Friday, July 22

Mencari Biskut Almond London di Kota London

Siri Kembara Jelajah UK : Episod 3

Hari 3 : Tak de pun biskut Almond London..

Lokasi: Westfield Shopping Centre>House of Parliament>Big Ben>London Eye>Trafalgar Square> Malaysian Hall>Oxford Street>King’s Cross Platform 


Pada hari yang ke3 kami dibawa oleh rakan yang telah 4 tahun menetap di UK ke salah satu shopping complex yang bersaiz mega di LONDON iaitu Westfield Shopping Center. Ianya adalah berdekatan dengan station underground Sheppard Bush. Besar jugak tapi tak la sebesar Berjaya Time Square kat KL. Banyak outlet barang branded2 kat situ. Termasuk la Jimmy Choo, Prada, LV, Dior dan Gucci. Hmm..setakat cuci mata boleh la.

Restaurant Malaysia 'Jom Makan' ada di Westfield

Seterusnya kami dibawa pula melawat tempat menarik di sekitar London oleh seorang kenalan iaitu Mr James dari UK (Wales) yang menjadi pemandu pelancong tak bertauliah, untuk ronda-ronda area Westmister. Walaupun dia orang Wales tapi tau la sket2 pasal London ni, walaupun kekadang dia pun rujuk peta di tepi jalan..
House of Parliament dan Big Ben di tepi Thames River
Hujan gerimis tidak menghalang niat meneroka kota LONDON. Tempat pertama yang dituju adalah House of Parliament. Sebelahnya pulak ada jam besar yang glamer tu, Big Ben. Kami merentasi Thames River melalui Westmister Bridge untuk mendekati London Eye. Ramai jugak orang beratur nak naik London Eye. Tapi oleh kerana harga tiket yang boleh tahan dan juga memakan masa yang panjang untuk habis pusingan London Eye tu, kami pun ‘pass’. Bersebelahan London Eye terdapat London Sea Life Aquarium dan London Film Museum.
<Tips : Tak jauh dari House Parliament ada Westminster Abbey. Hari tu tak sempat nak pergi..>

Dari situ kami meneruskan perjalanan di tebing Thames River dan melintasi sungai tersebut menggunakan Golden Jubilee Bridge. Jambatan ni unik sebab ianya adalah adalah footbridge hanya untuk pejalan kaki di kiri kanan dan ditengahnya adalah untuk laluan train sahaja.
Kempen jalanan FREE Hugs di hadapan National Gallery. Macam ni pun ada, tah ape2
Ni bukan BERSIH. Tapi protes dari Rakyat China pasal penganiayaan terhadap tahanan dalam penjara di sana 
Perjalanan diteruskan ke Trafalgar Square. Dataran ni berhadapan dengan the National Gallery. Memang penuh dengan pelancong. Di tengah dataran terdapat jam besar ditaja oleh Omega untuk counting days and times menjelang Sukan Olympic tahun depan. Dan kalau ada warga tempatan atau rakyat asing nak buat demontrasi, kat sini la tempatnya. Bersebelahan Trafalgar Square terletak Malaysian Tourism Office. Bangga sekejap tengok jalur gemilang berkibar di tengah Kota London..
<Tips : Ada orang cakap, kalau terdesak/tak sempat boleh je menumpang solat di pejabat Malaysian Tourism tu>
Hujan turun mencurah-curah memaksa kami terus beredar. Lantas berpakat untuk lunch di Kantin Malaysian Hall. Station underground yang terdekat adalah Queensway. Pejabat Malaysian Hall terletak beberapa blok dari situ. Ramai juga orang tengah menjamu selera walaupun sudah lewat petang. Harga ditawarkan memang lebih murah berbanding dengan restaurant lain. Macam-macam ada. Lega dapat pekena juadah tradisi Melayu setelah lama tak ketemu ikan keli sambal, daging salai masak lemak, tempe goreng, kupang, gulai ikan kering dan lain-lain. Maklumla tekak orang Melayu, mana tahan asyik pekena makanan omputeh.
<Tips : Kalau nak budget boleh menginap di Asrama Malaysian Hall. £15 je per person/night. Tapi kene booking awal dan boleh stay untuk 2 hari je>
Confession of Shopaholic di Oxford Street
Setelah menunaikan solat di Surau Malaysian Hall, kami meneruskan aktiviti dengan pergi shopping di Oxford Street. Banyak jugak kedai tengah buat sale sempena musim panas. Di penghujung Oxford Street, terdapat satu gedung Primark iaitu berdekatan dengan station Marble Arch. Memang berbaloi harga-harga kat situ, yang tak berbaloinya beratur panjang nak membayarnya..


