Siri Kembara Jelajah UK : Episod 5 (Akhir)
Hari 6: Larian Marathon ke Airport yang mendebarkan
Lokasi : Swansea Market>Debelhams Outlet>Marina Bay>National Waterfront Museum>Airport Gatwick
Pasca memulangkan kereta pinjaman di Europcar cawangan Swansea, kami pun berjalan kaki meneroka kawasan bandar Swansea. Besar jugak bandarnya, ingatkan kecil je. Tempat pertama yang dituju adalah Marchnad Abertawe (Swansea Market). Semua barangan boleh didapati disitu, dari buah-buahan, sayuran, makanan laut, segala jenis daging termasuk la b*bi, barangan dapur dan lain-lain semuanya dibawah satu bumbung. Bersih betul pasar kat situ.
Seterusnya kami merayau pulak ke sebuah komplek pasaraya yang menempatkan gedung Debenhams berhampiran. Harganya boleh tahan. Nama je sale. Nampak murah sebab dalam pound. Bila dikali 5 dan diconvert ke RM, mahal jugak barang-barang kat situ.
Tengah mencongak nak beli ke tak barang Royal Albert ni.. |
Oleh kerana tiket keretapi yang ditempah untuk ke Airport adalah jam 12.05 tengahari, kami berkesempatan pula melawat Amgueddfa Genedlaethol vGlannau (National Waterfront Museum) berdekatan Swansea Marina Bay. Besar jugak museum tu. Tapi tak sempat nak pusing habis sebab takut tertinggal train. Sengaja kami menempah tiket agar tiba lebih awal iaitu 2 jam setengah dari waktu ‘boarding time’ dengan jangkaan tiba jam 5.55pm.
Swansea National Waterfront Museum |
Dengan bantuan rakan, tiket ditempah secara online. Dari Swansea, kami menaiki keretapi ‘The Great Western Railway’ (GWR) untuk terus menuju ke Airport Gatwick, London. Mahal jugak harga tiketnya iaitu £29 (RM140) untuk seorang dengan dua kali menukar train di Reading. Trainnya agak selesa (tak bising) serta luas walaupun kelas ekonomi. Ada beberapa seat yang ada papan screen entertainment kat belakang kerusi. Dah macam dalam flight. Tapi, yang tu lain harga kot.
Train GWR dari Swansea ke Reading |
Benarlah kata madah pujangga, manusia hanya merancang, Allah SWT yang menentukan. Perjalanan lancar seperti yang dirancang tidaklah lama, tiba di Didcot Parkway (satu station sebelum Reading), train yang dinaiki tiba-tiba berhenti. Lama. Tidak bergerak. Hati mulai runsing. Ape ke halnya ni?. Tiba-tiba announcement diumumkan yang memaklumkan ada kemalangan dilaluan keretapi. La, time2 cam ni la nak ada accident plak..(nak buat macam mana, dah memang fitrah kehidupan, yang tidak dapat lari dari cabaran dan dugaan).
Train was canceled at Didcot Parkway |
Kami terpaksa menukar train lain ke Reading. Train penuh sesak dengan orang ramai. Tiba di Reading, train yang sepatutnya dinaiki sepertimana yang tertera pada tempahan tiket telah pun berlepas dan memaksa kami menaiki train mana yang ada. Dan train tu plak tak tahu menghala ke mana. Dalam kekalutan, main redah je sebab no platform dah betul. Dan mujurlah arah train yang dinaiki betul walaupun terpaksa menukar train sekali lagi pabila tiba di Station Redhill.
Namun, ingatlah dah boleh bernafas lega, rupa-rupanya cabaran belum tamat di situ. Train yang dinaiki tiba-tiba mengalami kerosakan enjin plak. Malang sungguh. Nasib baik ada 2 enjin. Tinggal satu enjin yang ok. Lantas memaksa train bergerak setara kelajuan basikal. Dup-dap jantung berdegup. Peluh kerisauan mula memercik di dahi. Takut tak sempat naik flight.
Akhirnya tepat jam 7.15pm kami tiba di Gatwick Airport, London walhal departure time 8.10pm. Mujurlah counter check in masih belum ditutup. Rasenya kami la orang yang last kot. Tiba di security check orang tengah berbaris panjang. Dah la tengah testing mesin baru. Laju sket dari siput. Tiba turn time barangan penulis DKKC di-scan, mesin tiba-tiba berhenti. Ada la 3/4 minit. Rosak rupanya. Ingatkan ape bende depa nampak kat dalam backpack tu. Maklumla security check kat UK memang banyak cekadaknya. Risau la jugak.
Setel je di security check, apa lagi, berlari-lari la kami di Terminal South tu bak adegan dalam filem (hero mengejar heroin yang nak naik flight). Alhamduillah rezeki adalah dari Allah. Kami sempat jua sampai pada waktunya dan sejurus kemudian barula gate open..Kalau tidak, tak tau la macam mana, mungkin bermalam di Airport kot.
Pelangi muncul selepas hujan mendamaikan jiwa yang keletihan setelah berkejaran ke Airport |
Maka tamatlah rentetan travelog 6 hari ke UK. Orang kata jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman (dan juga perabih duit..). Mungkin ada benarnya. Pengalaman mengajar erti mehnah dan tribulasi kehidupan agar menjadi insan yang lebih baik. perhh macam ayat cerekarama plak.. hihi
Tips Melawat Tempat Menarik di UK
Previos post: Tempat Menarik di Wales
wowo...bestnyeee
ReplyDeletejalan sokmo....hebak muuu :)
Kekadang je pergi berjale. Buke sokmo2..
ReplyDeletePengalaman tu...menarik,bila balik Malaysia boleh cerita semula pada kawan-kawan pengalaman ini.
ReplyDelete