Wednesday, May 4

Tivoli-The Second Oldest Amusement Park in the World

Pintu masuk ke Tivoli
Salah satu perkara yang aku ‘tabik spring' (spring sebab sekarang tengah musim bunga..huhu) kat Negara Dermark adalah kerana kat sini ada scheme khas ‘feriepenge’ (ferie=holiday, penge=money) atau dalam BM ialah duit untuk bercuti untuk semua orang yang bekerja di Denmark yang dibayar oleh Majikan. Patutlah pada musim summer, ramai mat&minah salleh berpusu-pusu pergi ke Asia untuk bercuti, memang ada duit khas rupanya..kalaula Malaysia cam gini, kan best. 

Aku yang dulunya pernah bekerja secara part time selaku ‘sub-contractor pembersih salju’ semasa musim sejuk pun mendapat imbuhan ferie penge ni. Walaupun tak seberapa dan memang tak cukup kalau nak bercuti ke London, tapi cukuplah untuk bercuti dalam negara Denmark je.
Satu-satunya team dari Malaysia yang berkhidmat untuk negara Denmark di medan ais (dari kiri-main con, kanan-sub contractor). Agak2 boleh masuk the Malaysian book of records tak ni?
Dan tempat ‘percutian’ yang dipilih adalah di Tivoli Gardens, Copenhagen. Perhatian, Tivoli bukanlah Tripoli di Libya dan langsung tiada kaitan dengan permainan monopoli..Amusement Park la..
Orang melayu yang tak sedar diri kulit dah gelap cuba bersunbathing di bawah sinaran UV4.5 di tempat yang disediakan 
Tivoli adalah salah satu ‘Amusement Park’ yang popular di Denmark selain daripada Legoland. *Ianya adalah yang kedua tertua di dunia (1843) selepas Bakken (1565) yang juga terletak, Denmark (dalam waiting list tempat yang nak dituju in this summer!). Cuba bayangkan, 20 tahun sebelum  Melaka kene jajah ngan Portugis (1585) dan juga beberapa tahun selepas De Alfonso Alberqueque (betul ke ejaan ni) datang ke Melaka, mereka kat sini dah ada fun fair!!
Jangan terperdaya dengan lambang bulan sabit pada kubah di bangunan tu, bukan masjid, tapi luxury hotel & restaurant  yang bersenireka castle ala arab gitu (nampak tak burung merak kat belakang di tengah taman)
Antara sebab utama nak sangat pergi Tivoli ni adalah kerana; 1) Wajib bercuti/menghiburkan diri kerana dah dapat duit feriepenge (memang dasar jenis yg liat untuk menyimpan). 2) Menunaikan janji nak bawa cik puan isteri ke Tivoli sejak last year, tapi tak sempat sebab dah tutup (closed from Nov-Mid April). 3) Tivoli Garden tengah meriah dengan aneka bunga-bungaan di musim spring. 4) Saje-saje nak test power kamera Nikon D3100 yang baru. 5) Tiket ke Tivoli masih murah 75kr (RM 44) just before end of june, lepas tu naik 95kr (bab2 promotion, events atau benda percuma memang aku peka!)  6) Transportation Free. Hari Ahad minggu pertama, perkhidmatan train di sini adalah percuma ke mana2 tempat 7) Hari yang indah dan mentari yang cerah dan rasa sangat bersalah kalau hanya bergelimpangan je di rumah je..Just a perfect combination! Cehh…kalau dah nak pergi, macam2 alasan dibuat..haha

