Saturday, December 25

Mana Lebih Best...Banjir ke Ribut Salji?

Patutnya tajuk ditukar mana lebih tak best kot..
Masa dulu2, semasa kat Malaysia bila kampung ditimpa banjir, teringin kalau-kalau musim tengkujuh boleh bertukar menjadi musim winter. Tak ke best main salji yang memutih daripada bermain air bah yang kekuningan?
Tapi, bila dah alami sendiri ditimpa salji, lain pulak jadinya. Macam ada juga tak bestnya.
'Banjir' salji di depan rumah kami
Perbezaan
-Bila dilanda banjir, sampan boleh digunakan untuk bergerak. Tapi bila salji dah memenuhi jalan, sangat susah untuk membawa sebarang jenis kenderaan kerana tayar akan tersangkut dan jalan licin.
*Pic from goggle images
-Air boleh surut dalam beberapa jam apabila hujan berhenti (contonya semasa banjir kilat), tapi bila musim salji, ais tak cair2 sebab suhu masih negatif dan salji akan terus menimbun
-Kereta rosak apabila ‘masuk air’. Tapi salji tidak mungkin masuk ke dalam kereta.
Kereta sepupu Mr Bean yang ditimpa salji
-Salji setebal 2 inci sudah mampu menutupkan lapangan terbang, menyebabkan ramai yang stranded di airport akibat flight canceled or delay. Tapi jarang kita dengar lapangan terbang ditutup kerana banjir (sebab biasanya airport dibina di kawasan tinggi)
-Selepas banjir kerja-kerja pembersihan wajib dilakukan. Peralatan dan perkakas hancur musnah. Tapi bila habis musim winter, keadaan pulih seperti sediakala.
Persamaan
Tetapi, apabila difikirnya semula, limpahan air banjir dan salji (apabila dilanda ribut salji) keadaannya boleh dikatakan macam sama sahaja…
-Kereta tersangkut dan tidak boleh bergerak.
*Pic from goggle images
-Pengangkutan awam terganggu. Laluan bas dan keretapi tenggelam.
-Keadaan sejuk dan lembap. Cuaca mendung memanjang. Nak keluar rumah kena bawa payung atau baju hujan dan bila musim salji kena pakai baju tebal2 serta gloves.
-Keadaan menjadi kotor semasa dan selepas banjir. Sampah sarap merata-rata. Bila snow hampir cair, jalan menjadi becak dan tidak cantik dah.
-Seringkali kedengaran kanak-kanak mati lemas di bawa arus air ketika bermain air bah. Jarang dengar orang mati tertimbus salji. Namun di Denmark, tahun lepas direkodkan ada 4 orang mati (homeless) akibat kesejukan.
-Semasa musim banjir di Malaysia, makan ubi rebus dengan teh-o-nipis di rumah sungguh menyelerakan dan semasa ribut salji minum kopi panas pun sudah melegakan.
-Semasa banjir boleh 'main air' dan masa selepas snow turun boleh main snowball, buat snowman, sleding dan bermain skating.
Bermain skating di atas padang rumput di taman belakang rumah

4 comments:

  1. setuju!! kat sini kat berita ada orang mati sebab kena timpa gutter yang jatuh sebab berat dengan snow. iskh.

    ReplyDelete
  2. banjir or salji, ramai juga yang suka bermain waktu ini tanpa memperdulikan keselamatan

    ReplyDelete
  3. @fara: tu la, kalau jalan nak kena berhati2 tgk atas dan bawah
    @Sharinginfoz: terutamanya kanak2.. Sebab tu parents nak kene awasi selalu

    ReplyDelete
  4. antara banjir dan snow, saya pilih snow.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...