Dari situ kami bergegas ke King's Cross Station untuk ke mencari mencari platform 9¾ yang popular tempat Harry Potter menaiki Hogwarts Express. Puas jugak mencari, sebab King's Cross Railway Station dalam process ubah suai. Kat situ ada 12 platform semuanya. Tapi, tempat yang Harry Potter berlakon menembusi dinding tu difilemkan di antara Platform 4&5.
Peminat Harry Potter menunggu turn nak ambil gambar di Platform 9 3/4 tu 
Tiba di platfrom 4&5, tak de ape pun. Rupa-rupanya ‘troli separuh’ yang terletak disitu telah dipindahkan ke kawasan pintu masuk King's Cross Railway Station. Tapi yang kat luar tu hanya berdinding gambar bata dari plastic. So, dah tak nampak real. Oleh kerana 'tak jumpa' Hogwarts Express, kami pun balik ke rumah tumpangan FOC tajaan rakan di Leytonestone untuk tido dan berehat.
<Tips : Platform 9 ¾ terletak di pintu masuk ke King’s Cross Railway station, dekat dengan station tube underground King’s Cross St Pancras>

Hari 4 : Pergi Ke UK, bergambar dengan Batu je.
Lokasi : Liverpool Street>Stonehenge>Swansea, Wales

Pada hari ke-4, kami menyewa kereta dari Europcar. Harganya agak berpatutan. Kereta yang diberikan adalah kereta baru jenis  New Astra SRi 1.6, kereta keluaran Vauxhall. Nasib baik jenis Auto. Best jugak bawak kereta jenis ni. Kalau ada banyak duit memang boleh angkat sebijik. Siap ada auto remote sense for raining. Canggih gitu. Dan yang penting, bahagian pemandu adalah di sebelah kanan seperti di Malaysia. So, senang sket tak macam di Denmark dan juga German.
<Tips : Harga sewaan kereta lagi lama sewa, lagi murah. Tapi kalo jalan2 area London je, naik tube dah ok dah, tak perlu kereta>
Mak Cik rambut pink ni, tanpa lelah laung '1 pound,1 pound, take a look' beratus kali
Tempat yang dituju adalah Liverpool Street. Area situ ada Petticoat Lane Market yang mana ada jualan ala pasar minggu di pagi hari ahad. Kat sana harga barang seperti souvenirs dan baju T-Shirt London jauuuuh lebih murah dari kedai-kedai lain sekitar Oxford Street dan Picaddily Circus. Memang berbaloi kalau nak borong hadiah souvenirs untuk family dan kengkawan. 

