Wednesday, July 27

Susahny nak sebut Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

Siri Kembara Jelajah UK : Episod 4


Korang tahu ape ke bende Cymru? Bukan kuih tradisional la. Sebenar Cymru tu adalah Wales Dalam bahasa Welsh. Tapi pronunciationnya adalah ‘Cumry’ semacam sebutan toyata camry.
Jom kita belajar Geografi sket. Dulu-dulu masa muda remaja ingat kat UK tu ada England je. Maklumla amik geografi sampai PMR je. So, secara teorinya ada 4 kingdom di dalam United Kindom (Great Britain) iaitu kingdom of England, the kingdom of Wales, the kingdom of Scotland, and the kingdom of Northern Ireland. Tapi sekarang orang panggil England, Wales, Scotland, and Northern Ireland je. Dan setiap negeri (Kingdom) tu plak bendera, bahasa dan ibunegeri sendiri.
Bendera England, Scotland dan Wales
Orang Wales dikenali sebagai Welsh guna bahasa Welsh. Macam English untuk England, Orang Irish guna Irish Gaelic (Ireland) and Orang Scottish (Scotland) guna bahasa Scottish Gaelic. Tapinya kebanyakan tahu menggunakan English. Manakala ibunegeri Wales adalah Cardiff (Caerdydd in Welsh), London bagi England, Belfast (Ireland Utara) dan Edinburgh (Scotland). Bendera pun berbeza-beza. Kecuali Northern Ireland tak de bendera, pakai Union Jack je.
Union Jack. Baru perasan benderanya macam ada campuran bendera  England dan Scotland
Yang menariknya, walaupun kesemuanya kingdom itu adalah satu negara, iaitu UK (Britain), namun, dalam sukan seperti Komanwel, World Cup FIFA dan Rugby Cup mereka menghantar wakil asing-asing. Dalam sukan Olimpik baru la semuanya bergabung menjadi satu team iaitu Britain.

Oleh sebab itu, bila tiba di Wales, penulis DKKC merasai suasana dan culture agak berbeza dari London. Terutamanya dari aspek bahasa. Pelik juga tengok tulisan ‘araf’ di atas jalan raya rupanya bermaksud perlahan. Perkataan dalam bahasa Welsh ni, kekadang langsung tiada huruf vowel-aeiou Memang susah nak sebut.
Cik Puan Isteri cuba mengeja perkataan Welsh
Contoh yang senang adalah ‘Dysgwch Cymraeg’ adalah bermaksud Learn Welsh. Lagi satu contoh yang best adalah ‘jwngwl’. Cuba sebut. Maksudnya ialah jungle. Tapi tu ok lagi berbanding ‘Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch’, susahny nak sebut. Ianya adalah nama satu bandar kecil di utara Wales. Memang sampai bila pon tak boleh nak ingat!

Hmm.. panjang pulak intronya..padahal nak citer pasal trip ke WALES je..tapi tak pe la kan, share info tambah general knowledge



Hari 5: Musim Panas yang sejuk di Cymru (Wales)

Lokasi : Bridgend Designer Outlet>Rhosili Trust Park> Prifysgol Abertawe > Mumbles Pier> Tesco


Bridgen Designer Outlet
Hujan di pagi hari di Abertawe (Swansea in Welsh) langsung tidak ‘menyejukkan’ hasrat untuk ke Outlet (factory outlet). Oleh kerana tidak berkesempatan ‘melawat’ Swindon Designer Outlet yang terletak tidak jauh dari kawasan Wiltshire (Stonehenge), kami berkunjung ke Bridgend Designer Outlet.

Tapi tak la sefemes adalah Bicester Village yang terletak berdekatan Oxfordshire. Jarak antara Bridgend dan Swansea tidak jauh, hanya 25 min kalau memandu secara berhemah. Di situ banyak juga gedung2, 90 outlet semuanya. Tapi tak banyak yang branded dan berclass tinggi. Yang ada pun hanya butik Tommy Hilfiger, Lewis, GAP, Clanks, Nike dan juga Adidas. Hampir separuh hari jugak meronda perabih duit kat situ.

