Saturday, December 4

Jalan-jalan Cari Pasal di Legoland

Siapa yang tidak pernah bermain Lego? Semuanya pernah bukan? Tapi pernahkah anda terfikir untuk ke tempat yang mempunyai puluhan juta Lego di sebuah tempat yang dikenali sebagai Legoland?

Kini, terdapat 4 themepark Legoland di seluruh Dunia. Pertama, di negeri asal mainan Lego, di Billund, Denmark. Lain-lain tempat adalah Windsor (England),  Günzburg (Jerman) dan juga di California (USA). Satu lagi cawangan terbaru akan dibuka di Florida pada 2011 nanti. Dan semestinya seperti yang ditunggu-tunggu cawangan pertama di Asia akan dibuka di Nusajaya, Johor iaitu di kawasan Iskandar Malaysia pada 2013 (iaitu 3 tahun lagi!)
Dan pada minggu lepas saya dan isteri telah berkesempatan ke Legoland, Billund. Pada asalnya agak berbelah bagi juga hendak pergi. Maklumla, pada musim Winter kebanyakan tempat permainan outdoor di tutup. Selain bangunan mini daripada Lego tentu diselaputi oleh Salji, ditambah suhu yang mencecah -2oC pasti akan mencengkam sampai ke tulang. 

Tapi, disebabkan 2 keping tiket ‘Christmas at Legoland’ telah ‘ditaja’ oleh ‘Cik DAZ Sdn Bhd’, kami pun sepakat untuk tetap pergi walaupun rebut salji melanda (tapi sebenarnya sebab tiket keretapi laju antarabandar telah ditempah (632kr=RM363), lagipun dapat la merasai suasana Christmas di Legoland).
Bekalan makanan: Nasi goreng cina, Nugget, Udang goreng, sosej rebus, ayam goreng kfc, muffin coklat, epal& pear serta air masak dan kopi panas
Perjalanan ke Billund (iaitu terletak di Jutland, pulau utama di Denmark) mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami bergerak seawal jam 6.40am agar tiba di sana pada pukul 11am. Ini berikutan  waktu siang yang lebih pendek (3.30pm dah malam) dan membolehkan kami meronda sepuasnya-puasnya di sana. Perjalanan 4 jam hampir tidak dirasai kerana gerabak yang selesa (walaupun tiket kelas biasa) di samping melihat perandangan indah kawasan pedalaman Denmark diselaputi oleh Salji.
Peralatang yang dibawa: Backpack, Sejadah, kompas kiblat, gloves, tiket, kamera, earphone, bahan bacaan dan juga stokin (beberapa pasang takut basah dan lembap)
Melihat pemandangan laut Lille semasa merentasi Funen ke Jutland
Walaupun dalam kesejukan, pelawat yang datang pada hujung minggu tersebut agak ramai juga. Suasana di sana sangat meriah dengan dekorasi tambahan sempena Christmas. Kami di sana hinggalah terbenam matahari. Jadi, sempatlah melihat kerdipan lampu-lampu hiasan di sekitar Legoland di waktu senja.
Pelbagai bentuk dan bangunan daripada jutaan keping Lego..tapi telah diselaputi oleh salji
Kemeriahan sambutan Christmas di Legoland
Walaupun salji tengah hebat melanda Denmark, kami bersyukur kerana perjalanan lancar dan tiada ‘train delay’. Kami tiba dirumah jam 10.10mlm dengan tangan dan kaki yang kesejukan serta perut yang kelaparan serta terkejut melihat halaman rumah yang ditenggalami salji separas betis. Dan seperti yang dirancang dalam agenda hari itu, setibanya di rumah kami makan Maggi dengan penuh berselera!
Souvenir #1 yang dibeli di Legoland : Figura Bionicle (Dunkan Bulk), 70kr = RM 39.50
Souvenir #2 yang di beli di Legoland: Key chain lego Harry Potter , 35kr =RM 19.50




...nanti kelik Malaysia 2013 nanti boleh la pergi ke Legoland Nusajaya

...Next post : Tragedi Semasa Bermain Sledding di Tasik Furesø

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Semoga Akhi Imran sentiasa sihat di samping keluarga terutamanya isteri tercinta..

    hohoho,bestnya jalan2..
    Ada sedikit nasihat utk saya dan akhi.Harap agar kita dapat terima dengan terbuka.

    Tentang legoland,secara prinsipnya ia tiada apa2 masalah.Berhibur dan berlibur dibenarkan oleh Islam.

    Namun,bila ia ada kaitan dengan perayaan agama (krismas dalam kes ini) maka,nasihat saya agar kita sentiasa bertaqwa pada Allah dalam urusan agama kita..

    Tiket itu,Christmas at Legoland,walaupun ia tajaan,maka tidak dibenarkan syariat.Apa jua perkara yg berkaitan perayaan agama,maka tidak dibenarkan utk kita hadiri,terlibat,meriahkannya,membantu dalam urusan jual belinya dan lain-lain..

    Saya tidak ingin mengkritik akhi,kerana suasana pendidikan islam di Malaysia terlalu lemah.Lagila bila slogan kongsi raya dah hampir sebati ngan jiwa org Islam Malaysia.

    Inna lillah wa inna ilaihi rajiun.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan ya Akhi atas nasihat yg diberikan..akan lebih berhati2 kelak..

    ReplyDelete
  3. syukran akhi,
    saya juga berhajatkan nasihat akhi utk saya.tegor2 lah,jika nampak saya melakukan sesuatu yg tak kena..

    rindu sih sama kamu.kapan mau ketemu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...