Siri Kembara Jelajah UK : Episod 1
Cehh siap ada episod tu. Macam citer Nora Elena plak ada episode2 gitu haha.
Alhamdulilllah, akhirnya angan-angan Mat Jenin untuk menjejak kaki ke bumi ratu menjadi kenyataan. Kalau dulu British pernah menjajah tanah Melayu selama 141 tahun, kini giliran kami pula ‘menjajah’ mereka. Walaupun dah lama bercadang untuk bergelandangan ke sana, kini barula ada peluang. Asalnya nak pergi bertinju pada ‘boxing day’ di LONDON hujung tahun 2010 lepas, tapi aleh-aleh belayar ke Oslo, NORWAY plak..
Ye la, kecik2 dulu asyik nyanyi je London Brigde falling down..falling down. So, nak tengok la betul ke tu jambatan dah falling down..huhu
Kami terbang menggunakan perkhidmatan tambang murah Norweigian airlines. Nak kata murah tak de la murah sangat. Tapi murahla jugak berbanding cost terbang dari Malaysia ke UK. Ok la kan RM 600 sorang/pergi balik. Patutnya boleh dapat lagi murah. Dah booking lambat naik buat macam maner. Kali ni first time guna self service check-in untuk dapatkan boarding pass. Lagipun bawa 2 beg hand carry je. Tak payah nak drop hand luggage. So, senang la.
<Tips: Sesetengah airline ada perkhidmatan self check in. Why not cuba. Cepat dan mudah bukan??>
<Tips: Sesetengah airline ada perkhidmatan self check in. Why not cuba. Cepat dan mudah bukan??>
Departure jam 12.05pm. Tut-tut pejam celik jam 1pm dah sampai Airport Gatwick dah. Macam 55 minit je perjalanan. Padahal hampir 2 jam jugak. Hmm.. tu sebab beza masa sejam antara UK-Denmark. Kalau kata jetlag..memang tipu la.
Airport Gatwick berada 45km di selatan LONDON. Walaupun airport ini kebanyakannya hanya cater untuk flight tambang murah (LCC), tapi besarlah jugak. Patut la jadi airport no.2 besar/sibuk kat UK ni. Dari Airport Gatwick kami menaiki Easybus ke Central London. Tapi nama je Easybus tapi tak easy pun. Dah la jauh menapak melilau-lilau ke tempat pick up, pastu panas pulak tuh dalam bas. Nama je bus tapi saiznya macam van je sebab muat 19 orang. Dah tu yang ni je jenis transport yang murah, layankan aje..
<Tips : Easybus transport paling murah dari Gatwick Airport ke Central London. Bookinglah online awal2. Lagi muraaah>
<Tips : Easybus transport paling murah dari Gatwick Airport ke Central London. Bookinglah online awal2. Lagi muraaah>
Easybus hanya berhenti di Earl's Court Station. So, dari situ kami kena menuju ke London Victoria Station. Tiba di London Victoria Station kelihatan memang ramai manusia2 tengah sibuk ke hulu ke hilir. Memang sibuk station ni. Macam KL sentral kot.
Dan first time naik LONDON underground ‘tube’ yang glamer tuh (glamer ke?) rasa macam biasa-biasa je. Tak de pening sangat cari laluan line train sepertimana yang digempar gempurkan. Tapi mungkin dah biasa dengan train dan underground kat Denmark kot. Tapi nasib baik la dah beli Oyster Card awal2 kat Airport Gatwick. La, ingatkan bentuk tiram. Tapi sekeping kad macam biasa je..Haha
<Tips: Menggunakan Oyster Card memang menjimatkan. Contohnya kalau dah sampai had maksimum bagi zone 1&2, anda boleh pakai untuk seharian>

Dan akhirnya kami tiba ke tempat penginapan kami di Warwick Way area Victoria. Hmm..memang bagus lokasinya. Semua tempat attraction sekangkang king kong je. Nie yang tak sabar nak teroka LONDON ni! Jom..
<Tips : Pilihlah budget hotel yang berdekatan dengan place of attraction. Boleh save duit untuk shopping. Lagipun hanya untuk berehat dan tido je kan>
<Tips : Pilihlah budget hotel yang berdekatan dengan place of attraction. Boleh save duit untuk shopping. Lagipun hanya untuk berehat dan tido je kan>
Too much to share but so little time to do so…see u in next episode..k
Siapa yang ingat ambulance tu adalah van adalah silap..kat london ada ambulance bermotor! |
<Tips Melawat Ke London>
Tempat-tempat menarik di London : Next Episod>>
Salam...
ReplyDeleteBerapa lama kat London? Saya pon nak ke london jugak akhir bln 7 ni sebelum balik Msia ..Oyster card tu brapa? Save byk ke??
bile nak masuk episod 2 ni..xsabor nak tnggu
ReplyDelete@naihsna:
ReplyDeleteW'salam.3 hari je kat London, lepas tu pergi Wales (Swansea). Oyster card tu kena bayar deposit 3GBP utk card. Utk top up boleh masuk jumlah GBP yg nak dipakai. Save sket kalau nak jalan2 area zone 1&2.