Senja berlabuh. Malam pun bertandang. Keadaan menjadi sunyi dan sepi. Perut yang berkeroncong memaksa saya ke dapur untuk mencari sesuatu untuk dimakan. Sambil mengunyah biskut saya menjenguk ke luar tingkap.
"Alamak, ape bende tu?" Kataku terkejut. Kelihatan sosok-sosok tubuh berwarna putih, bermata merah memandang tepat ke arahku. Penunggu putih itu, langsung tidak bergerak dan seolah ketawa dan tersenyum. Kesejukan malam mengundang perasaan cuak dan seram yang tidak terhingga.
Snowman rambut terjurai, bermata merah. Tak ke seram tu |
Rupanya-rupanya ianya adalah snowman yang berdiri teguh dibelakang rumah kami yang dibuat tempoh hari…aisey lupa pulak.
Pernahkah anda membuat snowman?
Sebagai seorang yang telah berjaya dalam cubaan pertama membuat snowman, saya berasa bertanggungjawab dan penuh dedikasi ingin menunjukkan cara-cara membuat snowman bagi panduan semua.
Cara-caranya adalah seperti berikut;
1 Cari kawasan yang sesuai. Misalnya jauh dari gangguan budak2 nakal dan terlindung agar snowman tidak di’pukul’ ribut. (Kami memilih belakang rumah agar dapat dilihat dari tingkap dapur)
2) Cari pembantu ataupun seorang model yang cantik lagi menawan agar kerja-kerja membuat snowman dapat dibuat dengan pantas dan bersemangat
3) Pastikan jumlah salji yang mencukupi. Salji separas kaki sudah memadai (Pesanan: Semangkuk ais tidak cukup untuk membuat snowman dan hanya layak dimakan sebagai Ais Kacang)
4) Sediakan peralatan selengkapnya seperti sebatang carrot (untuk hidung), sarung tangan (bagi mengelakkan jari kesejukan), gunting (bagi memotong ranting pokok & memotong carrot) serta cebuk/scope bagi memudahkan mengorek salji.
5) Gaulkan bahan di atas hingga sebati..Ehh bukan.
Tompokkan atau kumpulkan salji sebanyak mungkin dan padatkan agar tidak mudah runtuh. Gunakakan cebuk/scope bila jika perlu
6) Bagi memudahkan proses membuat kepala snowman, kami menekapkan sejumlah salji ke dalam besen kecil dan satukan kedua-dua belah agar berbentuk bulat. Seterusnya, cucuk sebatang ranting sebagai tulang leher
7) Hiaskan snowman anda dengan daya kreativiti tersendiri
8) Jika anda ingin memasukkan gambar snowman anda dalam blog, kemaskan snowman anda dengan meratakan kawasan sekeliling agar lebih cantik di dalam gambar..
Snowman Melayu...bersongkok (Nak pakaikan sampin tapi tak muat) |
9) Dan bagi menampakkan semangat patriotik dan Malaysia boleh, anda boleh letakkan Jalur Gemilang agar snowman anda lebih terbilang
10) Langkah terakhir iaitu yang paling penting, ambil gambar secara bergaya untuk diposkan ke kampung halaman di Tanahair…
Ini pulak snowwoman |
Assalamualaikum abe. Wah! sedak nyo weyh. hehe
ReplyDeletebest nampak? Bang, bawak balik salji kat Malaysia boleh?Nak cubalah ..macam seronok je..hehee..boleh la..letak dalam rumah saya...hehe