KISAH 1: HIKAYAT SANG LABAH-LABAH
“Biarkan. Takkan ku charge sewa bulanan walau se-sen kepada sang labah-labah itu.” Sekelumit fikirku sendirian. Termangu-mangu kumelengung perihalnya. Siang berlalu menunaikan janji putaran alam.
Malam itu, angin bayu mendesir laju, salju masih mencurah tanpa henti. Suhu -5oC mencengkam tulang. Musim Winter makin menunjukan taringnya (ada taring ke?). Termenung daku seketika, apakah nasib gerangan sang labah-labah yang kunamakan Peter Gade tersebut.
Kendatipun bisa kumerentang tangan dan mudik ke beranda, menolong sang makhluk kerdil tak terdaya itu, namun, jiwa yang diselubungi duniawi berkata. “Esok masih ada.” Bibitku sayu berdesing berderap dihati yang meresik.
Kubibit rona malamku dialas selimut nipis sambil bersandar di sofa merah, lalu meneruskan menonton program tv kegemaranku Grey’s Anatomy season 7 episod 6. Hanya mampu kumenadah kedua tapak tangan, memohon kehadrat Ilahi agar nasib Peter Gade selamat dan mampu bertahan dalam misi bertarung nyawa dalam kesejukan malam.
Pagi ini, berkersik alunan kasih bait-bait lagu ‘Baik-baik Sayang’ kudendangkan diiringi oleh video klip kumpulan Wali Band menerusi youtube. Riang serimpi menghiasi sukma dan terus kujenguk disebalik langsir.
Ohh tidak!..Si Peter Gade telah terkorban. Kaku sayu di atas ais putih dipenjuru beranda. Arakian, tamatlah riwayat sang labah-labah tak berdosa.
Terpaku daku seketika nestapa menatap makhluk kecil tak bernyawa. Terobek hatiku diruntun perasaan bersalah. Berdosakah aku?
.....Tak sempat nak mintak tips dari 'Peter Gade' untuk menjadi Spiderman..huhu
KISAH 2: DALAM DIAM ADA BUNYI
Mentari enggan muncul sekali lagi. Mendung bertandang tanpa diseru. Sayup-sayup bunyi dari kejauhan menandakan ketibaan keretapi yang tidak lagi mengunakan api untuk bergerak. Keretapi S-Tog berlabel 'B' ke Holte itu bertandang menepati waktu jadual di dinding. Aku terus menerjah ke salah satu gerabak dan mendamparkan diriku di ruang tempat duduk yang masih kosong di sebelah Pak Cik Salleh.
“God dag.” Tegurku ringkas dalam Bahasa Danish. Pak Cik bermata biru itu hanya tersenyum menampakkan gigi yang rompong di bahagian bawah, menjadikan dia hanya mempunyai 30 batang gigi sahaja.
Keretapi bergerak terus pantas mengelunsur di atas laluannya. Namun tidak sepantas kereta Ferrari. Perjalanan selama 1080 saat ke stesen S-Tog virum itu tidak kualpakan walau sedetik.
Dari kejauhan kelihatan Makcik Salleh sedang leka membaca akhbar. Tanpa dipaksa, aku turut menyelak helaian suratkhabar percuma yang dikenali sebagai MetroXpress. Kubelek-belek tekun, lagak bagai memahami Bahasa Danish yang baru kupelajari sebulan setengah. Tiba dihelaian Sudoku, termangu daku seketika memikirkan angka yang perlu diletak.
“Apa susahnya, kan dah tahu jawapan. Masukkan je la no 1 hingga 9.” Terngiang-ngiang kata-kata kawanku suatu ketika dulu di gegendang telingaku tatkala membuat sudoku.
Tiba-tiba, cuping telingaku mendengar suatu. Bunyi yang perlahan hampir 34 desibel itu menghasilkan resonans yang panjang. Namun, pitchingnya lari sedikit.
Dalam masa kurang 13 saat, semerbak bauan pelik terus menerobos masuk ke rongga hidungku. Kelihatan 8 pasang anak mata terus menjeling padaku. Aku membuat muka 20sen. Rupa-rupanya Pakcik Salleh bermata biru itu melepaskan gas Hidrogen Sulfida secara rahsia. Bauan yang mencemarkan udara dan meningkat kadar Air Pollution yang mungkin boleh menipiskan ozon.
Train tiba di Stesen S-Tog Virum. Aku bergegas ke pintu. Langkahku laju keluar menjejak platform dengan perasaan yang kurang senang.
Dalam sanubariku berkata “ Bukan aku yang kentut!,”
Aisey..kenape tak de lambang ni dalam train??
|
....Moral of the story : Jangan melepaskan angin merata-rata, nanti orang lain ditimpa malu.
No comments:
Post a Comment