Kami tiba di Tivoli pada jam 11.03am (buka kam 11am), lantas terus menerjah ke kawasan seluas *82,717mitu. Memang plan kami, tak nak naik roller coaster, rides pelik2 dan bende pusing2 tu semua, buat sakit perut dan sakit kepala je. Lebih baik jalan2 menghayati keindahan persekitaran je..huhu padahal 'acrophobia' (fear of heights) serta gayat tapi reason sebenarnya adalah tiket mahal..macam tak berbaloi je.
Buat ape bayar duit semata-mata untuk meloyakan diri dan memeningkan kepala sendiri? (alasan orang yang gayat..)
Dalam Tivoli ataupun kalau dibaca dari belakang menjadi I LOV’ IT tu, ada macam2. Macam yang kat Genting tu tapi Tivoli ada 25 jenis rides je dan yang paling popular adalah wooden roller coasterRutsjebanen’  iaitu antara roller coaster kayu yang tertua (sebab tu la tak nak naik!) dan masih diguna pakai hingga kini. Tapi themepark ni sebenarnya adalah lebih kepada ‘garden’ bukan kepada ‘rides’. Sebab tu kelihatan ramai warga tua masuk ke Tivoli hanya untuk melepak sambil minum secawan kopi sambil mengumpat pasal menantu. Terdapat juga open stage Pentomin yang langsung tak paham (3 kali sehari) iaitu ‘Old Chinese Peacock Theatre’, Persembahan muzik di Open-Air stage of "Plænen" , Aquarium (nak masuk kene bayar) serta exhibition hall, yang tengah berlangsung pameran sejarah mengenai Titanic (setakat masuk untuk tengok sauh Titanic yang real pun nak kene bayar, sorry lain kali la ye).
Cara stage opening ada style gitu, gaya burung merak dan ekornya
Kami memilih untuk menjamu selera for lunch di sebuah Restaurant Jepun, ‘Wagamama’ dalam Tivoli (kerana kelaparan akibat bekalan biskut dan nugget dah kehabisan). Lagipun, dah lama bebenor tak makan2 kat luar. Kami memilih untuk melahap ‘wagamama seafood ramen’. Mee semangkuk pun dah 119kr (RM70), belum campur air dan side dish lagi. Sebab tu la otai2 di Denmark kata, kalau fikir harga makanan setiap kali nak makan kat restaurant kat sini, sampai bila-bila pun tak merasa la makan kat restaurant.
Membantu ibu penyu bertelur secara tenang (mata dia dicover sebab dia menangis kesakitan)

Selepas makan, sambung jalan serta meneruskan sesi photography. Cik puan isteri gembira bebenor tengok bunga2 dan tulip yang berkembang ayu. Aku tak kisah je, sebab dah muak tengok bunga kat Keukenhof. Kiranya macam bawa dia ke Keukenhof, Amsterdam la ni..
Perempuan dan bunga memang tak dapat dipisahkan
*Rujukan: Dari Pak Cik Wikipedia 

8 comments:

  1. mahalnya makan kat denmark. tu harga standard kat restaurant kat sana ke?

    ReplyDelete
  2. @Raja Nurul Fatin: memang kat sini , harga makanan mahal..jauh lebih berbaloi kalo masok sendiri kat rumah..tp sekali sekala ok la kot

    ReplyDelete
  3. Wow duaronok tengok encik dan puan bercuti-cuti kan...mmg best kalau dpt merasa skim ‘feriepenge' tp apa bole buat kat Msia mmg tak dpt la merase...

    ReplyDelete
  4. cun la! maju gila dorang.. haha..melaka kena jajah dorang dok appy sana sini main itu ini

    ReplyDelete
  5. beauty. masterpiece..nak kena asah skill masak nih..takkan nak makan smørrebrød je

    ReplyDelete
  6. @Ms. Littlewing:seronok tu seronok, tapi duit melayang haha
    @Inche Vampire: Memang maju, mostly bangunan kat tempat2 sini well conserve kerana x pernah dijajah
    @Salahuddin Harith: memang berbaloi kalau masak sendiri je..jgn lupa bw rempah ratus bila dtg nanti

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dapat peluang mcm ni, tempat cantik, bila la rezeki saya kan, mknanan jepun kat sini pun mahal. Malaysia ni dapat cuti gi mekah pun bersyukur.

    ReplyDelete
  8. memng stuju sgt part perempuan dan bunga tu hehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...