dan hanya menerangkan apabila ada pertanyaan, malahan ada je AJK yang langsung tidak bertudung. Semua pengunjung dilayan dengan baik tanpa mengira warna kulit. Dan mudah-mudahan ada non Muslim yang tergerak hati dan mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.
Persembahan Nasyid sebelum persempahan Islamic Rap
Acara lain yang diadakan adalah lebih kepada seni kebudayaan Islam seperti deklamasi puisi dan juga nasyeed. Kami tak sempat mendengar persembahan lagu ‘islamic rap’ dari Zaki Youseff (rapper popular di Denmark keturunan Danish/Egyptian) kerana terpaksa berkejar pulang ke rumah. Kalau diorang jemput Maher Zain sanggup la tunggu. Hmm.. kenapa la tak jemput Maher Zain kan dia asal Sweden, dekat je seberang jambatan tu…huhu

Next post : Sepagi di Brede Works Museum

7 comments:

  1. ok juga dapat rasa makanan negara lain

    ReplyDelete
  2. @Sharinginfoz: masakan morocco ayam masak dengan yogurt tu..hmm memang sodap
    @Hanis MY: yes, memang omoshiroi..arigato!

    ReplyDelete
  3. blue mosque! legend. kat andalusia tu, al-hambra ryte?

    ReplyDelete
  4. kalo di denmark bro...ada masjid ke? komuniti Islam bagaimana?

    ReplyDelete
  5. @Iche Vampire: yes blue mosque (Masjid Sultan Ahmad di Istanbul)is a legend. Tapi yg Masjid Cordoba tu kat Andalusia (Granada). Yang di Al hambra tak sure. Tapi rasanya kota/istana bukan masjid

    ReplyDelete
  6. @Salahuddin: Jgn bimbang bro, kat sini ada masjid. Tapi yang kecil2 je la. Komuniti di sini ok dan ramai turkish

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...