Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya sinar mentari muncul di tengahari. Alhamdulillah, rancangan untuk mengadakan BBQ Summer 2011 dapat diteruskan jua walau terpaksa mengubah lokasi.
Membina khemah macam puzzle dan akhirnya give up..Aii..kata semua pelajar engineering??? |
Aktiviti BBQ untuk musim Summer kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar Post Grads dari UTM. Dan lebih menarik lagi kerana ianya dibiayai oleh Kelab UMNO Scandinavia. Manakala lokasi ditaja oleh Mr Shamsudin dan Pn Maisara di halaman kebun indah perkarangan apartment mereka.
Dah namanya Malaysian Food, sebab tu ada bendera Malaysia atas meja! |
8 Kg daging biri-biri disediakan. Ada juga satay, ayam pangang, jagung, sosej dan bermacam lagi. Memang cukup untuk memboroikan perut yang sedia boroi ini.
Faktor penyumbang kepada 'pemboroian' perut |
Tiada aktiviti khas dirancang kerna BBQ kali ini tidak lebih bertujuan untuk beramah mesra antara sesama komuniti pelajar di Denmark dan juga pelajar post grads yang sedang mengikuti 3 minggu DTU-UTM Summer Course.
Musical Chair orang dewasa, kanak-kanak menjadi penonton je sebab tak cukup ahli |
Lagipun memang dah lama tak berpiknik diluar kerana kekangan cuaca yang sentiasa dingin menggigilkan rongga tulang. Maka sekali sekala membuat aktiviti makan-makan outdoors seronok juga disamping menikmati cuaca indah di musim panas (walaupun hari tu hujan la plak).
Komuniti keluarga pelajar di Denmark dan Pelajar Post Grads dari UTM bergambar bersama wakil Kelab UMNO Scandic dan Mr Hans Jørgen Lundqvist |
Terima kasih kepada Kelab UMNO Scandic (KUS) dan mereka-mereka yang terlibat dalam aktiviti bakor-membakor kali ini. Kalau ada rezeki, nanti kita bakor lagi!
meriah sungguh! nak jagung bakar sikit hehe
ReplyDelete