Pada sebelah petang penulis DKKC mintak kat rakan selaku tourist guide di Swansea membawa kami ke kawasan pedalaman di Wales. Saje nak tengok suasana perkampungan, pergunungan dan ladang ternakan yang cukup sinonim dengan orang Welsh. Maklumla orang kampung tidak dapat lari dari jiwa kampung yang kurang gemarkan kesibukan bandar macam kota LONDON tu.
Rhossili (bukan En Rosli), terkenal dengan keindahan cliffs dan bay yang cantik
Tempat yang dipilih adalah ke Rhossili National Trust. Mencabar jugak memandu di lorong sempit mendaki celahan bukit. Dalam pada itu, kene plak sentiasa beringat agar tidak boleh lebih dari 30miles/hr. Katanya ada kamera ccctv di dahan pokok..
Pasangan atuk & nenek Welsh yang romantik lagi matematik
Kami tiba di Rhossili National Trust sejurus hujan berhenti, seolah menyambut kedatangan kami berlima. View kat situ memang spectacular. Indah sungguh bumi ciptaan Allah SWT. Angin laut bertiup kencang dan menurunkan suhu hingga mencecah 13oC. Sejuk semacam, langsung tak macam musim summer. Sebenarnya tempat itu unik kerana boleh berjalan ke rumah api berdekatan hanya beberapa jam ketika air surut.

Setelah penat menjamu mata melihat panorama alam, kami bergerak kembali Swansea untuk melawat pula ‘Prifysgol’ rakan. ‘Prifysgol’ tu dalam bahasa Welsh adalah Universiti. Memang terbelit lidah nak sebut. Cantik jugak Swansea Uni. Menghadap teluk dan dikelilingi taman. Dan yang penting ada masjid dalam Uni. Alhamdulillah. Bagus sungguh. Tak banyak Uni kat Europe ni ada masjid dalam kawasan Uni.
Menjelang senja, kami bergerak pula menuju ke Mumbles Pier. Tempat tu macam kawasan rehat-rehat di Swansea ni la. Ada jetty, rumah api dan siap ada amusement arcade. Cantik juga melihat pemandangan kawasan teluk. Tapi awan nano mega mendung berarak songsang memaksa kami beredar segera agar tidak dibasahi titisan hujan.

Lantas kami berpakat untuk berteduh ke Tesco. Jauh benar pergi berteduh. Tesco dan UK memang tak dapat dipisahkan. Untung benar students yang belajar di UK berbanding dengan kami yang hidup di Denmark. Kat Tesco harga barangan jauuuuh lebih murah dan banyak pilihan. Makanan yang halal pun banyak. Lebih-lebih senang nak check ingredient sebabnya semua in English! 

Tips Melancong ke UK
<< Previous Post : Panduan Melancong ke London
>> Tempat menarik di Swansea: Next Post

3 comments:

  1. Memang sampai bila2 pun tak ingat nak eja/sebut perkataan ni..info yang menarik..teringin nak gi tpt tu...
    Saya setuju sapa2 yang stay kat UK memang beruntung sebab TESCO sangat murah..kalau kat sini barang dahlah mahal..bahasa tak berapa nak faham..fikir banyak kali sebelum nak beli...hehe..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya dapat melancong sambil menguruskan urusan di sana,teruskan bercerita akak suka mengikutinya.

    ReplyDelete
  3. Nama ini pernah keluar dlm readers' digest tahun 70'an bg nama-nama terpanjang termasuklah nama kotaraya LA yang panjang 'el pueblo de nuestra de la riena de los angeles de porceuncula' dan nama rasmi bangkok " Krung tep ....dan tah ape -ape lagi panjang bebenor..."

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...