Friday, December 31

Escape to Oslo, Norway Part 2

Setiba di Jetty DSDS Seaways di Vippetangen, kami terus ke Oslo Central Station (ejaannya Oslo Sentralstasjon) untuk mendapatkan tiket public transport di Trafikanten (macam kanten sekolah pulak bunyinya). Kami memilih untuk mendapatkan 24hr pass yang berharga Norwegian Kroner, 70 NOK (RM 37). Tiket tersebut membolehkan kami menaiki Bus, Train dan Tram secara bebas. Tapi kami hanya memilih untuk  menaiki Tram kerana ianya lebih unik dan tiada di Copenhagen mahupun di Malaysia.
Di hadapan Sentralstasjon dan Trafikanten
Tempat pertama yang dituju adalah Vigeland Sculpture Park (Vigelandsparken). Entahlah kenapa taman ini begitu popular di kalangan pelancong. Yang ada hanyalah ukiran statue dan arca yang pelbagai rupa dan gaya diperbuat dari batu granit, gangsa dan juga besi.
Tetapi apa yang menarik ukiran statue dan arca hasil pereka Gustav Vigeland ini begitu teliti dan seolah-olah betul hinggakan kedut-kedut di dahi, tulang belakang, dagu dan bahagian ‘tut’ di ukir dengan jelas. Terdapat lebih 200 patung di situ. Semua tanpa baju, ada statue berbentuk bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan juga nenek serta atuk tua.
Vigeland Sculpture Park
Seterusnya kami menuju ke Nobel Peace Centre. Maklumlan tak dapat belum dapat Nobel Peace Awards, dapat ke tempat centre dia pun jadi la. Berikutan, penerima terbaru Noble Peace Awards iaitu Liu Xiabo (China) baru saja menerima anugerah tersebut pada 10 December yang lepas, kebanyakan pameran bertumpu pada beliau yang bertajuk ‘ I Have No Enemies’. Akibat kesuntukan masa, kami hanya berlegar di ruang lobby dan tidak berkesempatan melihat keseluruhan pameran.
Slaughter menjadi Laughter di Nobel Peace Centre
Menjelang tengahari, kami ke Narvisen Skating Rink iaitu tempat bermain Ice Skating terbuka di tengah-tengah kota Oslo. Memang ramai orang di sana. Tanpa berlengah kami menyewa kasut skating dengan harga 45NOK (RM 23) untuk sejam. Rupa-rupanya bermain ice skating tidak lah semudah yang digambarkan. Rasa kagum melihat kanak-kanak kecil bermain skating tanpa terjatuh. Namun, saya juga ‘hebat’ kerana langsung tidak terjatuh…akibat hanya berpegang mengelilingi pagar selama sejam..haha
Bermain Ice Skating di Narvisen Skating Rink
Penat berskating, kami menuju ke Akershus Castle and Fortress. Asalnya untuk melihat upacara rasmi harian iaitu ‘changing guard’ pada jam 1.30pm. Namun, akibat tersesat kami setelah terlepas upacara tersebut dan hanya melihat-lihat sekitar istana lama tersebut dan terus berjalan meneroka kota Oslo.
Berposing depan Oslo Hard Rock Cafe, The Mini Bottle Gallery, Olso National  Theater dan Akerhus Castle
Seterusnya, kami sempat berjalan-jalan di Karl Johans Gate, laluan pejalan kaki yang menempatkan pelbagai kedai yang popular bagi kaki shopping. Seperti biasa, tidak sah kalau tak tidak mendapatkan souvenirs sebagai tanda dah pernah  sampai Oslo.
Shopping 'tingkap' di Karl Johans Gate
Sebelum pulang, kami sempat mendekati Oslo Opera House yang popular dengan rekabentuknya yang unik. Kami ‘perlu’ bergambar bagi melengkap koleksi melawat Opera House yang popular di dunia. Copenhagen dan Oslo dah. Nanti kena pergi tengok Opera House yang lain pulak seperti di Sydney, Milan dan juga Frankurt.
The Norwegian National Opera House
Kami kembali ke Jetty jam 4.20pm iaitu sebelum hanya 10 minit sebelum kaunter onboard checking ditutup. Lawatan sambil menghabiskan duit selama 6 jam 30 min ke Oslo berbaloi-baloi walaupun sekejap dan mungkin akan kembali bagi untuk bermain luncur salji di Oslo Winter Park Tryvann (Tryvann Vinterpark) 2011 kot…?

....Terima kasih kpd Orang Oslo yang memberi sedikit info sblm kami tiba ke sana.

2 comments:

  1. wah! sonoknya main snow...jelez ni...jom jd follower akk plak...

    ReplyDelete
  2. eh.. bila datang oslo? ni tahun bila punya?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...