Baju T-Shirt London boleh dapat dengan harga £3-£4 sehelai (£6-£7 dikedai lain). Begitu jua dengan fridge magnet dan key chain London, satu pound je. Walaupun hampir semua barang ada kat sini tapi tak de plak biskut Almond London kat London ni. Kalaula ada jual biskut Almond London yang betul dari Kota London, mungkin boleh angkut berkilo-kilo untuk buat raya!
<Tips : Petticoat Lane Market terletak dekat dengan Liverpool Street Station (underground & railway). Pasar minggu ada pada hari ahad je, sebelah pagi hingga 2pm>
Pada sebelah petang, kami mula berangkat keluar dari LONDON menuju ke WALES. Di pertengahan jalan kami singgah di Wiltshire untuk ke UNESCO World Heritage Site iaitu Stonehenge. Jauh jugak dari London ke sana. Lebih kurang 80miles (1 jam 40 min). Cara nak ke Stonehenge adalah kene berkereta. Nasib baik ada GPS Tom Tom. Kalau tak, jumpa langsat la jawabnya. Ada juga bas, tapi kebanyakan adalah dari pakej tour. Kat sana ramai jugak pelancong walaupun dah lewat petang dan hujan gerimis. Ingatkan free rupanya nak masuk kene bayar.
<Tips : Kawasan Stonehenge tu berpagar, tak boleh nak sentuh atau pergi dekat pon. Kalau nak masuk, better stay lama sket baru berbaloi>


Harga tiket adalah £6.80 (for students) dan £7.50 (dewasa). Tiada tour dari tourist guide cuma diberikan audio untuk mendengar penerangan bagi setiap station (ada 7 check points). Nak kata berbaloi, pun tak jugak sebab macam mahal jugak tiketnya. Tapi kalau nak bergambar dari luar tinggi pulak pagarnya. Tapi oleh kerana tak selalu peluang datang ke sana, maka kami berpakat la masuk. Maklumla nak tengok prehistoric monument. Walaupun orang kata pergi ke UK, untuk bergambar dengan ‘batu’ je, tak pe laa, tak kisah..
Datang ke UK, tengok batu..
Kami tiba di Swansea, iaitu salah satu bandar utama WALES pada jam 9pm dan menginap di hotel tajaan aka rumah rakan di Brynmills yang terletak di pinggir bandar Swansea. Nyaman sungguh di sini, memang jauh beza dari Kota London. Tido pon terlebih nyenyak!

<Tips Melancong ke London>
<<Previous Episod: Tempat Menarik di London
Tempat Menarik di Wales : Next Episod>>

10 comments:

  1. Seronoknya...berjalan lah lagi dan tulis lagi kisah boleh akak tumpang baca,nak pergi rezeki belum ada lagi....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah seronoknya dapat kenal bumi Allah..dpt tgk gamba pun kira dah tumpang seronok..=)

    ReplyDelete
  3. @zmah: Berjalan lagi? Hehehe..kene check bajet dulu..haha
    InsyaAllah, kalau ada rezeki Akak akan smpi jugak nanti tue. Saje share experience, so nanti orang lagi boleh dapat panduan bila travel nanti..

    ReplyDelete
  4. @kalamhati: Ya, bumi Allah SWT sangat luas. Alhamdulillah ada rezeki tengok tempat oang..

    ReplyDelete
  5. Macam menarik je Petticoat Lane market tu..boleh masuk dalam list tempat untuk singgah nanti..hehe..

    ReplyDelete
  6. @naihusna: Yep, memang patut masukkan dlm list you all next week. Memang berbaloi. Kalau nak beli t-shirt yg biasa2 je, dalam 3/4 helai 10 pound pun boleh dpaat. Masa kiteorang pergi ahad lepas (17 July), hujan so x sempat nak ronda habis. Panjang jugak pasar minggu tu. Tapi kene hati2 sbb ramai penyeluk saku..

    ReplyDelete
  7. ya Allah rindunya,,saya baca ni jadi teruja tau. seronok kemain. RINDU OXFORD STREET, rindu piccadilly circus, rindu underground, rindu trafalgar square..

    ReplyDelete
  8. Memang nak gi menghabiskan duit pun kat London nanti..hehe..insyaAllah..kena berhati2 walau kat mana2..walaupun dah terbiasa kat Norway ni selamat tapi tetap kena berhati2..

    ReplyDelete
  9. @Chempaka Sari: InsyaAllah kalau ada peluang pergi la lagi. Best!

    ReplyDelete
  10. @naihusna: ohh, dari Norway rupanya. Hmm bila travel kene sentiasa berhati2. Beringat sebelum kene

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...