Siapa kata Jepun tu jauh? Haha..kami naik train 30min je untuk ‘ke Jepun’ bagi melihat bunga sakura dan berjumpa dengan gadis-gadis Jepun berkimono..
|
Bermasa gadis-gadis mix mat salleh+japanese in Kimono |
Ye ke? Tak la...ekceli Ahad lepas kami pergi ke Copenhagen Sakura Festival. Festival itu diadakan sejak tahun 2006 dengan kerjasama Kedutaan Jepun dan ditaja oleh beberapa company Jepun di Denmark. Dikhabarkan pada tahun 2010, Sakura Festival dibuat terlalu awal (pada bulan April) dan menyebabkan bunga Sakura belum pun berbunga, dan tahun ni 2011, festival itu mengalami nasib yang hampir sama kerana semua bunga telah gugur jatuh ke bumi, yang ada hanyalah tangkai!!
|
Bunga-bunga sakura tinggal tangkai..tinggal beberapa kuntum je |
Copenhagen Sakura Festival diadakan di Lingelinje, iaitu berdekatan dengan salah satu kawasan tourist attraction Patung Duyung ‘The Little Mermaid’ di Copenhagen. Kawasan itu memang banyak ditanam pokok-pokok sakura.
|
Berpicnic dibawah pokok besar di kelilingi pohon sakura yang menjadi tradisi warga Melayu di Copenhagen 3tahun berturut-turut di lokasi yang sama |
Kami tiba seawal jam 10.15am. Ala-ala breakfast di sana la. Tepat jam 10.40am sebagaimana dalam aturcara, persembahan Seido Taiko (Taiko drum) bermula. Kagum juga melihat anak-anak mat salleh bermain alat musik Jepun dengan penuh lincah gaya. Terdapat juga demonstrasi Kyodo Seishinkan (memanah) dan juga Shihimai (teater). Kelihatan juga ramai anak muda Denmark yang obsess dengan manga dan anime memakai constume watak pujaan masing-masing.
|
Anak-anak orang putih lincah bermain Seido Drum
|
Cik Puan Isteri meredah manusia-manusia yang bergelimpangan. Orang melayu berpicnic di bawah pokok, mat salleh cari tempat yang panas |
Selain itu, terdapat banyak gerai dan booth kecil dibuka seperti menjual barangan kraftangan, komik jepun, pakaian tradisi dan cenderamata dari Jepun. Ada juga demo membuat serta jualan makanan Jepun termasuklah sushi, doraiyaki, ramen dan shashimi. Tak ketinggalan demonstrasi tatacara adat minum cara tradisi jepun, seni ikebana, origami dan kaligrafi Jepun. Pendek kata meriah juga.…ada la jugak feel sket2 seperti berada di Maruyama Park di Kyoto Jepun..haha |
|
Kesian Atuk ni, 2 kali percubaan masih tak mengenai sasaran |
|
Orang ramai berpusu-pusu menyerang aneka gerai |
|
Bersama gadis bercostum play watak burung , tak tahu la watak dalam citer ape nih |
|
Memakai costum sumo dan ditewaskan oleh seorang mat salleh 2-1..Susah wei nak bangun kalau pakai costum ni |
Next post: An Evening with Tan Sri Muhyidin Yasin at Copenhagen
pakaian sumo tu paling menakutkan huhu... ikan tu mmg akan digantung waktu2 mcm ni (akhir april-awal mei) setiap tahun utk hari kanak2 tapi tak tahu apa maksud dia...
ReplyDeleteperghhh.syiok gila! tapi x d sakura.. atoi..
ReplyDeleteShugoidesnee..
ReplyDeleteKembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011